Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.
Pada hari Ahad 21 Ogos 2011, Jawatankuasa Daerah Pusat Mengundi (DPM) SKPG2 bersama dengan DPM Stadium Pasir Gudang dan UMNO cawangan RPP1 telah mengadakan program Jom Moreh & Penyampaian Sumbangan Kebajikan oleh Biro Kebajikan UMNO Pasir Gudang sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Program ini diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Program ini dihadiri oleh Tn. Hj Abd. Rahim bin Latiff, Pengerusi DPM SKPG2 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Turut hadir ialah En. Ali Jaudin, Pengerusi DPM Stadium Pasir Gudang, En. R. Sabapathy Ahli Majlis MPPG merangkap Pengerusi MIC Bhg PG dan ketua - ketua cawangan dalam DPM SKPG2 & Stadium Pasir Gudang. dalam program yang ringkas ini diadakan penyampaian bantuan sumbangan dari Biro Kebajikan UMNO Pasir Gudang kepada ibu tunggal, OKU, anak yatim dan pesakit kronik. Selepas itu diadakan jamuan moreh dimana berbagai juadah disediakan.
Kehadiran penerima sumbangan
Ucapan oleh Tn. Hj. Rahim Latif selaku Pengerusi DPM SKPG2
Penyampaian sumbangan oleh Tn. Hj. Rahim
Penyampaian sumbangan oleh Tn. Hj. Sabran Ketua Cawangan RPP1
Orang dapur dan sedang sibuk menyediakan juadah untuk moreh
Pada Ahad 7 Ogos 2011 bersempena dengan bulan Ramadhan ini UMNO cawangan RPP1 bersama dengan Jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi (PDM) SKPG2 mengadakan program diatas yang diadakan blok 13 SEDC Flat (Hadapan rumah Ketua Wanita Cawangan). Seramai 10 orang terlibat bergotong royong menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada pengundi dalam PDM SKPG2.
Turut hadir ialah Tn. Hj. Rahim bin Latiff - Pengerusi PDM SKPG2 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Tn. Hj. sabran bin Awang - Ketua UMNO cawangan RPP1. Edaran bubur lambuk dibuat di Dewan Masyarakat Zon Aie Biru 2.
Bubur lambuk yang hampir siap
Bergotong royong mengacau bubur lambuk
Sebahagian bubur lambuk yang sudah dibungkus tinggal kerana sangat laris