BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Thursday, May 28, 2009

Penubuhan Pasukan Kompang RPP1

Pada sekitar akhir April yang lepas, UMNO Cawangan RPP1 telah menubuhkan pasukan kompang untuk Kawasan RPP1. Atas peruntukan berupa 20 buah kompang dan sebuah jidur dari YB Dato Seri Mohd Khaled dan UMNO Bahagian, UMNO Caw. RPP1 telah berjaya mengumpul anak - anak muda yang merupakan ahli pemuda UMNO dan bakal pemuda untuk menubuhkan pasukan ini. UMNO Caw. RPP1 mengucapkan terima kasih atas jasa baik kepada YB Dato Seri serta AJK UMNO Bahagian yang membantu dan Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Sdra Rohazam kerana mendapatkan sponsor t-shirt untuk pasukan ini. Pasukan ini ditubuhkan bukan sahaja untuk memberi khidmat di majlis perkahwinan tapi juga bagi mengisi kegiatan lapang anak - anak dan remaja dalam RPP1 agar mereka ini tidak melakukan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak dan sebagainya. Dengan adanya kegiatan ini yang mendapat sambutan yang mengalakan, dapat mengurangkan masalah gejala sosial anak - anak muda dalam kawasan RPP1 dan diharap mereka - mereka ini akan menjadi pemangkin serta pengerak pemuda dan barisan hadapan UMNO pada masa akan datang.

Wednesday, May 20, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 2009

Pada hari Rabu malam 13 Mei 2009, UMNO Caw. RPP1 telah mengadakan mesyuaratnya bertempat di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 20 orang ahli jawatankuasa UMNO cawangan hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh En. Sabran bin Awang, Ketua Cawangan RPP1. Dalam mesyuarat ini dibincangkan berkenaan dengan persediaan bagi menjalankan Persidangan Cawangan yang akan bermula pada 15 Mei hingga 30 Jun 2009. Turut dibincangkan ialah penubuhan sayap Wanita UMNO cawangan dimana Pn. Asimah bt Jusoh dipilih sebagai ketua penaja sayap wanita cawangan RPP1. Dengan tertubuhnya sayap wanita cawangan maka UMNO cawangan RPP1 telah lengkap pergerakanya dimana memiliki juga sayap pemuda dan puteri.

id="BLOGGER_PHOTO_ID_5350610456243960082"

Saturday, May 2, 2009

Perjumpaan Ketua - Ketua Caw. UMNO Tmn Air Biru

Pada hari Rabu 29 Mei 2009, Cawangan RPP1 telah menghantar 2 org wakil bersama ketua cawangan ke perjumpaan diatas yang diadakan di pekarangan Bilik Gerakan UMNO Cawangan MSE Flat. Seramai lebih 30 orang perwakilan dari 7 Cawangan UMNO kawasan Tmn Air Biru hadir dalam perjumpaan ini yang dipengerusi oleh En. Rahim bin Latif, Bendahari UMNO bahagian merangkap Ketua cawangan MSE Flat. Turut hadir ialah Tn. Hj. Baharudin bin Taib, Pegawai Khas YB Dato' Khaled, Tn. Hj. Rozlan Abu Bakar Pengrusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian, Tn. Hj Rahim bin Salleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan beberapa AJK Bahagian UMNO Pasir Gudang. Antara dibincangkan ialah berkenaan dengan cara untuk merancang menangkis dan menghalang pergerakan parti pembangkang dari menguasai pengaruh dan minda penduduk di kawasan Taman Air Biru ini. Selain itu juga setelah terwujudnya Jawatankuasakerja gabungan UMNO Cawangan Taman Air Biru di Caw. RPP1 yang lepas. Pihak UMNO bahagian mengesa agar sayap - sayap Wanita, Pemuda dan Puteri juga menubuhkan Jawatankuasa Gabunganya bagi merancang strategik, aktiviti dan kerjasama antara sayap - sayap di seluruh kawasan Taman Air Biru.

Antara AJK UMNO bahagian yang hadir
dipengerusikan oleh En. Rahim bin Latif

Antara perwakilan dari 7 Cawangan UMNO yg hadir