BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, June 22, 2011

Gotong Royong Perdana MPPG 2011

Photobucket

Pada Ahad 19 Jun 2011, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mengadakan program diatas bersempena dengan Kembara Mahkota Johor 2011. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua MPPG - Tn. Hj. Rahim bin Nin bertempat di Dataran Mawar, Pasir Gudang. Bersempena dengan itu juga kesemua 24 zon dalam MPPG mengadakan gotong royongnya serentak diikuti dengan lawatan YDP MPPG dan Setiausaha MPPG melawat ke semua zon untuk program tanam pokok.

UMNO cawangan RPP1 bersama dengan JKP Zon Air Biru 2 telah menjalankan gotong royongnya di sekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perjiranan 10, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti 1/2. YDP MPPG telah sudi datang melawat serta menjalankan program penanaman pokok di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Turut hadir ialah Pn. Roslina - Pegawai Khas MPPG bagi Zon Air Biru 2. Program gotong royong ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhit jam 11.00 pagi.

Photobucket
Suasana gotong royong

Photobucket
Penduduk setiap blok turun menjalankan
gotong royong membersihkan blok
masing - masing

Photobucket
YDP MPPG Tn. Hj. Rahim bin Nin sedang
menanam pokok cempaka, bunga rasmi
MPPG

Photobucket
Antara penduduk yang hadir

Photobucket
Penyampaian sijil beranak pokok berkenaan oleh
YDP MPPG kepada Hj Sabran Awang
Pengerusi JKP Zon Air Biru 2 yang juga
Ketua Cawangan UMNO RPP1

Thursday, June 9, 2011

Kelas Memasak KPKK

Sessi kelas memasak yang diadakan pertama kalinya di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2 pada 7 Jun 2011.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket