Kelas KPKK yang dikendalikan oleh KEMAS Pasir Gudang telah dijalankan sejak bulan Jun 2011 dan sekarang ini kelas tersebut masih dijalankan pada petang Isnin tiap-tiap minggu. Kini semakin ramai penyertaan pergerakan Wanita menyertai kelas ini yang sekarang disertai seramai lebih 20 orang.
Antara kelas yang dijalankan seperti kelas memasak, membuat kuih serta gubahan dan atas inisiatif beberapa AJK Wanita UMNO Cawangan telah mengadakan bengkel menjahit pada petang Selasa tiap-tiap minggu. Dengan adanya kelas seperti ini dapatlah memberi ilmu dan pengalaman kepada kaum wanita serta mengisi masa lapang dengan program - program berunsur ilmu.
Klik banner diatas
Pada 7 Julai 2012, Pergerakan UMNO cawangan RPP1 telah dihadiri seramai 5 dari 7 perwakilanya ke persidangan diatas anjuran UMNO Bahagian Pasir Gudang bertempat di Dewan UniKL - MITEC Kampus Seri Alam yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Naib Presiden UMNO Malaysia merangkap Menteri Pertahanan Malaysia. Turut hadir ialah YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Persidangan dijalankan dimana agenda seperti biasa membentang peringatan, kewangan, pemilihan G7, bahas usul dan penangguhan.
Ketibaan YB Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi
Naib Presiden UMNO Malaysia
Kehadiran perwakilan UMNO cawangan - cawangan
dalam Bahagian Pasir Gudang
Para tetamu VVIP semasa menyanyikan lagu
Negaraku dan lagu UMNO
Barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang
Ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri
Dr. Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO Malaysia
Tuan Pengerusi Tetap Bahagian sedang
mempengerusikan persidangan
Antara calon G7 ke Perhimpunan Agung UMNO
Malaysia
Sessi pengundian bagi calon G7
Pada 30 Jun 2012, Pergerakan UMNO cawangan RPP1 telah dihadiri seramai 3 dari 5 perwakilanya ke persidangan diatas anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang bertempat di Dewan UniKL - MITEC Kampus Seri Alam yang dirasmikan oleh YB Sdri Khairy Jamaludin bin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Turut hadir wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dari Pergerakan Pemuda Bahagian Ledang menjadi penyelaras dalam persidangan kali ini. Persidangan dijalankan pada jam 5.00 petang dimana agenda seperti biasa membentang peringatan, kewangan, pemilihan G10 dan G2, bahas usul dan penangguhan dan berakhir jam 7.30 malam
Antara perwakilan Pemuda Cawangan yang hadir
Ketibaan YB Sdra Khairi Jamaludin, Ketua Pemuda
UMNO Malaysia
Ucapan perasmian yang penuh semagat dari
Ketua Pemuda UMNO Malaysia
Penyampaian penghargaan kepada Ketua - Ketua Pemuda
Cawangan yang telah melebihan umur sebagai ahli pemuda
Antara calon G2 ke Persidangan Pemuda UMNO
Malaysia akan datang