Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.
Pada Sabtu 10 September 2011, Jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi (PDM) SKPG2 bersama UMNO RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan Taman Komuniti RPP1. Program ini diadakan bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri serta Sambutan Kemerdekaan. Turut juga diadakan majlis meraikan bakal-bakal haji dan hajjah dalam kawasan DPM SKPG2 yang akan berangkat ke Tanah Suci tahun ini.
Majlis ini dirasmikan oleh YB. Datuk M. Munusamy ADUN Permas bagi mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Ahli Parlimen pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. R. Sabapathy Ahli Majlis MPPG merangkap Ketua MIC Bahagian Pasir Gudang dan Tn. Hj. Rahim bin Latiff - Pengerusi PDM SKPG2 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang. Majlis ini juga atas kerjasama Ketua - Ketua Cawangan, NGO dan persatuan penduduk dalam kawasan PDM SKPG2
Ucapan perasmian oleh YB Datuk M. Munusamy ADUN Permas bagi mewakili YB Dato Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang
Antara bakal - bakal haji & hajjah serta jemputan yang hadir dalam majlis ini
Penyampaian cenderahati kepada bakal - bakal haji oleh YB Datuk M. Munusamy
Penyampaian kepada bakal - bakal hajjah
Para tetamu penduduk sedang menjamu selera sambil beramah mesra
Pergerakan Wanita UMNO Caw. RPP1 yang menjadi tulang belakang menjayakan majlis ini.