Balai Komuniti Zon Air Biru 2 telah dinaiktaraf sebagai dewan tertutup hasil peruntukan dari Menteri Besar Johor melalui pihak Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Dijangka siap sepenuhnya pada 29 November 2013. Dengan penaiktaraf pusat ini boleh dijadikan sebagai tempat berkursus/ mesyuarat dan sebagainya serta keselesaan yang sempurna. Terima kasih kepada MB dan MPPG.
H1N1 kini sedang merebak di Malaysia. Waspada kepada tempat berisiko jangkitan virus H1N1. Untuk keselamatan dan langkah berjaga - jaga dalam mencegah H1N1:1. Elakan dari berada dikawasan padat dengan orang ramai.2. Sentiasa memakai topeng semasa berada dalam khalayak.3. Menjaga kebersihan diri dan kebersihan pemakanan.4. Menutup mulut sekiranya bersin atau batuk.Untuk keterangan lanjut klik dibawah. Info Bekenaan H1N1Cara Menjaga Kesihatan DiriKebersihan TanganCara Pengunaan Topeng
UMNO caw. RPP1 telah menghantar seramai 2 orang wakilnya iaitu En. Musa, Tim. Ketua Cawangan dan En. Abu Bakar, AJK Cawangan ke taklimat diatas yang diadakan di Tingkat Bawah, Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang di Taman Molek pada hari Ahad 2 Ogos 2009. Selain taklimat dijalankan juga bengkel penulisan blog dan cara bagaimana hendak mewujudkan blog atau wordpress. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Blog Cawangan dan Blog Individu (Terbuka). Blog tersebut haruslah berunsur politik, isu semasa dan artikel aktiviti cawangan. Petandingan akan dijalan selama 3 bulan bermula dari tarikh pelancaran iaitu 2 Ogos hingga Oktober 2009.
Sejak akhir tahun 80 an saya mula terdengar ramalan tentang teori RAHMAN ini dimana setiap Perdana Menteri yang akan memerintah merupakan insan - insan yang nama awalnya dari abjad dalam teori tersebut. Kini ramalan tersebut menjadi kenyataan selepas terlantiknya YAB Datuk Seri Najib Tun Razak maka terjawap sudah teori tersebut. Sebab apa saya minat dengan Sejarah dan pengetahuan am. Mari kita lihat senarai Perdana Menteri kita dibawah:
R - Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj
A - Tun Abd Razak Hussin
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Mahathir Mohamed
A - Tun Abdullah Ahmad Badawi
N - Datuk Seri Najib Tun Razak
Ramalan teori ini wujud selepas Tungku Abd Rahman menjadi PM kemudian semasa Tun Mahathir jadi PM, teori ini diperkatakan semula. Teori ini hampir menjadi kenyataan apabila Datuk Anwar Ibrahim menjadi Tim. Perdana Menteri dimana namanya bermula dari huruf A. Jika Anwar jadi PM maka hampir2 lengkaplah cuma pada masa tu tak terpikir plak siapa PM berikutnya yang bermula dari huruf N. Semasa reformasi berlaku, ramai orang pembangkang kata Anwar pasti jadi PM jika mengikut ramalan tersebut, dalam masa yang sama terdengarlah saya dari percakapan orang PAS bahawa jika Anwar jadi PM, Nik Aziz yang namanya berawalan dengan huruf N pasti jadi Tim. PM dan seterusnya menjadi PM bagi melengkapkan teori tersebut.
Tapi malang, angan2 pihak pembangkang tentang ramalan diorang tersasar apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Tim. PM dan seterusnya sebagai PM. Jadi nama Anwar Ibrahim dah tersingkir dari ramalan tersebut tetapi masih ada harapan bagi PAS kerana huruf N masih berpihak pada Nik Aziz. Bila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Tim. PM maka detik untuk melengkapkan ramalan tersebut menjadi tanda tanya, adakah Najib atau Nik Aziz menjadi PM berikutnya. Yang paling mengentirkan ialah semasa PRU ke 12 dimana banyak kerusi BN dirampas oleh pembangkang. Hati saya terpikir, kalaulah PRU ke 12 BN kalah sudahpasti mungkin Nik Aziz akan menjadi PM bagi melengkapkan ramalan tersebut.
Tapi Alhamdulillah BN masih lagi menguasai parlimen serta kerajaan dan apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai PM dan Datuk Najib sebagai PM maka ramalan tersebut menjadi kenyataan. Sekali lagi ramalan pihak pembangkang PAS tersasar lagi. Saya juga ada terdengar jika teori RAHMAN menjadi kenyataan maka akan wujud pula teori PUTRA bermakna siapa bakal PM yang berawalan huruf P selepas Datuk Seri Najib. Itu hanya ramalan sahaja tetapi andaikata terjadi juga seperti teori RAHMAN, Mungkin Tan Sri Muhyidin Yassin nama dia tidak tersenarai dalam ramalan tu. Kita tengok ajalah sama ada teori PUTRA itu benar berlaku atau tidak selepas Datuk Seri Najib menjadi PM. Tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana menjadi pelengkap teori RAHMAN.
kami sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua bahagian UMNO Pasir Gudang serta AJK UMNO Bahagian yang membantu kami kerana telah memperuntukan sebuah kabin untuk kegiatan penduduk Rumah Pangsa Peringkat 1. Sekian lama kawasan RPP1 ini tidak memiliki pusat untuk menjalankan kegiatan dan terpaksa menumpang di rumah - rumah penduduk di sekitar RPP1. Penduduk di kawasan ini sangat berbesar hati kerana dengan adanya kabin ini maka mempermudahkan kegiatan dibuat seperti mesyuarat, taklimat, aktiviti dan sebagainya untuk penduduk RPP1. Kabin ini dikenali sebagai Balai Komuniti memandangkan ianya dikongsi bersama antara UMNO Cawangan, Kawasan Rukun Tetangga, Pasukan Sukarelawan Pemantau Denggi dan juga sebagai pejabat Jawatankuasa Penduduk Zon Taman Air Biru 2. Diharap dengan adanya balai ini, kami dapat menjalankan beberapa kegiatan dan program dengan baik demi untuk kesejahteraan dan kemudahan penduduk RPP1.
Balai Komuniti RPP1 yang terletak di Jalan 10/17 bersebelahandengan Blok 14
Susana di dalam Balai Komuniti RPP1
Kemudahan komputer dan internet untuk mencari maklumatdan sebagainya