BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Monday, February 17, 2014

Kursus Pertanian Bandaran Siri Ke 4

Pada Sabtu 15 Febuari 2014, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama MPPG dan UMNO Caw. RPP1 serta JKP Zon Air Biru 2 sekali lagi menganjurkan program diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai 28 orang peserta terdiri dari penduduk sekitar Zon MPPG Air Biru 2 dan NGO menyertai kursus ini.

Turut hadir ialah Pn. Azizah, Ketua Jabatan Landskap MPPG. Kursus ini akan dijalan setiap bulan sepanjang tahun 2014 akan datang. Pada kursus kali ini berkenaan jenis tanaman "Growbag" serta demo pembuatan racun serangga mengunakan barangan dapur seperti bawang putih, sabun, cili dan sebagainya. Para peserta kursus juga berpeluang mempraktikan cara membuat bantal "Growbag" sendiri yang diajar oleh tenaga pengajar dari UPM. Kursus ini bermula jam 9.00 dan berakhir jam 12.30 tengahari.

 photo 100_7885_zpsb0af7807.jpg

 photo 100_7884_zpsa50672de.jpg

 photo 100_7906_zps9cfa8d0f.jpg

 photo 100_7917_zps5db685c9.jpg

 photo 100_7935_zpseb777e2d.jpg

 photo 100_7942_zps91b40093.jpg

 photo 100_7950_zps0cef3f4f.jpg

 photo 100_7953_zpscf612a6a.jpg

 photo 100_7963_zpsa669c42e.jpg

 photo 100_7969_zps246a004c.jpg

Wednesday, February 5, 2014

Al Fatihah


Al Fatihah kepada Allahyarham Tuan Haji Sabran bin Awang, Ketua UMNO Cawangan RPP1 yang telah kembali ke Rahmatullah pada petang Rabu 5 Febuari 2014 Masihi bersamaan dengan 5 Rabiul Akhir 1435 Hijrah. Semoga dicucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang Mukmin, Amin.

Allahyarham merupakan seorang tokoh yang disegani masyarakat sekitarnya dan pengasas kepada UMNO Cawangan RPP1 yang banyak menyumbang masa, tenaga, wang ringgit demi untuk parti UMNO serta kebajikan masyarakat setempat. Salam takziah kepada keluarga dan kerabat terdekat Allahyarham dari kami. Jasa kamu dikenang jua.