BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Friday, April 30, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan RPP1 Ke 3

Pada Rabu 28 April 2010, UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan mesyuarat jawatankuasanya bertempat di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 12 orang ahli jawatankuasa UMNO cawangan hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh En. Sabran bin Awang, Ketua Cawangan UMNO RPP1. Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah bagi membincangkan tentang persediaan untuk menjalankan Persidangan Cawangan bagi tahun 2010 yang bermula dari awal Mei hingga akhir Jun 2010.

Cawangan RPP1 akan bersidang pada Ahad 9 Mei 2010, walaubagaimanapun atas permintaan ahli jawatankuasa cawangan agar ditunda ke Ahad 16 Mei 2010. Persidangan ini akan dijalankan serentak dengan sayap - sayap cawangan iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO cawangan RPP1. Mesyuarat bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir jam 10.45 malam.

Wednesday, April 28, 2010

Membantu Jentera Pilihanraya bagi Kempen Pilihanraya Kecil Ulu Selangor

Umno Bahagian Pasir Gudang yang di ketuai oleh Dato` Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin telah menghantar Jentera Pilihan Raya bagi membantu serta berkempen bagi kemenangan Calon Barisan Nasional bermula pada 16/04/2010 sehingga 25/04/2010 bagi 11 Cawangan umno didalam DUN Batang Kali didalam Parlimen Ulu Selangor.
Cawangan-cawangan yang terlibat adalah

1. Bandar Utama Fasa 1 (KC En Jefri Mad Tu)
2. Bandar Utama Fasa 2 (KC En Shahren Bin Abdul Gani)
3. Bandar Utama Fasa 3 (KC En Razak Bin Mihat)
4. Bandar Utama Fasa 4 (KC En Safie Bin Bahmad)
5. Bandar Utama Fasa 5 (KC En Rozi)
6.Taman Semarak (KC En Samad Ibrahim)
7.Tamu Hilir Park (KC En Samri sainuddin)
8. Kg Sentosa (KC En Mahmod Karim)
9. Kg Kuantan (KC En Abdul Moin Bin Bmian)
10.Kg Orang Asli Ulu Utama (KC En Alam Bin Supah-Tok Batin)
11. Kg Genting Malek ( KC En Azmi Bin Jusan)

UMNO Cawangan RPP1 turut membantu dalam kempen ini dimana En. Sabran bin Awang, Ketua Cawangan RPP1 dan beberapa orang sayap Puteri dan Pemuda Cawangan turut terlibat sama.

Didalam misi tersebut Barisan Nasional (BN) telah dapat menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim. Walaupun pada peringkat awal pengiraan undi memihak kepada calon parti pembangkang... calon BN mula mendahului selesa pada jam 8.45 malam dengan 1,035 undi di depan setelah 121 daripada 137 peti undi dibuka. Ketika itu, sudah tidak kedengaran lagi jerit pekik penyokong pembangkang yang berhimpun di Stadium Kuala Kubu Bharu yang mengikuti proses pengiraan melalui skrin besar. Stadium itu terletak disebelah pusat penjumlah undi di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu. Pada jam 9.10 malam, angka rasmi skrin SPR menyiarkan Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Beliau perolehi 24,997 undi manakala Zaid pula 23,272 undi. Kamalanathan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin BN berada di pusat berkenaan ketika Pengurus Pilihanraya mengumumkan kemenangan Kamalanathan. Pada pilihanraya umum 2008, calon PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menang majoriti 198 undi tewaskan Datuk G.Palanivel.

Thursday, April 15, 2010

Tahniah, Tahniah, Tahniah

Sdri. Eliza, Naib Ketua Puteri Cawangan telah selamat melahirkan anak sulongnya pada 14 April 2010 jam 11.30 mlm di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Tahniah kami ucapkan kepada Sdra Norhazli, Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan kerana menerima cahaya matanya. Semoga anda sekeluarga sejahtera dan harmoni dengan kehadiran cahaya mata tersebut.

~ Dari kami UMNO Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1

Majlis Sambutan Mulidur Rasul dan Sumbangan Beras Parlimen Pasir Gudang

Pada Ahad 11 April 2010 satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan sumbangan Beras kepada Ibu Tunggal anjuran Biro Kebajikan bersama Biro Agama Umno Bahagian Pasir Gudang yang diadakan di Masjid Jamek Al Muhajjirin, Masai. Seramai 7 orang ibu tunggal dari UMNO cawangan RPP1 telah dipilih menerima sumbangan tersebut. Majlis perasmian dan penyampaian sumbangan beras kepada ibu tunggal disempurnakan oleh YB. Dato` Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin. Majlis Juga diserikan dengan Forum Perdana oleh Penceramah Datuk Hajjah Siti Norbahyah binti Mahmood & Suaminya Ustaz Hj Wan Alasyah Bin Wan Abd Hamid dan Dato`Hj Mohd Nooh Bin Gadot.