BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013 - 1 Aspirasi, 1 Agenda

 photo sambutan-hari-guru_zps10e10cd1.jpg

Friday, May 10, 2013

Sekitar Aktiviti Bilik Gerakan Cawangan RPP1 Semasa Kempen Pilihanraya

Bilik Gerakan Jentera PRU Ke 13 bagi Caw. RPP1 telah dibuka sejak Febuari 2012 dan beroperasi sepenuhnya apabila Perdana Menteri kita Y.B Dato' Seri Najib bin Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen pada 4 Mac 2013. Bilik gerakan dibuka bermula jam 5 petang hingga 1.00 pagi bagi kerja - kerja penyusunan jadual kegiatan, pemasangan poster/bendera, taklimat jentera pilihanraya, semakan daftar pengundi dan sebagainya.

Antara kegiatan utama yang dijalankan ialah  ceramah kempen oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang pada 22 April 2013. Lawatan Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, bekas Ahli Parlimen Pasir Gudang yang kini bertanding di DUN Permas ke bilik gerakan cawangan pada 25 April 2013, MIC Caw. Taman Air Biru bersama UMNO Caw. RPP1 mengadakan ceramah dan pengenalan calon yang dihadiri oleh Puan Hjh Normala bt Abd Samad, Ketua Wanita UMNO Bhg PG yang bertanding di Parlimen Pasir Gudang pada 1 Mei 2013 dan Majlis bacaan tahlil dan doa untuk kemenangan BN pada 4 Mei 2013. 

Hasil dari penat lelah dan kerja sepanjang kempen yang dibuat membuahkan hasil apabila kesemua 6 saluran peti undi di Sek.Keb. Pasir Gudang 3 (PDM R/P PKENJ) berpihak kepada BN dan juga membawa kemenangan kepada Y.B Dato' Seri  Mohamed Khaled Nordin di DUN Permas dan Pn. Hjh Normala di Parlimen Pasir Gudang. Bilik gerakan jentera pilihanraya caw. RPP1 telah ditutup pada 9 Mei 2013.

 photo 100_5638_zps3339c68b.jpg
Bilik Gerakan Jentera Cawangan RPP1

 photo 100_5636_zps223bc064.jpg
Bendera & Sepanduk BN menguasai kawasan
Rumah Pangsa Peringkat 1

 photo 100_5571_zpsd61d51c3.jpg
Pemuda Cawangan sedang bersiap sedia untuk
pasang bendera

 photo 100_5592_zps390a8b89.jpg
Lawatan En. Khairi Malik, Setiausaha Politik 
Y.B Dato' Seri Khaled Nordin sambil memberi sedikit
taklimat

 photo 100_5558_zpscce234a2.jpg
Wanita juga turut membantu memasang poster

 photo 100_5577_zps5734af49.jpg
Lawatan Tuan Haji Sehabudin, Setiausaha BN Parlimen
Pasir Gudang

 photo Foto0010_zpsbdd3bcfe.jpg
Lawatan Y.B Dato' Seri Khaled Nordin sambil
melihat carta maklumat pengundi

 photo 100_5598_zps2d3d1254.jpg
Wanita cawangan sedang menunggu ketibaan calon BN
Parlimen Pasir Gudang

 photo 100_5602_zps9d65149e.jpg
Suasana penuh penduduk sekitar Taman Air Biru yang
hadir dalam ceramah & pengenalan calon

 photo 100_5612_zps6cb770b6.jpg
Pn. Hjh Normala calon BN Parlimen Pasir Gudang
sedang menyampaikan ceramahnya

 photo 100_5617_zpsb12fc5d4.jpg
Wanita cawangan bersama Calon BN Parlimen
Pasir Gudang

 photo 100_5618_zpse50da9c8.jpg
Majlis tahlil dan doa untuk kemenangan BN dalam
Pilihanraya Umum ke 13

 photo 100_5633_zps889555ec.jpg
Suasana bilik gerakan semasa hari mengundi 5 Mei 2013