BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.
Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Majlis - Majlis Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Ke 55

Wednesday, December 28, 2011

Cuti Umum Bagi Negeri Johor 2012

Photobucket

Nota:- Mulai 2011 Hari Hol Almarhum Sultan Johor akan disambut mengikut Kalender Hijrah iaitu pada 6 Safar setiap tahun. Oleh yang demikian pada tahun ini disambut 2 kali iaitu yang akan datang pada 31 Disember 2011.

Saturday, February 19, 2011

Info Pilihanraya Kecil DUN Kerdau (N28)

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno dilaporkan meninggal dunia. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dikatakan terjatuh di bilik air rumahnya.

Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit sejak setahun yang lalu kerana tekanan darah yang tidak menentu. 9 Mei lalu, Allahyarham pernaj dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah buah pinggang dan jantung selepas pembedahan ulser usus.

Kematian ADUN Kerdau bakal menyaksikan PRK ke-16 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan PRK yang pertama di Pahang. SPR mesti mengadakan PRK dalam tempoh 60 hari.

SPR telah menetapkan bahawa hari penamaan calon bagi PRK DUN Kerdau, Pahang ialah pada 26 Febuari ini, serentak dengan hari penamaan calon bagi PRK DUN Merlimau, Melaka. Hari mengundi bagi DUN Kerdau juga akan diadakan pada 6 Mac 2011 juga serentak dengan DUN Merlimau.

Info PRK DUN Kerdau

Info PRK DUN Kerdau

Datuk Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain. Rujuk gambar di atas.

Wednesday, February 16, 2011

Info Pilihanraya Kecil DUN Merlimau (N27)

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) bakal diadakan berikutan kematian ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Tarikh Penamaan Calon: 26 Februari 2011
Tarikh Pilihan Raya: 6 Mac 2011

Fakta Berkaitan DUN Merlimau


Info PRK DUN Merlimau

Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir telah menewaskan calon parti PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 – peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian PAS pada tahun 2004. Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi.

Demografi Pengundi DUN Merlimau

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

10,679 pemilih berdaftar.
10,643 pengundi biasa.
36 pengundi pos.

Pecahan Mengikut Kaum

Melayu 64.69%
Cina 21.11%
India 14.16%
Lain-lain 0.04%

Monday, January 31, 2011

Keputusan N. 05 DUN Tenang - BN Menang, Tahniah.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi. Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang tadi. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya. Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Tahniah kepada mereka yang bertungkus lumus membawa kemenangan kepada BN di DUN Tenang.

Wednesday, January 5, 2011

Info Pilihanraya Kecil N 05 DUN Tenang

azlan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor pada 22 Januari 2011 dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari 2011. Pilihanraya ini diadakan berikutan bekas penyandangnya,YB Dato' Sulaiman Taha, 59, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember 2010.Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Sunday, October 31, 2010

Info Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi (P 185)

Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.

Tarikh Penamaan Calon: 26 Oktober 2010

Tarikh Pilihan Raya: 4 November 2010

Fakta Berkaitan Parlimen Batu Sapi

  1. Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.
  2. Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah – menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
  3. Sebanyak 45 saluran akan dibuka.
  4. 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya.

info parlimen batu sapi

Demografi Penduduk

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 9 Oktober lalu.

  • 25,582 pengundi berdaftar.
  • 24,047 pengundi biasa.
  • 1,535 pengundi pos.

Pecahan Mengikut Kaum

  • Bumiputera Islam 60.1%
  • Cina 37.2%
  • Bumiputera Bukan Islam 2.3%
  • Lain-lain 0.4%

Info Pilihanraya Kecil DUN Galas (N45)

Pilihan Raya Kecil DUN Galas (N45) bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Chek Hashim bin Sulaima pada 27 September 2010.

Tarikh Penamaan Calon: 26 Oktober 2010

Tarikh Pilihan Raya: 4 November 2010

Fakta Berkaitan DUN Galas

  1. Sebanyak 11 sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi.
  2. 323 petugas telah dilantik oleh SPR bagi melicinkan perjalanan pilihan raya itu.
  3. RM1.3 juta diperuntukkan oleh SPR bagi menjalankan pilihan raya kecil ini.
  4. Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.
  5. SPR menjangkakan lebih 81 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil itu.

Info PRK Dun Galas

Demografi Pengundi DUN Galas

Pilihan raya kecil DUN Galas akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 September lalu

  • 11,553 pengundi berdaftar.
  • 11,426 pengundi biasa.
  • 127 pengundi pos.

Pecahan Mengikut Kaum

  • Melayu 65.4%
  • Cina 22.3%
  • India 1.8%
  • Lain-lain 10.5%

Tuesday, March 23, 2010

Asal Usul Perwatakan Melayu ( Bahagian 2 )

Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengakui pengaruh Islam terhadap nilai dan etika Melayu melalui buku kontroversi beliau, The Malay Dilemma. Namun, menurutnya, interpretasi yang salah terhadap agama telah menyebabkan orang Melayu terjebak dengan sikap-sikap yang lari daripada landasan agama seperti tidak berani mengambil risiko, tidak tahu merancang dan berpada dengan hidup yang sederhana. Menurutnya lagi, budaya juga merupakan antara sebab orang Melayu kian mundur berbanding bangsa lain. Budaya yang dimaksudkannya ini berpunca daripada faktor persekitaran dan bukan sifat semulajadi orang Melayu.

Antara sikap yang diperincikan Tun Dr. Mahathir adalah sikap ‘easy going’ atau sikap ‘tak mengapa’ yang menyebabkan bangsa Melayu terkebelakang dalam bidang perniagaan berbanding bangsa Cina. Sikap ini juga menyebabkannya mudah dieksploitasi dan menyerah kalah. Orang Melayu juga sering mahukan keuntungan segera serta tidak tahu menilai wang. Perkara yang sama telah diungkapkan oleh Profesor DiRaja Ungku Aziz iaitu orang Melayu hanya tahu sesuatu perkara itu banyak atau sedikit tetapi tidak tahu nilai nombor tersebut.

Dalam buku The Way Forward, Tun Dr. Mahathir telah menyalahkan penjajah di atas sikap negatif orang Melayu. Dasar pecah dan perintah British telah melemahkan masyarakat Melayu dari segenap penjuru. Berbeza pula dengan pandangan Datuk Dr. Hassan Ahmad, bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang percaya sikap malas bekerja, suka berpesta dan berpoya-poya orang Melayu adalah ciptaan penjajah Barat yang memandang rendah terhadap masyarakat Melayu atau dalam istilah mereka ‘the natives’ yang merujuk kepada masyarakat yang tidak bertamadun. Persepsi negatif terhadap orang Melayu ini pula terus dipegang oleh orang Melayu sendiri sehingga hari ini.

Menurut Dr. Sidek Fadzil, rasa tidak selamat terhadap kuasa Barat turut mendorong orang Melayu menjadi lebih Islamik. Maka sekitar 1950-an muncul nama-nama seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi, Pendeta Za’ba dan Profesor Zulkifli Muhammad, cendekiawan Melayu berfahaman Islam moderat yang menyemarakkan kebangkitan semula orang Melayu. Mereka adalah antara tokoh-tokoh orang Melayu yang menentang kehadiran British di Tanah Melayu ketika itu. Kesedaran untuk mengubah nasib bangsa ini sekali lagi disemarakkan oleh sentimen kebangkitan Islam selepas kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniah

Saturday, February 20, 2010

Asal Usul Perwatakan Melayu ( Bahagian 1 )


Apabila berbicara perihal psikologi bangsa Melayu, kita harus membicarakan dua perkara pokok, iaitu identiti asal orang Melayu serta faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukannya, dan faktor-faktor yang telah mengubah atau yang akan mengubah perwatakan bangsa Melayu. Perbincangan ini cuba mengupas pandangan beberapa cendekiawan Melayu berkenaan permasalahan dan cabaran orang Melayu dalam pembentukan personaliti ‘Melayu Kelas Pertama’.

Melayu tradisional adalah satu bangsa yang amat menekankan nilai-nilai sosial. Nilai-nilai ini dipupuk sejak di peringkat kanak-kanak bagi memastikan kelakuannya bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Konsep ‘malu’, ‘harga diri’ dan ‘maruah’ mempunyai kepentingan sosial dan nilai-nilai ini dipertahankan habis-habisan.

Orang Melayu dahulu juga dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa dan hormat menghormati, terutamanya terhadap orang yang lebih tua dan pemimpin mereka. Penekanan terhadap adab dan kesopanan dapat diperhatikan dalam kehidupan beraja. Dalam Sejarah Melayu, dinukilkan betapa pentingnya seorang Sultan atau anak Raja memiliki akhlak yang mulia.

Bakal Sultan dilatih dan dididik agar berketrampilan di mata masyarakat. Di samping meneruskan satu imej sejak turun-temurun, maruah juga dipertaruhkan. Persepsi masyarakat ketika itu, seorang Sultan yang baik adalah Sultan yang mempunyai adab di samping sifat kebijaksanaan.

Budaya dan identiti masyarakat Melayu ketika itu dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan yang paling utama adalah kedatangan Islam ke alam Melayu. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara pada kurun ke-14 telah membawa perubahan ketara dalam peradaban masyarakat Melayu. Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, agama Islam sebenarnya telah mewujudkan identiti bangsa Melayu yang tersendiri.

Meneliti sejarah Kesultanan Melayu Melaka, kita akan mendapati permulaan satu bangsa Melayu yang bertamadun. Bermula dengan Islamnya pemimpin Melayu ketika itu, dan tindakan itu kemudiannya diikuti oleh sekalian rakyat jelata. Orang Melayu juga amat menyanjung dan menghormati golongan alim ulama dan tokoh agama. Guru-guru di zaman awal kemerdekaan dianggap sebagai profesion yang amat mulia dan disanjung tinggi.

Kehalusan budi orang Melayu yang disulam dengan keiklasan iman turut diabadikan di dalam perkataan ‘budiman’ yang mencantumkan makna budi dan iman. Budaya dan tradisi bangsa Melayu bukan sekadar disesuaikan dengan ajaran Islam, bahkan budaya itu sendiri dibina berasaskan nilai-nilai Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan sistem nilai orang Melayu hampir keseluruhannya dibentuk oleh Islam.

Saturday, February 6, 2010

Kata Hikmat

“Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan, namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang.”

~ Hamka

Saturday, January 23, 2010

Sembah Takziah Dari UMNO Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1


Sultan Berjiwa Rakyat itulah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Baginda yang dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru akibat gering. Baginda menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.13 malam tadi. Kami semua selaku rakyat setia Johor mengucapkan Sembah salam Takziak kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Zanariah binti Al-Marhum Tunku Ahmad dan semua kerabat Di Raja Johor, pembesar-pembesar Johor, pegawai-pegawai kerajaan Johor dan seluruh rakyat Johor yang lain. Sesungguhnya pemergian Baginda amat dirasai dan terasa satu kehilangan yang besar pada Negeri dan Jajahan Takluk Johor. Semoga roh Baginda ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman

AL-FATIHAH


Sunday, November 1, 2009

Siapakah Yang Dikatakan Pemimpin ?


Sesiapa sahaja yang menunjuk arah, memadu dan membimbing ke arah mencapai sesuatu tujuan tertentu dapat dikatakan sebagai pemimpin. Seorang ayah yang sentiasa menunjuk ajar serta membimbing isteri dan anak - anaknya untuk mencapai kebahagian hidup rumahtangga adalah seorang pemimpin keluarga. Begitu juga halnya dengan seirang guru yang menunjuk arah, memandu dan membimbing para pelajarnya dalam kelas untuk menimba ilmu pengetahuan, dia adalah seorang pemimpin di kelasnya.

Di dalam organisasi UMNO, dari kepimpinan Presiden hingga kepimpinan peringkat cawangan bertanggungjawap membimbing ahli - ahlinya ke arah matlamat yang hendak dituju. Selain itu juga Ketua - ketua Pergerakan Pemuda, Puteri dan Biro Putera juga merupakan pemimpin - pemimpin muda. Mereka adalah individu - individu yang diberi tanggungjawap untuk membimbing orang lain, iaitu ahli - ahli bawahanya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang politik, kemantapan disiplin dan menerapkan nilai - nilai murni yang sesuai dengan budaya UMNO yang telah dibina dari satu generasi ke satu generasi.


Pada peringkat negara, kita juga mempunyai lapisan - lapisan pucuk pimpinan yang berkhidmat untuk menentukan keamanan, kestabilan dan kemakmuran rakyat. Kita mempunyai pemimpin - pemimpin pada peringkat negara, negeri, daerah atau jajahan dan juga pada peringkat kampung atau desa. Pada peringkat negara kita mempunyai Perdana Menteri. Pada peringkat negeri kita mempunyai Menteri Besar atau Ketua - Ketua Menteri. Pada peringkat daerah atau jajahan kita mempunyai Pegawai - Pegawai Daerah atau Jajahan sementera pada peringkat mukim dan kampung, kita mempunyai Penghulu dan Ketua Kampung. Kita juga mempunyai pemimpin - pemimpin politik, pemimpin masyarakat, agama, pendidikan, keamanan dan lain - lainya. Pada asasnya mereka adalah orang - orang yang memimpin, membimbing, menunjuk arah dn memandu orang ramai, iaitu rakyat, untuk mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup di negara ini.

Thursday, October 15, 2009

Usul Pindaan Perlembagaan UMNO Disokong Sebulat Suara

KUALA LUMPUR, 15 Okt. – Usul pindaan Perlembagaan UMNO telah dibentang oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan yang juga Naib Presiden UMNO.

Terdapat tujuh perkara di dalam perlembagaan yang membabitkan pindaan, penambahan dan pemansuhan beberapa fasal.

Perkara yang terbabit adalah seperti Perluasan Jumlah Perwakilan, Penghapusan Kuota, Pertambahan Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Bahagian dan Ahli Jawatankuasa Cawangan (Lantikan), Penubuhan Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Yuran, Pendaftaran Keahlian dan Pengiktirafan kepada Setiasuaha Bahagian.

(Berita Selanjutnya)

= Usul Pindaan Perlembagaan UMNO

Tuesday, September 29, 2009

Jahat - jahat sungguh kamu ye.

Perangi mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir, Pengkhianat Bangsa perlu , pembelot dan juga perogol maruah bangsa jangan diberikan seinci tanah Bagan Pinang untuk mereka bernafas, Itu Anwar Ibrahim, Ini PAS….. kata penyokong PAS. Apa bezanya Anwar Ibrahim atau PAS. Apa bezanya DAP PAS dan PKR. Apa bezanya Haji Hadi, Anwar Ibrahim, Nik Aziz mahupun Lim Kit Siang atau Karpal Singh. Semuanya gila kuasa dan sanggup mengenepikan soal bangsa dan agama.

1. Anwar Ibrahim sanggup menggadai maruah bangsa kerana mahu menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim sanggup menggadai apa saja yang penting dirinya dapat menjadi Perdana Menteri. Jantan tidak bermoral dan tidak bermaruah ini sanggup juga membohongi rakyat hanya kerana cita cita tinggi beliau yang tidak mungkin akan kesampaian.

2. Nik Aziz bertindak sebagai pembersih kepada semua kekotoran dalam PR dam bertindak sebagai nabi yang boleh mengubah fatwa mengikut kehendak dan citarasa parti mereka bagi meghalalkan yang haram dan haramkan yang halal.

3. Karpal Singh, bengali yang murtad kini tidak berserban kini menganggap Islam adalah sebuah agama yang tidak boleh diperjuangkan , Islam tidak boleh menjadi agama rasmi negara Malaysia kerana mereka mengamalkan prinsip Malaysia Malaysian. Karpal Pernah berkata langkah mayat ku dulu sebelum, PAS dapat dijadikan agama rasmi negara Malaysia. Karpal pernah mengeluar kan keyataan agar melangkah mayat beliau dahulu sebelum PAS dapat bangunkan Islam.

Mereka ini semuanya kandang apa yang mereka mahu adalah kuasa, bila diberikan kuasa mereka tidak akan berjaya untuk lakukan apa apa kerana mereka tidak pernah memikirkan mengenai pentadbiran tetapi hanya memikirkan mengenai bagaimana mahu mendapat kuasa. Bila dapat kuasa mereka tidak tahu nak buat apa. Hidup mereka penuh dengan khianat, dombaan dan fitnah dan inilah senjata mereka yang meracun rakyat semoga mereka diberikan kuasa, Pengundi Bagan Pinang perlu berhati hati dan perlu bijak membuat pilihan.

Kini PAS dan PKR hanya merupakan badut kepada DAP kerana mereka mahukan sangat DAP menjadi rakan mereka bagi merampas kuasa dari Barisan National. PAS sanggup tutup mata apabila Elizebeth Wong mendedahkan dan memperagakan alat sulitnya yang tidak lagi sulit, Nik Aziz juga mungkin sudah tenguk.....!

Lantas Nik Aziz berkata, dia tak salah….dia kangkang macam tuh pun tak salah , yang salah yang ambil gambar, yang benarkan ambil gambar tak salah, macam mana mamat itu masuk jika tidak dibenarkan masuk, macam mana mamat itu, kekasih beliau boleh masuk dalam keadaan beliau tidur sambil mulut bawah menghirup udara nyaman jika bukan beliau yang benarkan.

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 52 TAHUN

31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Friday, August 14, 2009

Influlenza A ( H1N1 )

H1N1 kini sedang merebak di Malaysia. Waspada kepada tempat berisiko jangkitan virus H1N1. Untuk keselamatan dan langkah berjaga - jaga dalam mencegah H1N1:

1. Elakan dari berada dikawasan padat dengan orang ramai.
2. Sentiasa memakai topeng semasa berada dalam khalayak.
3. Menjaga kebersihan diri dan kebersihan pemakanan.
4. Menutup mulut sekiranya bersin atau batuk.

Untuk keterangan lanjut klik dibawah.

Info Bekenaan H1N1
Cara Menjaga Kesihatan Diri
Kebersihan Tangan
Cara Pengunaan Topeng

Monday, April 6, 2009

Teori RAHMAN Menjadi Realiti Akhirnya

Sejak akhir tahun 80 an saya mula terdengar ramalan tentang teori RAHMAN ini dimana setiap Perdana Menteri yang akan memerintah merupakan insan - insan yang nama awalnya dari abjad dalam teori tersebut. Kini ramalan tersebut menjadi kenyataan selepas terlantiknya YAB Datuk Seri Najib Tun Razak maka terjawap sudah teori tersebut. Sebab apa saya minat dengan Sejarah dan pengetahuan am. Mari kita lihat senarai Perdana Menteri kita dibawah:

R - Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj
A - Tun Abd Razak Hussin
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Mahathir Mohamed
A - Tun Abdullah Ahmad Badawi
N - Datuk Seri Najib Tun Razak

Ramalan teori ini wujud selepas Tungku Abd Rahman menjadi PM kemudian semasa Tun Mahathir jadi PM, teori ini diperkatakan semula. Teori ini hampir menjadi kenyataan apabila Datuk Anwar Ibrahim menjadi Tim. Perdana Menteri dimana namanya bermula dari huruf A. Jika Anwar jadi PM maka hampir2 lengkaplah cuma pada masa tu tak terpikir plak siapa PM berikutnya yang bermula dari huruf N. Semasa reformasi berlaku, ramai orang pembangkang kata Anwar pasti jadi PM jika mengikut ramalan tersebut, dalam masa yang sama terdengarlah saya dari percakapan orang PAS bahawa jika Anwar jadi PM, Nik Aziz yang namanya berawalan dengan huruf N pasti jadi Tim. PM dan seterusnya menjadi PM bagi melengkapkan teori tersebut.

Tapi malang, angan2 pihak pembangkang tentang ramalan diorang tersasar apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Tim. PM dan seterusnya sebagai PM. Jadi nama Anwar Ibrahim dah tersingkir dari ramalan tersebut tetapi masih ada harapan bagi PAS kerana huruf N masih berpihak pada Nik Aziz. Bila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Tim. PM maka detik untuk melengkapkan ramalan tersebut menjadi tanda tanya, adakah Najib atau Nik Aziz menjadi PM berikutnya. Yang paling mengentirkan ialah semasa PRU ke 12 dimana banyak kerusi BN dirampas oleh pembangkang. Hati saya terpikir, kalaulah PRU ke 12 BN kalah sudahpasti mungkin Nik Aziz akan menjadi PM bagi melengkapkan ramalan tersebut.

Tapi Alhamdulillah BN masih lagi menguasai parlimen serta kerajaan dan apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai PM dan Datuk Najib sebagai PM maka ramalan tersebut menjadi kenyataan. Sekali lagi ramalan pihak pembangkang PAS tersasar lagi. Saya juga ada terdengar jika teori RAHMAN menjadi kenyataan maka akan wujud pula teori PUTRA bermakna siapa bakal PM yang berawalan huruf P selepas Datuk Seri Najib. Itu hanya ramalan sahaja tetapi andaikata terjadi juga seperti teori RAHMAN, Mungkin Tan Sri Muhyidin Yassin nama dia tidak tersenarai dalam ramalan tu. Kita tengok ajalah sama ada teori PUTRA itu benar berlaku atau tidak selepas Datuk Seri Najib menjadi PM. Tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana menjadi pelengkap teori RAHMAN.

Friday, March 27, 2009

Keputusan Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2008 - 2011

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin diisytiharkan menang Timbalan Presiden UMNO selepas menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pada pemilihan pucuk pimpinan parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 bagi sesi pemilihan 2008 hingga 2011.
- Sumber dari UMNO Online

Keputusan rasmi Majlis Tertinggi UMNO 2008 - 2011 - Klik Disini -

Thursday, March 26, 2009

Keputusan Pemilihan Sayap UMNO 2008 - 2011

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita UMNO dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi mengalahkan penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi. Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar mengumumkan senarai 20 pemenang jawatan Exco pergerakan itu.Bagi Pergerakan Pemuda UMNO, jawatan ketua Pemuda dimenangi oleh Khairy Jamaludin berjaya menewaskan dua lagi calon, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir dengan mendapat 304 undi.Pemilihan pergerakan Puteri Umno pula menyaksikan Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memenangi jawatan Ketua bagi sesi pemilihan 2008 hingga 2011 dengan memperoleh 245 undi.

- Sumber dari UMNO Online

Berikut adalah senarai rasmi keputusan pemilihan - Klik Disini -