Pada Jumaat 23 Ogos 2013, UMNO Caw. RPP1 bersama dengan Persatuan Penduduk LPJ telah mengadakan majlis diatas yang diadakan di pekarangan blok 10,11 LPJ Flat. Seramai lebih 100 orang penduduk hadir bersama memeroahkan sambutan hari raya pada kali ini. Hadir bersama ialah YB Puan Hajah Normala binti Abd Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Selain jamuan diadakan juga majlis potong jambul dan penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang dan warga emas. Majlis juga diserikan dengan persembahan bunga api.