Pada Jumaat 26 Oktober 2012, bertepatan dengan perayaan Hari Raya Korban, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan KRT RPP1 dan Persatuan Penduduk Blok LPJ telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pusat Kegiatan Penduduk Flat LPJ. Sebanyak 3 ekor lembu telah berjaya dikorbankan sumbangan dari Parlimen Pasir Gudang dan masyarakat setempat.
Hadir bersama ialah Tuan Haji Sabran - Ketua Cawangan UMNO RPP1, En. Khairul Fahmi - Setiausaha UMNO Cawangan dan Tuan Haji Menjali - Pengerusi Penduduk Blok LPJ. Turut hadir meninjau ialah Tuan Haji Rahim Latiff - Bendahari UMNO Bhg PG merangkap Pengerusi PDM Tmn Air Biru dan Tuan Haji Rozlan - Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Pada Selasa 23 Oktober 2012, Penerangan Wanita UMNO Bhg Pasir Gudang mengadakan program diatas bertempat di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai hampir 50 orang wanita yang terdiri dari pengundi PDM Sek. Keb. Pasir Gudang 2 dan Pasir Gudang 3. Selain taklimat diadakan demonstarsi memasak yang disampaikan oleh tenaga pengajar KEMAS. Taklimat ini bermula jam 8.30 malam dan berakhir jam 10.00 malam.
Pada Sabtu 13 Oktober 2012, UMNO Cawangan RPP1 dijemput hadir ke program diatas anjuran Koperasi Seri Cempaka yang diadakan di Aras 3 Menara Aqabah, Pasir Gudang. Hadir dalam majlis ini ialah YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. Tan Cher Puk - ADUN Johor Jaya dan Tuan Haji Onn bin Jabbar@ Jaafar - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Dalam majlis ini turut diadakan majlis pelancaran logo Koperasi Seri Cempaka oleh YB Dato' Seri. Beberapa acara menarik diadakan seperti cabutan nombor bertuah, kerusi beracun, tiru macam saya dan sebagainya. Majlis jamuan juga diselitkan dengan persembahan keroncong dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan tarian kebudayaan dari Warisan Johor. Program bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang.
Ketibaan YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen PG
Antara Wanita UMNO Cawangan yang hadir
dalam majlis ini
Tuan Haji Sabran Awang Ketua Cawangan RPP1
bersama Setiausahanya
Ucapan dari YB Dato' Seri Ahli Parlimen PG
Pelancaran logo Koperasi Seri Cempaka
Persembahan keroncong dari MPPG
Acara pertandingan kerusi beracun kategori lelaki
Acara pertandingan kerusi beracun kategori wanita