BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, December 23, 2009

Program Taklimat UMNO Bahagian Pasir Gudang

Pada hari Rabu 16 Disember 2009.UMNO Caw. RPP1 telah menghantar seramai 4 orang AJK nya ke program diatas yang diadakan di Dewan Raya Seri Alam Jln Gunung, Seri Alam. Taklimat ini disampaikan semdiri oleh Y.B Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah Y.Bhg Datuk Hj. Ibrahim bin Ghaffar, Tim. Ketua UMNO Bahagian dan Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Bahagian. Dalam taklimat ini YB Dato Seri menekankan tentang perlunya persediaan sekarang untuk menghadapi Pilihanraya bagi kali ke 13. Perlu mewujudkan jentera pilihanraya bagi UMNO khasnya dan BN amnya bagi menghadapi pilihanraya tersebut. Selain itu juga YB. Dato Seri menerangkan sedikit sebanyak tentang pekara - pekara yang telah dipinda dalam perlembagaan UMNO semasa Perhimpunan Agung Khas UMNO yang lepas. Antaranya tentang pembayaran yuran tahunan keahlian dimasuhkan dan kuasa Ketua - Ketua Sayap bagi meluluskan permohonan keahlian baru UMNO. Majlis Taklimat ini bermula pada jam 9.30 mlm dan berakhir jam 11.00 mlm.

Friday, December 11, 2009

Perjumpaan AJK UMNO RPP1 dengan Wakil Biro Pilihanraya

Pada Selasa 8 Disember 2009, UMNO Caw. RPP1 mengadakan perjumpaan bersama Biro Keahlian dan Daftar Mengundi UMNO Bahagian Pasir Gudang yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 10 orang AJK hadir dalam perjumpaan ini. Hadir juga Setiausaha Biro Pengkaderan dan Pilihanraya bagi mewakili Parlimen Pasir Gudang dalam perjumpaan ini. Tujuan perjumpaan ini ialah untuk mengesan ahli - ahli UMNO yang masih belum mendaftar sebagai pengundi dan mengalakanh agar para penduduk di kawasan RPP1 untuk mendaftar sebagai pengundi bagi mereka yang telah melebihi umur 21 tahun.

Antara AJK UMNO Cawangan yang hadir

Ketika sedang menyemak ahli UMNO RPP1 yang belum
mendaftar sebagai pengundi

2 orang wakil Biro Keahlian dan Daftar Pengundi
UMNO Bahagian Pasir Gudang

Tuesday, December 1, 2009

Ibadah Korban & Aqiqah 1340 H/2009 M

Pada jumaat 27 November 2009, JK Masjid Tmn Air Biru dengan kerjasama UMNO dan KRT RPP1 telah mengadakan ibadah tersebut sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari tersebut bertempat di pekarangan Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang. Sebanyak 6 ekor lembu berjaya dikorban pada kali ni yang bermula jam 9.15 pagi diketuai oleh Tn. Hj. Jamian bin Sulaiman, Pengerusi JK Masjid Tmn Air Biru. Seramai lebih 40 orang bagi membantu melapah lembu dan daging - daging tersebut diedarkan kepada penduduk yang hadir dalam program tersebut.