BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Sunday, November 1, 2009

Siapakah Yang Dikatakan Pemimpin ?


Sesiapa sahaja yang menunjuk arah, memadu dan membimbing ke arah mencapai sesuatu tujuan tertentu dapat dikatakan sebagai pemimpin. Seorang ayah yang sentiasa menunjuk ajar serta membimbing isteri dan anak - anaknya untuk mencapai kebahagian hidup rumahtangga adalah seorang pemimpin keluarga. Begitu juga halnya dengan seirang guru yang menunjuk arah, memandu dan membimbing para pelajarnya dalam kelas untuk menimba ilmu pengetahuan, dia adalah seorang pemimpin di kelasnya.

Di dalam organisasi UMNO, dari kepimpinan Presiden hingga kepimpinan peringkat cawangan bertanggungjawap membimbing ahli - ahlinya ke arah matlamat yang hendak dituju. Selain itu juga Ketua - ketua Pergerakan Pemuda, Puteri dan Biro Putera juga merupakan pemimpin - pemimpin muda. Mereka adalah individu - individu yang diberi tanggungjawap untuk membimbing orang lain, iaitu ahli - ahli bawahanya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang politik, kemantapan disiplin dan menerapkan nilai - nilai murni yang sesuai dengan budaya UMNO yang telah dibina dari satu generasi ke satu generasi.


Pada peringkat negara, kita juga mempunyai lapisan - lapisan pucuk pimpinan yang berkhidmat untuk menentukan keamanan, kestabilan dan kemakmuran rakyat. Kita mempunyai pemimpin - pemimpin pada peringkat negara, negeri, daerah atau jajahan dan juga pada peringkat kampung atau desa. Pada peringkat negara kita mempunyai Perdana Menteri. Pada peringkat negeri kita mempunyai Menteri Besar atau Ketua - Ketua Menteri. Pada peringkat daerah atau jajahan kita mempunyai Pegawai - Pegawai Daerah atau Jajahan sementera pada peringkat mukim dan kampung, kita mempunyai Penghulu dan Ketua Kampung. Kita juga mempunyai pemimpin - pemimpin politik, pemimpin masyarakat, agama, pendidikan, keamanan dan lain - lainya. Pada asasnya mereka adalah orang - orang yang memimpin, membimbing, menunjuk arah dn memandu orang ramai, iaitu rakyat, untuk mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup di negara ini.

0 ulasan: