BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Thursday, August 30, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 55 Tahun

Photobucket

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari UMNO Cawangan RPP1

Photobucket

Wednesday, August 15, 2012

Program Berbuka Puasa Pemuda Cawangan

Pada Isnin 13 Ogos 2012, Pergerakan Pemuda UMNO Caw. RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Restoran Pandan Steamboat, Johor Bahru. Seramai 7 orang hadir dalam program berbuka puasa ini. Turut hadir ialah En. Khairul Fahmi, Setiausaha UMNO Cawangan merangkap Pengerusi Tetap Pemuda Cawangan RPP1 hadir memeriahkan perjumpan ini.

Photobucket
Antara makanan pilihan untuk direbus

Photobucket
Dah berbuka ni, apa lagi pulun lah

Photobucket
Hohohoho crab

Photobucket
Tambah lagi, rugi kalau tak makan banyak

Photobucket
Antara ahli Jiran Muda yang hadir bersama En. Khairul Fahmi
Setiausaha UMNO Cawangan

Thursday, August 9, 2012

Program Jom Moreh Dan Sumbangan Kebajikan

Pada hari Isnin 6 Ogos 2012, KRT RPP1 bersama dengan PDM Taman Air Biru dan UMNO Cawangan RPP1 telah menganjurkan program diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2, Pasir Gudang. Serampai hampir 100 orang penduduk sekitar kawasan RPP1 hadir dalam program ini. Hadir di program ini ialah En. Kamal Nizam, Pegawai Penyelaras KRT Zon Parlimen Pasir Gudang mewakili Tuan Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru. Turut hadir ialah Tuan Haji Rahim bin Latiff, Pengerusi PDM Taman Air Biru dan En. Roslan bin Hj Hassan, Penggerak Perpaduan Parlimen Pasir Gudang.

Sebelum jamuan moreh, diadakan penyampaian sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur dari Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang kepada ibu-ibu tunggal, anak yatim, OKU dan sebagainya yang disampaikan oleh En. Kamal Nizam selaku wakil rasmi Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru. Program ini bermula jam 10.00 malam dan berakhir jam 12.00 tghmlm.

Photobucket
Antara kehadiran penduduk RPP1

Photobucket
Para Jiran Wanita KRT RPP1 sedang bergotong royong
menyediakan juadah moreh

Photobucket
Barangan keperluan sumbangan dari Biro Kebajikan
Parlimen Pasir Gudang

Photobucket
Dif - dif VIP yang hadir

Photobucket
Tuan Haji Rahim Latiff selaku Pengerusi PDM Taman Air Biru
menyampaikan sumbangan

Photobucket
En. Kamal Nizam mewakili Pegawai Perpaduan Daerah
turut menyampaikan sumbangan

Photobucket
Suasana kemeriahan jamuan moreh