BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, December 1, 2009

Ibadah Korban & Aqiqah 1340 H/2009 M

Pada jumaat 27 November 2009, JK Masjid Tmn Air Biru dengan kerjasama UMNO dan KRT RPP1 telah mengadakan ibadah tersebut sempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari tersebut bertempat di pekarangan Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang. Sebanyak 6 ekor lembu berjaya dikorban pada kali ni yang bermula jam 9.15 pagi diketuai oleh Tn. Hj. Jamian bin Sulaiman, Pengerusi JK Masjid Tmn Air Biru. Seramai lebih 40 orang bagi membantu melapah lembu dan daging - daging tersebut diedarkan kepada penduduk yang hadir dalam program tersebut.





0 ulasan: