BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Sunday, May 22, 2011

Majlis Bacaan Yassin Wanita Serta Taklimat Hal Ehwal Pengguna dan JASA

Pada Sabtu 21 Mei 2011, Jawatankuasa Jalinan Rakyat Peti Undi SKPG3 bersama dengan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan majlis ilmu diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai lebih 60 orang terdiri dari wanita UMNO serta penduduk di kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, MSE Flat dan Perjiranan 8.

Turut hadir ialah Pn. Hjh Normala bte Abd Samad - Ketua Wanita UMNO Bhg Pasir Gudang dan wakil dari Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal ehwal Pengguna serta Tn. Hj. Sabran bin Awang, Ketua UMNO cawangan RPP1. Selain majlis baaan yassin diadakan taklimat oleh wakil KPDNHEP bagi memberi sedikit maklumat berkenaan isu semasa kepenggunaan dan juga taklimat oleh Ketua wanita UMNO Bhg Pasir Gudang. Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Photobucket

Photobucket
Majlis bacaan Surah Yassin

Photobucket
Taklimat Kepenggunaan oleh wakil dari
Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP

Photobucket
Taklimat dari Ketua Wanita UMNO
Bahagian Pasir Gudang

Photobucket
Sebahagian wanita sedang mendengar taklimat

Wednesday, May 18, 2011

Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang 2011

Cawangan RPP1 telah menghantar seramai 7 org perwakilan yang terdiri dari Ketua cawangan dan 3 orang perwakilan cawangan bersama dengan 3 org ketua sayap cawangan iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri yang pertama kalinya diberi tempat untuk hadir dalam persidangan ini yang diadakan pada hari Sabtu 14 Mei 2011 bertempat di Dewan Universiti Kuala Lumpur (UNiKL) Kampus Seri Alam.

Seramai lebih 500 orang perwakilan hadir dalam persidangan yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hj Mohamed bin Nordin - Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang dan Ketua UMNO bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah para penyelaras dari UMNO Bahagian Pengerang yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Johor bagi menyelaras persidangan ini.

Photobucket
Pendaftaran para perwakilan persidangan

Photobucket
Antara ahli perwakilan cawangan yang hadir
dalam persidangan

Photobucket
Ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri Hj Moamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen
dan Ketua UMNO Bhg Pasir Gudang

Photobucket
Jawatankuasa UMNO Bahagian

Photobucket
Para penyelaras dari UMNO bahagian Pengerang

Photobucket
Calon - calon G7

Thursday, May 12, 2011

Sambutan Hari Guru Bersama Tenaga Pengajar KPKK

Pada 10 Mei 2011 bersempena dengan Hari Guru, para peserta Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (KPKK) mengadakan jamuan bagi meraikan sumbangan dan tenaga pengajar yang diberi oleh pengajar KPKK dari KEMAS Pasir Gudang. Majlis ini diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Turut hadir ialah Pn. Asimah Jusoh, Ketua Wanita UMNO Cawangan RPP1.

Photobucket
Kehadiran peserta kelas KPKK

Photobucket
Acara potong kek sempena menyambut
Hari Guru

Photobucket
Penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar
KPKK olen Pn. Asimah Jusoh

Wednesday, May 11, 2011

Persidangan Sayap-Sayap UMNO Bahagian Pasir Gudang

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan RPP1 telah menghadiri Persidangan Pemuda UMNO Bahagain Pasoir Gudang yang diadakan pada hari Ahad 8 Mei 2011 bertempat di Pendoresa Golf Resort, Taman Molek yang dirasmikan oleh Datuk Mukriz bin Tun Mahathir. Turut hadir Pergerakan Pemuda Umno Kulai sebagi wakil rasmi dari Perhubungan Umno Negeri Johor manakala Umno Bahagian telah menghantar Tn Hj Mohd Amin Bin Ahmad, En Mohd Khatim Bin Othman dan En Jumat Bin Jaffar

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pergerakan Wanita UMNO Cawangan RPP1 telah menghadiri Persidangan Pemuda UMNO Bahagain Pasoir Gudang yang diadakan pada tarikh yang sama bertempat di Dewan Politeknik Pasir Gudang yang dirasmikan oleh Datuk Rosnani Bt Sohar Pen Setiausaha Pergerakan Wanita Umno Malaysia. Turut hadir Wakil Pemerhati dari Umno Bahagian Pasir Gudang iaitu Ketua Penerangan Tn Hj Mohd Rahim Bin Salleh, En Dahari bin Hassan dan Tn Hj Abd Ghani Bin Abd Rahman Manakala wakil Penyelaras Perhubungan Umno Negeri Ialah Pergerakan Wanita Gelang Patah.

Photobucket

Photobucket

Pergerakan Puteri UMNO Cawangan RPP1 telah menghadiri Persidangan Pemuda UMNO Bahagain Pasir Gudang yang diadakan pada tarikh yang sama bertempat di Dewan Serbaguna Permas Jaya yang dirasmikan oleh Puan Shahanim Bt Mohamad Yusoff Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia. Turut hadir Penyelaras dari Puteri Tg Piai Pontian sebagai wakil rasmi di Perhubungan Umno Negeri Johor Manakala Umno Bahagian telah Menghantar 3 orang Wakil Pemerhati Dari Umno Bahagian Iaitu Tn Hj Mahmuddin bin Mispan, Tn Hj Roslan Bin Abu Bakar dan En Mohd Latif Bin Ismail.

Photobucket

Photobucket

Tuesday, May 10, 2011

Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2

Photobucket
Dewan Masyarakat yang akhirnya siap sepenuhnya pada
akhir April 2011 yang akan menjadi pusat kegiatan dan
kegunaan untuk penduduk