BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Monday, July 23, 2012

Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (KPKK)


Kelas KPKK yang dikendalikan oleh KEMAS Pasir Gudang telah dijalankan sejak bulan Jun 2011 dan sekarang ini kelas tersebut masih dijalankan pada petang Isnin tiap-tiap minggu. Kini semakin ramai penyertaan pergerakan Wanita menyertai kelas ini yang sekarang disertai seramai lebih 20 orang. 

Antara kelas yang dijalankan seperti kelas memasak, membuat kuih serta gubahan dan atas inisiatif beberapa AJK Wanita UMNO Cawangan telah mengadakan bengkel menjahit pada petang Selasa tiap-tiap minggu. Dengan adanya kelas seperti ini dapatlah memberi ilmu dan pengalaman kepada kaum wanita serta mengisi masa lapang dengan program - program berunsur ilmu.

Saturday, July 21, 2012

Jadual Waktu Berbuka Dan Imsak Bagi Seluruh Malaysia


Photobucket
Klik banner diatas

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433 Hijrah 2012 Masihi

Photobucket

Wednesday, July 11, 2012

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang 2012

Pada 7 Julai 2012, Pergerakan UMNO cawangan RPP1 telah dihadiri seramai 5 dari 7 perwakilanya ke persidangan diatas anjuran UMNO Bahagian Pasir Gudang bertempat di Dewan UniKL - MITEC Kampus Seri Alam yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Naib Presiden UMNO Malaysia merangkap Menteri Pertahanan Malaysia. Turut hadir ialah YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Persidangan dijalankan dimana agenda seperti biasa membentang peringatan, kewangan, pemilihan G7, bahas usul dan penangguhan.


Photobucket
Ketibaan YB Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi
Naib Presiden UMNO Malaysia

Photobucket
Kehadiran perwakilan UMNO cawangan - cawangan
dalam Bahagian Pasir Gudang

Photobucket
Para tetamu VVIP semasa menyanyikan lagu
Negaraku dan lagu UMNO

Photobucket
Barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang

Photobucket
Ucapan perasmian oleh YB Dato' Seri
Dr. Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO Malaysia

Photobucket
Tuan Pengerusi Tetap Bahagian sedang 
mempengerusikan persidangan

Photobucket
Antara calon G7 ke Perhimpunan Agung UMNO
Malaysia

Photobucket
Sessi pengundian bagi calon G7

Wednesday, July 4, 2012

Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Pasir Gudang

Pada 30 Jun 2012, Pergerakan UMNO cawangan RPP1 telah dihadiri seramai 3 dari 5 perwakilanya ke persidangan diatas anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang bertempat di Dewan UniKL - MITEC Kampus Seri Alam yang dirasmikan oleh YB Sdri  Khairy Jamaludin bin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Turut hadir wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dari Pergerakan Pemuda Bahagian Ledang menjadi penyelaras dalam persidangan kali ini. Persidangan dijalankan pada jam 5.00 petang dimana agenda seperti biasa membentang peringatan, kewangan, pemilihan G10 dan G2, bahas usul dan penangguhan dan berakhir jam 7.30 malam


Photobucket
Antara perwakilan Pemuda Cawangan yang hadir

Photobucket
Ketibaan YB Sdra Khairi Jamaludin, Ketua Pemuda
UMNO Malaysia

Photobucket
Ucapan perasmian yang penuh semagat dari 
Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Photobucket
Penyampaian penghargaan kepada Ketua - Ketua Pemuda 
Cawangan yang telah melebihan umur sebagai ahli pemuda

Photobucket
Antara calon G2 ke Persidangan Pemuda UMNO
Malaysia akan datang