Pada Jumaat 26 Oktober 2012, bertepatan dengan perayaan Hari Raya Korban, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan KRT RPP1 dan Persatuan Penduduk Blok LPJ telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pusat Kegiatan Penduduk Flat LPJ. Sebanyak 3 ekor lembu telah berjaya dikorbankan sumbangan dari Parlimen Pasir Gudang dan masyarakat setempat.
Hadir bersama ialah Tuan Haji Sabran - Ketua Cawangan UMNO RPP1, En. Khairul Fahmi - Setiausaha UMNO Cawangan dan Tuan Haji Menjali - Pengerusi Penduduk Blok LPJ. Turut hadir meninjau ialah Tuan Haji Rahim Latiff - Bendahari UMNO Bhg PG merangkap Pengerusi PDM Tmn Air Biru dan Tuan Haji Rozlan - Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Pada malam 6 September 2012, Pergerakan Pemuda UMNO cawangan RPP1 bergotong royong memasang bendera Jalur Gemilang dan bendera BN untuk sambutan program Ramah Mesra Bersama YB dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang pada keesokan harinya di Pekarangan Blok 10, 11 LPJ Flat.
Pada hari Ahad 16 Oktober 2011, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, JKP Zon Air Biru 2 dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas. Program ini dijalankan dimana Pejabat Kesihatan akan bergerak dari blok ke blok bersama - sama penduduk membersihkan serta membasmi tempat - tempat pembiakan nyamuk Aides.
Taklimat diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2 oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah sebelum bergerak dari blok 1 hingga blok 24 sambil membasmi tempat pembiakan Aides. Selain itu juga penduduk diedarkan dengan ubat pembasmi jentik - jentik serta sedikit nasihat dari pegawai pejabat kesihatan. Hadir juga sebagai pelawat ialah En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2, Inspektor Kesihatan kanan Daerah JB dan Pegawai Pusat Kesihatan Pasir Gudang. Program bermula jam 8.30 hingga 11.00 pagi.

Taklimat ringkas dari pegawai Pejabat
Kesihatan Daerah JB

Ketika bergerak dari blok ke blok

Aktiviti kutip sampah

Membasmi jentik - jentik mengunakan ubat
pembasmi di tempat air yang bertakung

Antara penduduk yang sedang membersihkan
kawasan blok masing - masing

Pemeriksaan di rumah - rumah yang kosong

Tn. Hj. Sabran sedang berbincang dengan
Inspektor Kesihatan Kanan Daerah Johor Bahru
Pada Ahad 25 Julai 2010, UMNO Caw. RPP1 dengan bekerjasama Pejabat Kesihatan Daerah JB, DeVIT Zon dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di 12 blok SEDC Flat yang melibatkan blok Lam Soon dan KTMB. Seramail hampir 100 orang penduduk RPP1 mengadakan gotong royong membersihkan blok masing - masing bagi tujuan untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aides.