BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, July 28, 2010

Gotong Royong Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1

Pada Ahad 25 Julai 2010, UMNO Caw. RPP1 dengan bekerjasama Pejabat Kesihatan Daerah JB, DeVIT Zon dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di 12 blok SEDC Flat yang melibatkan blok Lam Soon dan KTMB. Seramail hampir 100 orang penduduk RPP1 mengadakan gotong royong membersihkan blok masing - masing bagi tujuan untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aides.

Turut hadir ialah En. Idris dari Pejabat Kesihatan Daerah JB dan para pegawainya serta wakil dari Bahagian Kesihatan MPPG. Juga kehadiran En. Za' nal bin Hj. Misran - Setiausaha MPPG yang datang melawat pada tengahari tersebut ke blok - blok semasa gotong royong sedang berjalan. Program gotong royong ini8 bermula pada jam 8.30 pagi dang berakhir jam 12.30 tghri.

Para Penduduk sedang membersihkan
halaman belakang blok

Di hadapan flat KTMB

En. Idris dari Pejabat Kesihatan Daerah JB bersama
En. Ariffin dari MPPG memeriksa blok 21 yang
ditinggalkan kosong

Penghuni juga sempat menceriakan blok dengan
menanam pokok

En. Za' nal Setiausaha MPPG sedang berbincang
dengan En. Idris

Tuesday, July 20, 2010

Gotong Royong Di Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang

Pada Ahad 18 Julai 2010, JKP Zon Air Biru 2 dengan bekerjasama JK Masjid Taman Air Biru, DeVIT Zon dan UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang. Seramai lebih 20 orang yang terdiri dari penduduk dan jemaah masjid hadir bersama - sama membersih dan menceriakan persekitaran masjid sempena menyambut bulan puasa akan datang.

Turut hadir bersama - sama membersihkan kawasan masjid ialah Tn. Hj. Jamian bin Sulaiman - Pengerusi JK Masjid Tmn Air Biru yang juga Ketua Penerangan UMNO Caw. RPP1. Antara gotong royong yang dibuat ialah membersihkan longkang, kolam wuduk serta persekitaran dalam dan luar masjid. Gotong Royong ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Photobucket
Sedang membersihkan tingkap masjid

Photobucket
Pembersihan di dalam masjid

Photobucket
Posing selepas membersihkan longkang dan
kolah masjid


Photobucket
Bersarapan pagi

Photobucket
Berehat selepas tamat gotong royong

Saturday, July 17, 2010

Program Peti Undi Sek. Keb. Pasir Gudang 3 Terdekat

Majlis Bacaan Tahlil Perdana
Anjuran: UMNO Cawangan Perjiranan 8
Tarikh: Khamis 29 Julai 2010
Masa: Selepas solat Isyak
Tempat: Surau Perjiranan 8, Tmn Air Biru

Bengkel Penyediaan dan Edaran Bubur Lambuk
Anjuran : UMNO Cawangan RPP1
Tarikh: Ahad 1 Ogos 2010
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1

Thursday, July 15, 2010

Mesyuarat Penyelaran Peti Undi SK Pasir Gudang 3 kali ke 4

Pada hari Isnin 12 Julai 2010, UMNO cawangan RPP1 menjadi tuan rumah mesyuarat diatas yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 18 orang AJK UMNO dari Cawangan RPP1 dan Perjiranan 8 hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. A. Rahim bin Latif - Penyelaras Peti Undi SK. Pasir Gudang 3 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. Sabapathy a/l Ramasamy - Ketua MIC Pasir Gudang yang juga Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2.

Mesyuarat ini membincangkan berkenaan Program Kempen Alam
Sekitar yang bakal diadakan pada 1 Ogos 2010 ditunda selepas hari raya memandangkan YB. Dato' Seri tidak dapat hadir pada program tersebut. Walaubagaimanapun akan diadakan beberapa program lain iaitu Tahlil Perdana anjuran UMNO Cawangan Perjiranan 8, Program edaran bubur lambok yang akan diadakan pada hujung bulan ini dan beberapa program lain akan datang. Mesyuarat ini bermula jam 9.20 mlm dan berakhir jam 10.40 mlm.

AJK UMNO Caw. RPP1 dan Perjiranan 8 yang hadir

Tn. Hj. A. Rahim sebagai pengerusi bersama dengan
En. Sabapathy - Ketua MIC Pasir Gudang

Wednesday, July 14, 2010

Majlis Ceramah Perdana Sempena Israk Mikraj UMNO Bahagian Pasir Gudang

Pada Ahad 11 Julai 2010, Biro Agama UMNO Bhg Pasir Gudang dengan kerjasama Masjid Taman Air Biru dan UMNO Caw. RPP1 telah menganjurkan majlis diatas bertempat di Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang. Seramai lebih 200 orang jemaah hadir dalam majlis ini yang dirasmikan oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud - Naib Ketua UMNO Bhg Pasir Gudang bagi mewakili YB. Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled - Ketua UMNO Bhg Pasir Gudang. Turut hadir ialah penceramah jemputan iaitu Tn. Hj. Noorazman bin Mohd Samsuddin - Ketua Misi Penghantaran Bantuan kemanusian ke Gaza, Palaestine yang terlibat dalam kapal "Mavi Marmara".

Majlis ceramah bermula pada jam 9 malam menceritakan tentang perjuangan saudara Islam kita bagi mempertahankan Masjid Al Ansar dan tanahair negara Palestine dari kekejaman Zionis Israel. Dalam ceramah ini juga di sentuh tentang pengalaman Tn. Hj. Noorazman ketika beliau ditahan bersama anggota misi penghantaran bantuan kemanusiaan pada Mei yang lepas oleh Komando Israel di atas kapal Mavi Marmara. Ceramah perdana ini berakhir jam 11.00 malam.

Photobucket
Suasana kehadiran muslimin

Photobucket
Suasana kehadiran muslimah

Photobucket
Dari kanan Tn. Hj. Jamian - Pengerusi Masjid Tmn Air Biru
bersama Tn. Hj. Ahmad Daud.
Dihadapan pula ialah Tn. Hj. Noorazman

Photobucket
Ucapan dari Tn Hj. Ahmad bin Daud - Naib Ketua UMNO Bahagian
Pasir Gudang yang mewakili YB Dato' Seri Ketua Bahagian

Photobucket
Penceramah jemputan Tn Hj. Noorazman bin Md. Samsuddin
Ketua Misi ke Gaza yang terlibat dalam peristiwa
tahanan kapal "Mavi Marmara"

Monday, July 5, 2010

Program "Road Safety Walk" Negeri Johor

Pada 3 Julai 2010, ahli KRT RPP1 yang juga ahli UMNO cawangan RPP1 telah menghantar seramai 20 orang bagi menyertai Program "Road Safety Walk" anjuran MPPG dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor. Seramai lebih 1000 orang peserta terdiri dari persatuan penduduk, NGO, jabatan kerajaan/swasta, industri dan orang perseorangan menyertai program ini yang bermula dari Dataran Mawar hingga ke Dataran Aqabah, Komplek Pusat Bandar Pasir Gudang.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Ahmad Zahri bin Jamil - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor bagi mewakil YB. Dato Abd Ghani bin Othman - Menteri Besar Johor. Turut hadir ialah dan Yang Dipertua MPPG Tn. Hj. Rahim bin Nin serta Ahli - Ahli Majlis MPPG. Selain program berjalan sambil mengedar risalah, turut diadakan juga perkongsian pengalaman oleh seorang mangsa kemalangan, gimik kemalangan dan cabutan nombor bertuah. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Photobucket

Sebahagian peserta dari Rumah Pangsa Peringkat 1

Photobucket

Suasana keadaan di Dataran Mawar

Photobucket

Ketibaan YB Hj Ahmad Zahri, Exco Kerajaan Negeri
Johor diiringi YDP MPPG serta Ahli Majlis MPPG

Photobucket

Keramaian peserta di kawasan pekedaian
Taman Mawar

Photobucket

Himpunan para peserta berarak sepanjang jalan
sehingga ke Dataran Aqabah

Photobucket

YB Exco sedang menyampaikan risalah tentang
keselamatan jalanraya kepada peniaga Pasar Tani

Photobucket

Suasana di Dataran Aqabah

Photobucket

Gimik Kemalangan

Saturday, July 3, 2010

Perisytiharan Pasir Gudang Sebagai Majlis Perbandaran

1 Julai 2010 merupakan tarikh keramat bagi penduduk Pasir Gudang dimana pada tarikh tersebut Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dirasmikan. Dalam masa yang sama diadakan perasmian logo dan bendera MPPG serta perasmian Merana Aqabah yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang menjadi pusat pentadbiran MPPG. Majlis diadakan dengan penuh gilang gemilang dengan pembacaan watikah perisytiharan oleh Menteri Besar Johor, persembahan kebudayaan serta artis jemputan dan sebagainya. Diakhir perasmian dipancarkan bunga api yang berwarna warni selama 15 minit.

Ketibaan YB. Dato' Abd Ghani bin Othman
Menteri Besar Johor dan YB Dato' Seri Khaled bin Nordin
Ahli Parlimen Pasir Gudang serta dif - dif VVIP


Persembahan Kebudayaan dari Warisan Johor

Persembahan kebudayaan dari semua kaum 1MALAYSIA

Persembahan artis jemputan Ali Mamak dan Jalil Hamid

Peserta Larian Semarak Perisytiharan membawa Baton
Watikah Perisytiharan kepada Menteri Besar Johor

Menteri Besar Johor membaca watikah perisytiharan Pasir Gudang
menjadi Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Perasmian Menara Aqabah

Aksi stunt dari Jabatan Bomba & Penyelamat turun dari
puncak Menara Aqabah sambil membawa bendera MPPG

Pancaran bunga api dari puncak menara Aqabah

Banner perasmian Menara Aqabah

Bunga api yang berwarna warni

Pancaran bunga api selama 15 minit memukau penduduk
Pasir Gudang

Friday, July 2, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Peti Undi SK Pasir Gudang 3 kali ke 3

Pada hari Selasa 29 Jun 2010, UMNO cawangan RPP1 menjadi tuan rumah mesyuarat diatas yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 13 orang AJK UMNO dari Cawangan RPP1 dan Perjiranan 8 hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. A. Rahim bin Latif - Penyelaras Peti Undi SK. Pasir Gudang 3 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang. Mesyuarat ini membincangkan berkenaan program yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Penyelaras Peti Undi SKPG3 iaitu Program Kempen Alam Sekitar dan Program Kenduri Sekampung yang akan diadakan pada awal bulan ogos akan datang. Mesyuarat ini bermula jam 9.15 mlm dan berakhir jam 10.30 mlm.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. A. Rahim bin Latif
Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang

Tn. Hj. Rahim bersama En. Sabran Awang, Tim. Pengerusi
Peti Undi SKPG3 yang juga Ketua Cawangan RPP1

Kehadiran AJK UMNO Cawangan