BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, January 27, 2009

Majlis Penyampaian Sumbangan Keperluan Dapur UMNO Pasir Gudang

Pada Sabtu 24 Januari 2009, Biro Kebajikan Bahagian UMNO Pasir Gudang telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan berupa beras dan barang keperluan dapur kepada fakir miskin, ibu tunggal, OKU dan kurang mampu bagi kawasan Pasir Gudang yang diadakan di Dewan Raya Taman Cendana, Pasir Gudang. Majlis sumbangan ini disampaikan oleh. Seramai 10 orang dari Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 layak menerima sumbangan ini. Dengan adanya sumbangan dan bantuan sebegini dapatlah meringankan beban dan penderitaan mereka yang kurang bernasib baik. Tahniah kepada Tn. Hj. Rozlan dan AJK Bironya.




Antara penerima sumbangan dari Cawangan RPP1

Tuesday, January 20, 2009

Lawatan Pengerusi Biro Perbandaran UMNO Pasir Gudang

Pada Ahad 18 Januari 2009, satu sessi lawatan dan perjumpaan dengan wakil - wakil penduduk di kawasan Zon Taman Air Biru 2 oleh Tn. Hj. Abdullah bin Abd Rahman, Pengerusi Biro Perbandaran Pasir Gudang merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang yang diadakan di Bilik Gerakan Perjiranan 10, Pasir Gudang. Seramai lebih 20 orang wakil - wakil penduduk dari kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perumahan Teres Perjiranan 10, Rumah Pangsa MSE dan Perumahan Kastam. Turut hadir ialah En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi Zon Taman Air Biru 2 dan En. Sabran bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon Taman Air Biru 2. Dalam sessi perjumpaan ini, pihak penduduk dapat mengemukan permasalahan dalam kawasan mereka, cadangan dan keperluan pembangunan kawasan seperti infrastruktur, kemudahan awam dan sebagainya. Beliau juga meninjau kawasan - kawasan dan lokasi di sekitar kawasan Zon Taman Air Biru 2 bagi melihat keadaan kawasan - kawasan tersebut.

Wednesday, January 14, 2009

Emosi, Riak Dan Perubahan

Apa yang boleh kita saksikan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Selasa lalu merupakan suatu suasana yang cukup berbeza. Jika penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu disifatkan paling ganas dan menakutkan dalam sejarah negara, penamaan calon Kuala Terengganu pula dianggap paling lancar dan tenteram. Tahniah kepada semua pihak meliputi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), polis dan parti-parti yang bertanding. Ternyata ia telah memecahkan batas psikologi banyak pihak bahawa adalah mustahil untuk melihat penamaan calon yang tenang, lebih-lebih lagi jika pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Ijok sebelum ini dijadikan kes rujukan.

Antara faktor yang menyumbang kepada perubahan suasana kali ini ialah langkah baru yang diperkenalkan oleh SPR termasuk menjarakkan kira- kira 100 meter posisi para penyokong parti yang bertanding. Persoalannya apakah suasana tenang penamaan calon dapat diteruskan sepanjang tempoh kempen sehingga hari mengundi pada 17 Januari ini? Untuk mengharapkan tiada langsung kejadian tidak diingini, adalah sukar tetapi ada banyak ruang untuk menyaksikan tahap keselamatan yang jauh lebih baik berbanding di Permatang Pauh. Cuma yang nampaknya sukar berubah ialah kempen ceramah pembangkang yang masih suka membakar emosi rakyat dengan ucapan berapi-api. Soal perlunya fakta yang kukuh dan hujah bernas, tidak begitu penting. Soal sama ada apa yang disampaikan itu dakwaan dan persepsi liar, juga tidak mengapa.

Majlis ceramah para pemimpin utama pakatan pembangkang. Seorang demi seorang berucap tetapi nada sama – emosi lebih menonjol daripada rasional. Ada pemimpin Pas dalam ucapan mendakwa kononnya UMNO menolak Islam tetapi menganggap DAP adalah sahabat Islam. Rasanya sebahagian yang hadir tidak lupa hakikat bahawa Malaysia telah diisytiharkan negara Islam beberapa tahun lalu selain Islam termaktub sebagai agama rasmi dalam perlembagaan negara di bawah inisiatif UMNO. Sebahagian besar penyokong Pas yang mendengar ceramah itu juga sedar bahawa DAP sehingga hari ini masih kuat menentang usaha penubuhan negara Islam ala Pas.

Selain itu, dalam keghairahan para pemimpin Pas dan PKR berucap, kerap terhambur kata-kata seperti bodoh, dajal dan dungu. Ia jelas menampakkan riak dan meninggi diri sebahagian pemimpinnya yang suka memperlekehkan pemimpin UMNO . Mereka sahaja di pihak benar, pihak lain semuanya dituduh salah, jahat dan buruk. Seorang pemimpin PKR pula terang-terang menyebut perkataan sial apabila menyentuh parti lawan dan dia masih boleh ketawa kecil. Janganlah mengharap mereka menjaga ketertiban berkata-kata di khalayak umum, yang merupakan antara asas kepada segala kebaikan. Ironinya, mereka melaung-laungkan perubahan untuk masyarakat dan negara. Mereka sendiri masih belum berubah.

Tuesday, January 13, 2009

Mesyuarat Gabungan Cawangan - Cawangan Dalam Taman Air Biru

UMNO Cawangan RPP1 akan menganjurkan mesyuarat diatas sepertimana ketetapan dibawah:

Tarikh: Ahad 1 Febuari 2009
Tempat: Balai Komuniti RPP1, Jalan 10/17 Pasir Gudang
(Tepi Blok 14 SEDC Flat)
Waktu: 8.30 malam
Kehadirab: Ketua, S.U Caw. dan Ketua Sayap Caw.

Tujuan gabungan ini diwujudkan
1. Membuat program gabungan antara cawangan - cawangan.
2. Membantu mengerakan cawangan - cawangan bersama.
3. Mengeratkan dan kerjasama antara cawangan untuk
memperkukuhkan parti UMNO di kawasan Taman Air Biru.