Bilik Gerakan Jentera PRU Ke 13 bagi Caw. RPP1 telah dibuka sejak Febuari 2012 dan beroperasi sepenuhnya apabila Perdana Menteri kita Y.B Dato' Seri Najib bin Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen pada 4 Mac 2013. Bilik gerakan dibuka bermula jam 5 petang hingga 1.00 pagi bagi kerja - kerja penyusunan jadual kegiatan, pemasangan poster/bendera, taklimat jentera pilihanraya, semakan daftar pengundi dan sebagainya.
Antara kegiatan utama yang dijalankan ialah ceramah kempen oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang pada 22 April 2013. Lawatan Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, bekas Ahli Parlimen Pasir Gudang yang kini bertanding di DUN Permas ke bilik gerakan cawangan pada 25 April 2013, MIC Caw. Taman Air Biru bersama UMNO Caw. RPP1 mengadakan ceramah dan pengenalan calon yang dihadiri oleh Puan Hjh Normala bt Abd Samad, Ketua Wanita UMNO Bhg PG yang bertanding di Parlimen Pasir Gudang pada 1 Mei 2013 dan Majlis bacaan tahlil dan doa untuk kemenangan BN pada 4 Mei 2013.
Hasil dari penat lelah dan kerja sepanjang kempen yang dibuat membuahkan hasil apabila kesemua 6 saluran peti undi di Sek.Keb. Pasir Gudang 3 (PDM R/P PKENJ) berpihak kepada BN dan juga membawa kemenangan kepada Y.B Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin di DUN Permas dan Pn. Hjh Normala di Parlimen Pasir Gudang. Bilik gerakan jentera pilihanraya caw. RPP1 telah ditutup pada 9 Mei 2013.
Bilik Gerakan Jentera Cawangan RPP1
Bendera & Sepanduk BN menguasai kawasan
Rumah Pangsa Peringkat 1
Pemuda Cawangan sedang bersiap sedia untuk
pasang bendera
Lawatan En. Khairi Malik, Setiausaha Politik
Y.B Dato' Seri Khaled Nordin sambil memberi sedikit
taklimat
Wanita juga turut membantu memasang poster
Lawatan Tuan Haji Sehabudin, Setiausaha BN Parlimen
Pasir Gudang
Lawatan Y.B Dato' Seri Khaled Nordin sambil
melihat carta maklumat pengundi
Wanita cawangan sedang menunggu ketibaan calon BN
Parlimen Pasir Gudang
Suasana penuh penduduk sekitar Taman Air Biru yang
hadir dalam ceramah & pengenalan calon
Pn. Hjh Normala calon BN Parlimen Pasir Gudang
sedang menyampaikan ceramahnya
Wanita cawangan bersama Calon BN Parlimen
Pasir Gudang
Majlis tahlil dan doa untuk kemenangan BN dalam
Pilihanraya Umum ke 13
Suasana bilik gerakan semasa hari mengundi 5 Mei 2013