BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, October 18, 2011

Program Basmi Aides Bersama Pejabat Kesihatan Daerah JB

Pada hari Ahad 16 Oktober 2011, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, JKP Zon Air Biru 2 dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas. Program ini dijalankan dimana Pejabat Kesihatan akan bergerak dari blok ke blok bersama - sama penduduk membersihkan serta membasmi tempat - tempat pembiakan nyamuk Aides.

Taklimat diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2 oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah sebelum bergerak dari blok 1 hingga blok 24 sambil membasmi tempat pembiakan Aides. Selain itu juga penduduk diedarkan dengan ubat pembasmi jentik - jentik serta sedikit nasihat dari pegawai pejabat kesihatan. Hadir juga sebagai pelawat ialah En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2, Inspektor Kesihatan kanan Daerah JB dan Pegawai Pusat Kesihatan Pasir Gudang. Program bermula jam 8.30 hingga 11.00 pagi.

Photobucket
Taklimat ringkas dari pegawai Pejabat
Kesihatan Daerah JB

Photobucket
Ketika bergerak dari blok ke blok

Photobucket
Aktiviti kutip sampah

Photobucket
Membasmi jentik - jentik mengunakan ubat
pembasmi di tempat air yang bertakung

Photobucket
Antara penduduk yang sedang membersihkan
kawasan blok masing - masing

Photobucket
Pemeriksaan di rumah - rumah yang kosong

Photobucket
Tn. Hj. Sabran sedang berbincang dengan
Inspektor Kesihatan Kanan Daerah Johor Bahru

0 ulasan: