BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, December 30, 2008

Ketua Cawangan UMNO RPP1 Terima Menantu

Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada Ketua Puteri Cawangan RPP1 Noraidah bt Sabran dengan pasanganya Mohd Agus kerana selamat mendirikan rumahtangga di Majlis Perkhawinan yang gilang gemilang diadakan di pekarangan Taman Komuniti, Jalan 10/26 Pasir Gudang pada Ahad 28 Disember 2008 Masihi bersamaan dengan 30 Zulhijjrah 1429 Hijrah. Semoga bahagian dan kekal ke anak cucu. Diucapkan terima kasih kepada AJK Bahagian, Pemuda , Wanita dan Cawangan - Cawangan yang hadir dalam majlis ini. Paling amat berbesar hati dan terima kasih kepada Pergerakan Puteri Bahagian yang boleh dikatakan dari Ketua Puteri Bahagian, Pegawainya hingga ke AJKnya meluangkan masa memenuhi jemputan untuk hadir dalam majlis ini. Walaupun sibuk dengan kerja masing - masing tetapi mereka ini sanggup turun beramai - ramai ke cawangan RPP1 untuk beramah mesra dengan Puteri cawangan serta penduduk RPP1. Bagi pihak Ketua Cawangan diucapakan ribuan terima kasih pada Pergerakan Puteri Bahagian Pasir Gudang.

Friday, December 12, 2008

Balai Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1

kami sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua bahagian UMNO Pasir Gudang serta AJK UMNO Bahagian yang membantu kami kerana telah memperuntukan sebuah kabin untuk kegiatan penduduk Rumah Pangsa Peringkat 1. Sekian lama kawasan RPP1 ini tidak memiliki pusat untuk menjalankan kegiatan dan terpaksa menumpang di rumah - rumah penduduk di sekitar RPP1. Penduduk di kawasan ini sangat berbesar hati kerana dengan adanya kabin ini maka mempermudahkan kegiatan dibuat seperti mesyuarat, taklimat, aktiviti dan sebagainya untuk penduduk RPP1. Kabin ini dikenali sebagai Balai Komuniti memandangkan ianya dikongsi bersama antara UMNO Cawangan, Kawasan Rukun Tetangga, Pasukan Sukarelawan Pemantau Denggi dan juga sebagai pejabat Jawatankuasa Penduduk Zon Taman Air Biru 2. Diharap dengan adanya balai ini, kami dapat menjalankan beberapa kegiatan dan program dengan baik demi untuk kesejahteraan dan kemudahan penduduk RPP1.

Balai Komuniti RPP1 yang terletak di Jalan 10/17 bersebelahan
dengan Blok 14

Susana di dalam Balai Komuniti RPP1

Kemudahan komputer dan internet untuk mencari maklumat
dan sebagainya

Tuesday, December 9, 2008

Program Ibadah Korban dan Aqiqah RPP1

Pada Isnin 8 Disember 2008, UMNO RPP1 bersama Jawatankuasa Masjid Jamek Taman Air Biru telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan masjid berkenaan. Sebanyak 11 ekor lembu termasuk lembu sumbagan dari UMNO Bahagian Pasir Gudang telah berjaya dikorbankan. Ini merupakan kali ke 3 cawangan RPP1 menjalankan program ini dan pertama kali bergabung dengan pihak Masjid Jamek Taman Air Biru. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara UMNO cawangan dan pihak Masjid yang di pengerusikan oleh Tn. Hj. Jamian bin Sulaiman yang juga Pengerusi program ini. Tahniah kepada beliau. Beberapa orang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Biro Agama Bahagian turut hadir meluangkan masa turun ke cawangan ini bagi melihat perkembangan dan jalan program ini. Macam ni baru dikatakan orang UMNO Bahagian yang berjiwa cawangan. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar walaupun hujan turun agak lebat namun kegigihan peserta korban menumbang serta melapah lembu amat dihargai.

Antara penduduk yang hadir

Suasana di pekarangan masjid ketika korban

Antara lembu dalam proses mengikat


Lembu No 11 sumbangan dari UMNO bahagian Pasir Gudang

Aktiviti melapah sedang giat dijalankan