BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, May 20, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 2009

Pada hari Rabu malam 13 Mei 2009, UMNO Caw. RPP1 telah mengadakan mesyuaratnya bertempat di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 20 orang ahli jawatankuasa UMNO cawangan hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh En. Sabran bin Awang, Ketua Cawangan RPP1. Dalam mesyuarat ini dibincangkan berkenaan dengan persediaan bagi menjalankan Persidangan Cawangan yang akan bermula pada 15 Mei hingga 30 Jun 2009. Turut dibincangkan ialah penubuhan sayap Wanita UMNO cawangan dimana Pn. Asimah bt Jusoh dipilih sebagai ketua penaja sayap wanita cawangan RPP1. Dengan tertubuhnya sayap wanita cawangan maka UMNO cawangan RPP1 telah lengkap pergerakanya dimana memiliki juga sayap pemuda dan puteri.

id="BLOGGER_PHOTO_ID_5350610456243960082"

Saturday, May 2, 2009

Perjumpaan Ketua - Ketua Caw. UMNO Tmn Air Biru

Pada hari Rabu 29 Mei 2009, Cawangan RPP1 telah menghantar 2 org wakil bersama ketua cawangan ke perjumpaan diatas yang diadakan di pekarangan Bilik Gerakan UMNO Cawangan MSE Flat. Seramai lebih 30 orang perwakilan dari 7 Cawangan UMNO kawasan Tmn Air Biru hadir dalam perjumpaan ini yang dipengerusi oleh En. Rahim bin Latif, Bendahari UMNO bahagian merangkap Ketua cawangan MSE Flat. Turut hadir ialah Tn. Hj. Baharudin bin Taib, Pegawai Khas YB Dato' Khaled, Tn. Hj. Rozlan Abu Bakar Pengrusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian, Tn. Hj Rahim bin Salleh Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan beberapa AJK Bahagian UMNO Pasir Gudang. Antara dibincangkan ialah berkenaan dengan cara untuk merancang menangkis dan menghalang pergerakan parti pembangkang dari menguasai pengaruh dan minda penduduk di kawasan Taman Air Biru ini. Selain itu juga setelah terwujudnya Jawatankuasakerja gabungan UMNO Cawangan Taman Air Biru di Caw. RPP1 yang lepas. Pihak UMNO bahagian mengesa agar sayap - sayap Wanita, Pemuda dan Puteri juga menubuhkan Jawatankuasa Gabunganya bagi merancang strategik, aktiviti dan kerjasama antara sayap - sayap di seluruh kawasan Taman Air Biru.

Antara AJK UMNO bahagian yang hadir
dipengerusikan oleh En. Rahim bin Latif

Antara perwakilan dari 7 Cawangan UMNO yg hadir

Thursday, April 23, 2009

Taklimat Biro Pengkadiran dan Pilihanraya UMNO bahagian Pasir Gudang

Pada hari Selasa 21 April 2009, UMNO Cawangan RPP1 menjadi tuan rumah program taklimat diatas bagi kawasan Taman Air Biru yang diadakan di Bilik Komuniti RPP1. Seramai lebih 30 orang ahli UMNO Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri dari cawangan RPP1 dan cawangan lain dalam Tmn Air Biru hadir dalam program ini. Taklimat ini dikendalikan oleh En. Musa bin Yusof, Pengerusi Biro Pengkadiran dan Pilihanraya UMNO Bhg Pasir Gudang. Turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Pasir Gudang Pn. Hjh Normala bte Abd Samad dan Ketua Puteri UMNO Pasir Gudang YM Raja Norasyikin bte Hj. Raja Ali dan Ahli Jawatankuasa Biro Pengkadiran. Program ini bertujuan untuk membincangkan masalah bagi menangani pilihanraya akan datang agar UMNO tetap memperolehi kejayaan pada masa akan datang.


Monday, April 6, 2009

Teori RAHMAN Menjadi Realiti Akhirnya

Sejak akhir tahun 80 an saya mula terdengar ramalan tentang teori RAHMAN ini dimana setiap Perdana Menteri yang akan memerintah merupakan insan - insan yang nama awalnya dari abjad dalam teori tersebut. Kini ramalan tersebut menjadi kenyataan selepas terlantiknya YAB Datuk Seri Najib Tun Razak maka terjawap sudah teori tersebut. Sebab apa saya minat dengan Sejarah dan pengetahuan am. Mari kita lihat senarai Perdana Menteri kita dibawah:

R - Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj
A - Tun Abd Razak Hussin
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Mahathir Mohamed
A - Tun Abdullah Ahmad Badawi
N - Datuk Seri Najib Tun Razak

Ramalan teori ini wujud selepas Tungku Abd Rahman menjadi PM kemudian semasa Tun Mahathir jadi PM, teori ini diperkatakan semula. Teori ini hampir menjadi kenyataan apabila Datuk Anwar Ibrahim menjadi Tim. Perdana Menteri dimana namanya bermula dari huruf A. Jika Anwar jadi PM maka hampir2 lengkaplah cuma pada masa tu tak terpikir plak siapa PM berikutnya yang bermula dari huruf N. Semasa reformasi berlaku, ramai orang pembangkang kata Anwar pasti jadi PM jika mengikut ramalan tersebut, dalam masa yang sama terdengarlah saya dari percakapan orang PAS bahawa jika Anwar jadi PM, Nik Aziz yang namanya berawalan dengan huruf N pasti jadi Tim. PM dan seterusnya menjadi PM bagi melengkapkan teori tersebut.

Tapi malang, angan2 pihak pembangkang tentang ramalan diorang tersasar apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Tim. PM dan seterusnya sebagai PM. Jadi nama Anwar Ibrahim dah tersingkir dari ramalan tersebut tetapi masih ada harapan bagi PAS kerana huruf N masih berpihak pada Nik Aziz. Bila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Tim. PM maka detik untuk melengkapkan ramalan tersebut menjadi tanda tanya, adakah Najib atau Nik Aziz menjadi PM berikutnya. Yang paling mengentirkan ialah semasa PRU ke 12 dimana banyak kerusi BN dirampas oleh pembangkang. Hati saya terpikir, kalaulah PRU ke 12 BN kalah sudahpasti mungkin Nik Aziz akan menjadi PM bagi melengkapkan ramalan tersebut.

Tapi Alhamdulillah BN masih lagi menguasai parlimen serta kerajaan dan apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai PM dan Datuk Najib sebagai PM maka ramalan tersebut menjadi kenyataan. Sekali lagi ramalan pihak pembangkang PAS tersasar lagi. Saya juga ada terdengar jika teori RAHMAN menjadi kenyataan maka akan wujud pula teori PUTRA bermakna siapa bakal PM yang berawalan huruf P selepas Datuk Seri Najib. Itu hanya ramalan sahaja tetapi andaikata terjadi juga seperti teori RAHMAN, Mungkin Tan Sri Muhyidin Yassin nama dia tidak tersenarai dalam ramalan tu. Kita tengok ajalah sama ada teori PUTRA itu benar berlaku atau tidak selepas Datuk Seri Najib menjadi PM. Tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana menjadi pelengkap teori RAHMAN.

Sunday, April 5, 2009

Membantu Menjayakan Kempen Naib Presiden UMNO untuk YB Dato Seri Khaled Nordin

UMNO Cawangan RPP1 telah menghantar seramai 3 orang wakil bagi membantu menjayakan kempen diatas sempena dengan hari pemilihan anggota MT UMNO di Perhimpunan Agung UMNO Malaysia yang diadakan di PWTC pada 26 Mac 2009. Para wakil - wakil dari cawangan, puteri, pemuda dan wanita UMNO dalam Pasir Gudang bertungkus lumus berkempen untuk mendapatkan sokongan dari para perwakilan perhimpunan bagi mengundi nombor 06 bagi YB Dato Seri Khaled bin Nordin, Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang bagi jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia.

Ketua Cawangan RPP1 bersama Y.Bhg Datuk Jins Shamsudin
di Majlis Makan Malam Bersama YB Datuk Seri Khaled

Friday, March 27, 2009

Keputusan Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2008 - 2011

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin diisytiharkan menang Timbalan Presiden UMNO selepas menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pada pemilihan pucuk pimpinan parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 bagi sesi pemilihan 2008 hingga 2011.
- Sumber dari UMNO Online

Keputusan rasmi Majlis Tertinggi UMNO 2008 - 2011 - Klik Disini -

Thursday, March 26, 2009

Keputusan Pemilihan Sayap UMNO 2008 - 2011

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita UMNO dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi mengalahkan penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi. Pengerusi Tetap Wanita UMNO, Tan Sri Napsiah Omar mengumumkan senarai 20 pemenang jawatan Exco pergerakan itu.Bagi Pergerakan Pemuda UMNO, jawatan ketua Pemuda dimenangi oleh Khairy Jamaludin berjaya menewaskan dua lagi calon, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir dengan mendapat 304 undi.Pemilihan pergerakan Puteri Umno pula menyaksikan Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memenangi jawatan Ketua bagi sesi pemilihan 2008 hingga 2011 dengan memperoleh 245 undi.

- Sumber dari UMNO Online

Berikut adalah senarai rasmi keputusan pemilihan - Klik Disini -

Monday, March 16, 2009

Majlis Sumbangan JKM Pasir Gudang

Pada Sabtu 14 Mac 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Biro Kebajikan UMNO PG telah mengadakan majlis Dewan Besar Komplek Pusat Bandar PG. Seramai hampir 500 orang penduduk dari seluruh Parlimen Pasir Gudang menerima sumbangan berupa bantuan keuwangan dari JKM dimana 7 orang darinya ialah berasal dari UMNO Cawangan RPP1. Penerima sumbangan ialah terdiri dari kategori Ibu Tunggal, OKU, warga - warga emas, pesakit kronik yang mempunyai pendapatan rendah dan anak - anak yatim. Majlis ini disempurnakan oleh Y.B En. M. Munusamy, ADUN Kawasan Permas Jaya bagi mewakili Y.B Datuk Seri Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah Y.B En. Tan Cher Puk ADUN Kawasan Johor Jaya, Datuk Ibrahim bin Ghaffar, Tim. Ketua UMNO pasir Gudang.

AJK Biro Kebajikan UMNO PG sedang menjalankan tugasnya

Antara penerima bantuan dan saudara terdekat
hadir dalam majlis ini

VVIP yang hadir

Antara penerima sumbangan yang disampaikan
oleh Y.B ADUN Permas Jaya

Forum Penerangan Kontrak Sosial Masyarakat Majmuk

Pada hari Sabtu 7 Mac 2009, Biro Penerangan UMNO telah menganjurkan Forum diatas yang diadakan di Dewan Serbaguna MBJBT, Taman Rinting yang dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Ibrahim bin Ghaffar Tim. Ketua UMNO PG mewakili Y.B Datuk Seri Hj Khaled Nordin. Turut hadir sebagai ahli panel dalam forum ini ialah Y.Bhg Datuk Prof. Dr. Latif bin Abu Bakar, Ketua Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya dan Tn. Hj. Ruslan bin Kassim bekas Ketua Penerangan PKR. Program ini bermula pada jam 2.00 petang.

Antara VVIP yang hadir

Suasana dalam Dewan MBJB

Ahli - ahli panel sedang memberi penerang yang dipengerusikan oleh
Pengerusi Biro Penerangan UMNO PG

Wednesday, March 11, 2009

Kursus Pemantapan Jati Diri Puteri UMNO Pasir Gudang

Pergerakan Puteri Cawangan RPP1 telah menghantar 2 orang puterinya Sdri Asrina Zaid dan Sdri Iza Lina ke Kursus Pemantapan Jati Diri Puteri UMNO anjuran Biro Penerangan, Latihan dan Pentadbiran yang diadakan pada 21 hingga 22 Februari 2009 di SSV Gelang Patah. Seramai 80 Puteri Pasir Gudang mengikuti kursus ini bersama 13 orang Fasilitator dengan jayanya. Antara program yang dijalankan sepanjang kursus ini ialah sessi orientasi dan pembentukan kumpulan, ceramah dari Biro Tatanegara (BTN), Aktiviti riadah dan sebagainya. Majlis Perasmian Penutup dan Perlancaran Portal Puteri telah disempunakan oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang. Turut hadir ialah Tn Hj Rahim Salleh, Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan AJK UMNO Pasir Gudang yang lain.