Pada 6 April 2013, UMNO Caw. RPP1 menghantar seorang wakil bagi mengikuti rombongan ke program pelancaran diatas yang diadakan di Indoor Stadium Bukit Jalil, kuala Lumpur. Seramai lebih 50 orang dari UMNO Bahagian Pasir Gudang mengikuti pelancaran tersebut yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Najib bin Hj. Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad bersama isteri serta barisan pemimpin - pemimpin veteran BN. Pelancaran ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada rakyat Malaysia berkenaan rancangan dan janji kerajaan BN yang akan dijalankan selepas PRU ke 13 jika BN menang dan menerajui kerajaan Malaysia.