BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Monday, September 17, 2012

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Photobucket

Sunday, September 9, 2012

Ramah Mesra Bersama YB Dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang Sempena Aidilfitri Dan Sambutan Bakal Haji RPP1

Pada hari Jumaat 7 September 2012, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan Persatuan Penduduk Blok LPJ dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di perkarangan Blok 10,11 LPJ Flat. Hadir beramah mesra ialah YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.  Turut hadir ialah YB Datuk M. Munusamy, ADUN Permas, En. R. Sabapathy Pengerusi MIC Bhg Pasir Gudang merangkap Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2.

Selain beramah mesra sempena Aidilfitri bersama penduduk RPP1/LPJ, diadakan majlis marhaban dan potong jambul  serta penyampaian cenderahati kepada bakal - bakal haji sekitar RPP1/ LPJ yang akan berangkat ke tanah suci pada tahun ini serta penyampaian kepada pelajar yang cemerlang dalam akademiknya. Majlis diakhiri dengan jamuan ramah mesra serta persembahan pancuran bunga api .

Photobucket
Ketibaan YB Dato Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen
Pasir Gudang

Photobucket
Ucapan alu aluan dari Tn. Hj. Sabran bin Awang
Ketua UMNO Cawangan RPP1

Photobucket
Ucapan dari YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Photobucket
Antara jemputan VIP yang hadir

Photobucket
Para pemimpin bacaan marhaban

Photobucket
YB Dato' Seri sedang memotong jambul bayi

Photobucket
Marhaban bersama - sama

Photobucket
Penyampaian cenderahati kepada baka - bakal haji

Photobucket
Penyampaian cenderahati kepada pelajar cemerlang

Photobucket
Para penduduk sedang mengambil juadah jamuan

Photobucket
Para VVIP juga menikmati jamuanya

Photobucket
Persembahan bunga api dari Persatuan Penduduk LPJ Flat

Gotong Royong Pemasangan Bendera Untuk Program Ramah Mesra Aidilfitri

Pada malam 6 September 2012, Pergerakan Pemuda UMNO cawangan RPP1 bergotong royong memasang bendera Jalur Gemilang dan bendera BN untuk sambutan program Ramah Mesra Bersama YB dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang pada keesokan harinya di Pekarangan Blok 10, 11 LPJ Flat.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
 

Sunday, September 2, 2012

Program Semarak Merdekaraya Peringkat Taman Air Biru

Pada Khamis 30 Ogos 2012, Pusat daerah Mengundi (PDM) Taman Air Biru bersama Persatuan Penduduk Rumah Murah Perjiranan 9 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Dewanraya Perjiranan 9, Taman Air Biru yang dirasmikan oleh En. Leong Kwai Seng, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 3. Turut hadir ialah Tn. Hj. Rahim bin A. Latiff Bendahari UMNO Bhg Pasir Gudang merangkap Pengerusi PDM Taman Air Biru, Pn. Hjh Normala Abd Samad Ketua Wanita UMNO Bhg Pasir Gudang dan En. R. Sabapathy Pengerusi MIC Bhg pasir Gudang yang juga Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2.

Selain sambutan Aildifitri, diadakan persembahan seni pertahankan diri Silambam, tayangan gambar 'Merdeka 57" serta nukilan puisi kemerdekaan yang disampaikan sendiri oleh Tn. Hj. Jamari Rohadi, Pengerusi Persatuan Penduduk Perjiranan 9. hadir juga YB Datuk M. Munusamy, ADUN Permas bagi bersama-sama menyambut ambang kemerdekaan dengan pancaran bunga api. Program ini bermula jam 9 malam dan berakhir jam 12.30 tghmlm.

Photobucket
Kehadiran penduduk

Photobucket
Ucapan perasmian oleh En. Leong Kwai Seng Ahli Majlis
MPPG Zon Air Biru 3

Photobucket
Antara dif-dif VVIP yang hadir

Photobucket
Tn. Hj. Sabran Ketua UMNO Caw. RPP1 bersama
Tn. Hj. Rahim Pengerusi PDM Taman Air Biru & 
Tn. Hj.Ariff Pengerusi JK Masjid Perjiranan 9

Photobucket
Persembahan seni silat Silambam dari MIC Bhg
Pasir Gudang

Photobucket
Penyampaian hadiah kepada murid tadika KEMAS yang
memenangi pertandingan mewarna

Photobucket
Ucapan khas dari YB M. Munusamy ADUN Permas

Photobucket
Kereta berhias

Photobucket
Para VIP sedang menunggu countdown ke pukul 12 thgmlm
tanda Hari Kemerdekaan ke 55

Photobucket
Persembahan bunga api