Lebih setahun menunggu akhirnya projek pembinaan tambahan Pusat Komuniti RPP1 mula dibina dan dijangka siap dalam masa 6 minggu. Bangunan tambahan ini hasil dari projek pembangunan sebanyak RM 50,000.00 dari MPPG kerana diiktiraf zon paling aktif pada 2009 yang lalu. Apabila siap ianya memiliki ruang dewan terbuka yang lebih luas memudahkan jawatankuasa penduduk dan masyarakat menjalankan kegiatanya di pusat berkenaan.

Pekerja kontraktor sedang memasang besi kerangka
untuk tapak asas

Kerja kena rajin sebab kena siap dalam 6 minggu

Suasana tapak asas dihadapan Pusat Komuniti RPP1

Lubang untuk tapak asas dewan
Pada Khamis 24 Mac 2011, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Pasir Gudang dengan kerjasama Pergerakan Wanita Caw. UMNO RPP1 mengadakan kelas pengenalan bagi program diatas yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 20 orang peserta terdiri dari kaum wanita telah mendaftarkan diri bagi mengikuti kelas ini. Program kelas yang akan diadakan sepanjang minggu seperti kelas memasak, kraftangan dan sebagainya yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dari KEMAS. Hadir memberi taklimat berkenaan kelas ini dari wakil dari KEMAS serta turut hadir juga Tn Hj. Sabran bin Awang selaku Ketua Cawangan.
Pada malamnya pula ditempat yang sama Persatuan Yassin RPP1 dan Pergerakan Wanita UMNO Caw. RPP1 mengadakan taklimat pengenalan bagi mengadakan kelas yassin bagi memantapkan lagi bacaan serta memahami makna bacaan surah yassin untuk kaum wanita. Seramai 14 orang kaum wanita yang terdiri dari anggota Persatuan Yassin RPP1 dan wanita - wanita yang ingin mempelajari bacaan surah yassin. Kelas ini akan diadakan setiap minggu selama 2 bulan bermula April ini.


Peserta kelas terdiri dari kaum wanita
sedang mendengar taklimat dari Pegawai KEMAS


Sessi taklimat dan perbincangan bagi mengadakan
Kelas Pembelajaran Yassin RPP1
Pada Ahad 6 Mac 2011, UMNO cawangan RPP1 telah berjaya menyempurnakan persidangan bagi cawangan dan sayap - sayap cawangan iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Dalam masa yang sama juga sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Cawangan mengadakan persidanganya serentak pada malam tersebut. Persidangan Cawangan dirasmikan olen Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Pada persidangan kali ini beberapa perubahan dalam pindaan perlembagaan dalam UMNO dimana setiap sayap cawangan ketua, naib ketua dan setiausaha secara otomatik boleh menghadiri persidangan sayap di bahagian. Di peringkat cawangan pula ketua cawangan bersama dengan ketua-ketua sayap cawangan tersebut secara otomatik boleh menghadiri persidangan bahagian. Sayap persidangan sayap - sayap bermula pada jam 8.30 mlm dan berakhir dalam jam 9.30 mlm dan selepas itu diteruskan dengan dengan persidangan cawangan yang berakhir jam 10.45 malam. Turut hadir sebagai pegawai penyelaras ialah Tn. Hj. Abdullah bin Abd Rahman, AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Persidangan sayap Wanita cawangan

Persidangan sayap Pemuda cawangan

Persidangan sayap Puteri cawangan

Persidangan Tahunan Cawangan RPP1 dirasmikan
oleh Tn. Hj. Ahmad Daud, Naib Ketua Bahagian

Suasana persidangan

Antara AJK UMNO Cawangan RPP1