BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, December 30, 2008

Ketua Cawangan UMNO RPP1 Terima Menantu

Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada Ketua Puteri Cawangan RPP1 Noraidah bt Sabran dengan pasanganya Mohd Agus kerana selamat mendirikan rumahtangga di Majlis Perkhawinan yang gilang gemilang diadakan di pekarangan Taman Komuniti, Jalan 10/26 Pasir Gudang pada Ahad 28 Disember 2008 Masihi bersamaan dengan 30 Zulhijjrah 1429 Hijrah. Semoga bahagian dan kekal ke anak cucu. Diucapkan terima kasih kepada AJK Bahagian, Pemuda , Wanita dan Cawangan - Cawangan yang hadir dalam majlis ini. Paling amat berbesar hati dan terima kasih kepada Pergerakan Puteri Bahagian yang boleh dikatakan dari Ketua Puteri Bahagian, Pegawainya hingga ke AJKnya meluangkan masa memenuhi jemputan untuk hadir dalam majlis ini. Walaupun sibuk dengan kerja masing - masing tetapi mereka ini sanggup turun beramai - ramai ke cawangan RPP1 untuk beramah mesra dengan Puteri cawangan serta penduduk RPP1. Bagi pihak Ketua Cawangan diucapakan ribuan terima kasih pada Pergerakan Puteri Bahagian Pasir Gudang.

Friday, December 12, 2008

Balai Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1

kami sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua bahagian UMNO Pasir Gudang serta AJK UMNO Bahagian yang membantu kami kerana telah memperuntukan sebuah kabin untuk kegiatan penduduk Rumah Pangsa Peringkat 1. Sekian lama kawasan RPP1 ini tidak memiliki pusat untuk menjalankan kegiatan dan terpaksa menumpang di rumah - rumah penduduk di sekitar RPP1. Penduduk di kawasan ini sangat berbesar hati kerana dengan adanya kabin ini maka mempermudahkan kegiatan dibuat seperti mesyuarat, taklimat, aktiviti dan sebagainya untuk penduduk RPP1. Kabin ini dikenali sebagai Balai Komuniti memandangkan ianya dikongsi bersama antara UMNO Cawangan, Kawasan Rukun Tetangga, Pasukan Sukarelawan Pemantau Denggi dan juga sebagai pejabat Jawatankuasa Penduduk Zon Taman Air Biru 2. Diharap dengan adanya balai ini, kami dapat menjalankan beberapa kegiatan dan program dengan baik demi untuk kesejahteraan dan kemudahan penduduk RPP1.

Balai Komuniti RPP1 yang terletak di Jalan 10/17 bersebelahan
dengan Blok 14

Susana di dalam Balai Komuniti RPP1

Kemudahan komputer dan internet untuk mencari maklumat
dan sebagainya

Tuesday, December 9, 2008

Program Ibadah Korban dan Aqiqah RPP1

Pada Isnin 8 Disember 2008, UMNO RPP1 bersama Jawatankuasa Masjid Jamek Taman Air Biru telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan masjid berkenaan. Sebanyak 11 ekor lembu termasuk lembu sumbagan dari UMNO Bahagian Pasir Gudang telah berjaya dikorbankan. Ini merupakan kali ke 3 cawangan RPP1 menjalankan program ini dan pertama kali bergabung dengan pihak Masjid Jamek Taman Air Biru. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara UMNO cawangan dan pihak Masjid yang di pengerusikan oleh Tn. Hj. Jamian bin Sulaiman yang juga Pengerusi program ini. Tahniah kepada beliau. Beberapa orang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Biro Agama Bahagian turut hadir meluangkan masa turun ke cawangan ini bagi melihat perkembangan dan jalan program ini. Macam ni baru dikatakan orang UMNO Bahagian yang berjiwa cawangan. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar walaupun hujan turun agak lebat namun kegigihan peserta korban menumbang serta melapah lembu amat dihargai.

Antara penduduk yang hadir

Suasana di pekarangan masjid ketika korban

Antara lembu dalam proses mengikat


Lembu No 11 sumbangan dari UMNO bahagian Pasir Gudang

Aktiviti melapah sedang giat dijalankan

Saturday, November 29, 2008

Kenangan Geng IT UMNO Rumah Pangsa Peringkat 1

Semasa di Pusat Mengundi Sek. Keb. Pasir Gudang 2

Saturday, November 8, 2008

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1


Pada Jumaat 7 November 2008, UMNO cawangan RPP1 telah mengadakan mesyuaratnya bagi kali pertama sejak persidangan cawangan pemilihan Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan tahun 2008 - 2011. Seramai 14 orang hadir dalam mesyuarat ini yang diadakan di Balai Komuniti, Rumah Pangsa Peringkat 1. Dalam mesyuarat ini banyak ditekankan tentang strategik bagi menarik minat golongan muda menyertai UMNO memandangkan golongan ini merupakan generasi baru yang memiliki idea dan wawasan bagi meneruskan perjuangan UMNO dimasa - masa mendatang. Mereka inilah warisan bangsa melayu yang bakal menerajui tampuk kepimpinan akan datang dengan idea - idea baru selaras dengan arus kemajuan dan peredaran zaman tanpa melupakan nilai - nilai perjuangan parti yang dibawa sejak zaman datuk nenek mereka.

Selain pekara diatas, Cawangan RPP1 juga merancang bagi mengabungkan antara cawangan - cawangan UMNO dalam kawasan Taman Air Biru bertujuan untuk bersama - sama bersatu bagi memperkukuhkan persaudaraan antara cawangan serta berkerjasama dalam segi program/ aktiviti/ kempen/ kebajikan dan sebagainya bagi memperkuatkan lagi benteng dan perjuangan bangsa Melayu di kawasan Taman Air Biru, Pasir Gudang.

Monday, July 14, 2008

Wakil rakyat Pakatan boikot Parlimen


Usul tergempar hilang keyakinan pada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dibawa oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat ditolak sebentar tadi. Yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang difailkan oleh ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail. Susulan keputusan yang dipertua dewan, semua anggota parlimen PKR, DAP dan PAS meninggalkan dewan beramai-ramai dan memulau sesi persidangan sepanjang hari hingga petang ini.


Difahamkan sebahagian ahli parlimen PKR hadir di rumah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang dipanggil polis bagi siasatan dakwaan liwat terhadapnya - di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Bagaimanapun mereka dipercayai sedang membincangkan isu-isu yang akan dibawa ke Dewan Rakyat esok.

Antara lain, usul tersebut menyatakan bahawa pilihanraya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Menurut usul lagi, BN mencapai kemenangan tipis dengan memanipulasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan melalui pembohongan.

Harga minyak pula, tambahnya, dinaikkan dengan tiba-tiba selepas pilihanraya walaupun timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak - ketika melancarkan manifesto pilihanraya - berjanji ia tidak akan berlaku.

Manakala ahli-ahli parlimen BN, katanya, yang menolak sikap tidak bertanggungjawab pemimpin mereka, telah diancam dan dipaksa berdiam diri.
Perkembangan tersebut, tambahnya, telah menimbulkan krisis keyakinan terhadap perdana menteri dan anggota kabinetnya. Rakyat, menurut usul itu lagi, berdepan dengan beberapa krisis seperti kenaikan harga bahan bakar makanan.

Menurutnya lagi, keyakinan rakyat terhadap polis, peguam negara dan badan kehakiman telah merosot, dan jenayah dan rasuah semakin meningkat.

Anwar Cuba Alih Perhatian Ramai Dengan Isu Baru

Pergerakan Pemuda UMNO, menganggap bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja menimbulkan isu baru apabila menggesa demonstrasi jalanan diadakan sebagai cara untuk mengalihkan perhatian ramai daripada bertumpu kepada kes liwat yang sedang dalam siasatan polis.


Demontrasi jalan terbaru yang sedang digerakkan oleh Anwar Ibrahim dan penyokongnya bakal menjadi satu lagi helah besar bagi mengalih tumpuan ramai daripada kes yang melibatkannya. Sikap yang ditunjukkan oleh Anwar itu jelas mengambarkan peribadinya yang sudah hilang pertimbangan kewarasan, sanggup mengorbankan prinsip demokrasi, keamanan dan kesejahteraan semata-mata untuk memenuhi impian peribadinya dan mengalih perhatian ramai.
Beliau berkata demikian dalam mengulas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di bangunan Parlimen dan bantahan berhubung usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO mahu budaya liar asing itu dikekang sebelum menular menjadikan suasana huru hara, menjejaskan perniagaan dan memburukkan imej negara seperti yang pernah berlaku dalam gerakan reformasi jalan, akhir 1990-an dahulu.




Friday, June 13, 2008

Mekanisme Penstrukturan Semula Subsidi Minyak Untungkan Semua Pihak

Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, mekanisme penstrukturan semula subsidi minyak petrol dan diesel akan dapat mengimbangi kesan kenaikan harga di pasaran. Beliau menjelaskan bahawa mekanisme yang digunakan adalah melalui sistem sedia ada iaitu pembayaran atau pembaharuan cukai jalan bagi memastikan pelaksanaannya cepat dan selamat.

Kajian terhadap harga petrol dan diesel terbaru pasaran tempatan itu akan dikaji semula pada Mac tahun depan, iaitu selepas kerajaan selesai membuat pembayaran subsidi RM625 kepada setiap pemilik kenderaan persendirian yang layak.

Dalam langkah penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan 4 Jun lalu, kerajaan memperkenalkan bayaran rebat RM625 yang diberikan kepada pemilik kenderaan yang layak bagi mengimbangi kenaikan harga petrol dan diesel yang dinaikkan kepada RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter.

Bayaran RM625 setahun itu hanya terhad kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc. Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun. Bayaran tunai itu akan dibuat oleh Kementerian Kewangan apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui cukai jalan.

Bayaran tersebut meliputi kenderaan yang cukai jalannya diperbaharui antara 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009. Tindakan penstrukturan semula mekanisme pemberian subsidi ini disebabkan harga minyak mentah dunia melonjak tinggi di pasaran. Jumlah permintaan minyak mentah dunia lebih tinggi daripada jumlah pengeluaran sebanyak 1.03 juta tong sehari (85.72 – 84.69)

Akibat daripada keadaan tidak menentu di negara-negara pengeluar minyak utama seperti Iraq dan Iran menyebabkan berlakunya tekanan kepada pengeluaran minyak mentah dunia dan keadaan ini diburukkan lagi dengan krisis ekonomi di Amerika Syarikat yang menyebabkan ramai pelabur-pelabur membuat pembelian masa hadapan bagi melindungi pelaburan mereka.

Monday, June 2, 2008

PKR?? Apa dah jadi??

Berita kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor kepada UMNO telah mula ‘bertiup’ khabar sejak beberapa minggu lalu sama ada di dada-dada akhbar mahupun media massa yang lain.

Walaubagaimanapun, berita tersebut disahkan apabila Ezam pada hari Rabu lalu (28.05.08) bertemu dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di pejabatnya di Parlimen bagi menyerahkan borang keahlian. "Kemasukan Ezam, tak ada syarat apa-apa, boleh terima dah, tak ada keistimewaan apa-apa, dia pun tak minta jawatan apa-apa. ”Dia hanya mahu berkhidmat dan berjuang dalam parti," kata Perdana Menteri. Beliau yang juga Presiden UMNO turut mengatakan bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak membantah kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO.

Beliau turut mengulas bahawa kemasukan Ezam sedikit sebanyak mampu membantu kepada kekuatan UMNO. Di dalam sidang media itu, Ezam menyerahkan borang permohonan menjadi anggota UMNO seumur hidup berserta dengan yuran RM100 kepada Presiden parti dan kemudiannya diserahkan kepada Setiausaha Kerja UMNO, Brig. Jen. (B) Dato’ Husainay Hashim.

Perdana Menteri berkata bahawa semasa di luar UMNO, tentulah Ezam menjadi kritikal dengan apa yang berlaku dan kini beliau sudah bertukar fikiran. "Mungkin kerana dia insaf serta sudah berada di kedua-dua belah pihak, mungkin UMNO adalah lebih baik untuk menjadi landasan perjuangannya. "Patut kena tanya dia (perkara ini), keistimewaannya ialah dia sudah berada di parti lain di bawah kepimpinan lain dan dia berasakan UMNO adalah lebih baik, itu yang istimewanya," katanya. Ditanya sama ada UMNO boleh menerima anggota lain daripada PKR yang mahu mengikut jejak langkah Ezam, beliau berkata UMNO akan melihat dulu perkara itu dan melihat individu itu terlebih dahulu. Dalam mengulas perkara yang sama, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO berkata bahawa penyertaan semula Ezam itu juga sebagai bukti bahawa beliau yakin dengan kredibiliti UMNO sebagai wadah perjuangan yang sebenar. "Kita mengalu-alukan hasrat Saudara Ezam Mohd Noor untuk masuk sebagai ahli UMNO. ”Jelas sekali bahawa Saudara Ezam yakin bahawa UMNO adalah wadah perjuangan yang sepatutnya dia sokong dan sekaligus bererti bahawa dia sudah hilang keyakinan dengan parti PKR," katanya yang juga selaku Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, beliau berkata sejarah perjuangan parti membuktikan bahawa UMNO telah menerima semula banyak pihak yang menentang mereka, justeru penyertaan semula Ezam bukan merupakan satu isu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ezam bagi membincangkan manfaat kemasukannya itu, keikhlasan dan peranannya dalam parti.

Sebelum ini, beliau pernah mengatakan pendirian yang sama mengenai perkara tersebut. Berbeza dengan pandangan Dato’ Mukhriz Mahathir, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang berlainan nada berpendapat kemungkinan Ezam mempunyai agenda tersendiri apabila kembali menyertai UMNO. Tambahnya yang juga ahli Parlimen Jerlun, beliau sehingga kini masih samar-samar mengenai tindakan itu kerana Ezam seperti diketahui mempunyai 'sejarah tersendiri' sewaktu berada dalam UMNO mahupun di luar parti. ''Saya risau apakah kemasukan Ezam menjadi satu petanda awal bahawa bekas Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan kembali menyertai UMNO," katanya.

Sebelum menyertai Parti Keadilan Nasional (sebelum PKR diwujudkan) pada 1999, Ezam, 41, adalah Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan dari 1993 hingga 1996, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Negeri Selangor dari 1996 hingga 1998 dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan.

Tuesday, May 20, 2008

Dr Mahathir..

Apa pendapat korang tntg keputusan Dr M keluar dr UMNO.. dan menetapkan syarat perletakkan jawatan PakLah sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk kembali menyertai UMNO.. isu panas!!!

Sunday, May 11, 2008

Selamat Datang!!!

Selamat Datang ke laman Web UMNO_Rumah Pangsa Peringkat 1_Taman Air Biru..
Segala aktiviti akan di"update" dari masa ke semasa...