BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Thursday, July 23, 2009

Rakaman Gerhana Penuh Matahari Paling Lama Pada 22 Julai 2009

Marilah kita sama - sama melihat dan merenung fenomena yang jarang sekali kita lihat. Semua ini adalah tanda kuasa dan kebesaran Tuhan Yang Maha Esa. Bersyukurlah kita padaNya.



Clip Rakaman dari NASA

Monday, July 13, 2009

Kenduri Buah Durian Bersama Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang

Pada Sabtu 11 Julai 2009, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang telah mengadakan Perjumpaan ahli - ahli pemuda UMNO 7 cawangan di kawasan Taman Air Biru dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang, Sdra Rohazam sambil menikmati buah durian dan buah2 tempatan yang lain. Perjumpaan ini diadakan di hadapan Bilik Gerakan UMNO Cawangan MSE Flat. Seramai hampir 50 orang ahli pemuda hadir dalam perjumpaan ini dimana Cawangan RPP1 telah menghantar seramai 6 orang ahlinya diketuai oleh Sdra Khalimi, Ketua Pemuda UMNO Cawangan RPP1. Tujuan diadakan ialah bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim antara semua pemuda UMNO Pasir Gudang dan cawangan - cawangan pemuda dalam kawasan Taman Air Biru.

Thursday, July 2, 2009

Pendaftaran Pengundi SPR

Pada Ahad 28 Jun 2009, Biro Pengkaderan & Pilihanraya UMNO Pasir Gudang dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan UMNO cawangan RPP1 telah membuka kaunter bagi mdaftar, semakan dan menukar alamat pengundi bagi persediaan Pilihanraya 2011 di Pusat Komuniti RPP1. Seramai lebih 100 orang penduduk disekitar kawasan RPP1 dan kawasan perumahan berhampiran turun mendaftar mengundi. Kaunter pendaftaran dibuka bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kaunter dartar mengundi di Pusat Komuniti RPP1

Kakitangan SPR dan Biro Pengkaderan sedang
menguruskan
pendaftaran pengundi

Antara penduduk yang sedang mendaftar

Jawatankuasa Biro Pengkaderan dan Pilihanraya
UMNO Bahagian Pasir Gudang

Wednesday, July 1, 2009

Mini Konvoi Bermotor Gabungan Pemuda UMNO Kawasan Tmn Air Biru

Pada 27 hingga 28 Jun 2009, Pemuda UMNO Cawangan RPP1 telah menghantar seramai 5 orang pesertanya bagi mengikuti program diatas anjuran Gabungan Pemuda UMNO Kawasan Taman Air Biru, Pasir Gudang. Sebanyak 27 buah motor dengan penyertaan seramai 30 orang mengikuti konvoi ini. Konvoi ini bermula dari Perjiranan 9, Pasir Gudang hingga ke Titian Resort, Teluk Sepang, Kota Tinggi. Majlis pelepasan konvoi disempurnakan oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah Tn. Hj. Baharuddin bin Taib, AJK UMNO Bahagian dan Sdra Roslan, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Para konvoi dijaga oleh Kelab Masyal konvoi Johor dan Polis Traffik IPD Seri Alam. Para peserta kemudian berhenti di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi disambut oleh Ketua Cawangan UMNO disana bagi menjalankan kerja amal di kawasan felda tersebut sebelum bertolak ke Teluk Sepang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Bola Sepak Pantai, Ceramah Belia, BBQ, berkaraoke dan Majlis ramah mesra bersama ADUN Tanjung Sedili. Para peserta bertolak pulang dan berakhir di Komplek Pusat Bandar, Pasir Gudang.

Peserta konvoi bergambar sebelum bertolak

Majlis pelepasan konvoi oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud
Naib Ketua UMNO Pasir Gudang

Peserta konvoi sedang mengisi minyak di
stesen minyak Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi

Pertandingan bola sepak pantai, antara aktiviti
di Tanjung Sepang, Kota Tinggi

Berkelah Ke Tanjung Balau

Biro Kesenian & Kebudayaan UMNO Caw. RPP1 telah mengadakan rombongan ke Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi pada 27 Jun 2009. Seramai 30 orang terdiri dari anak - anak muda berumur 10 hingga 18 tahun terdiri dari anggota Kelab Kompang dan Tarian Kebudayaan RPP1 dibantu oleh 6 orang dewasa menyertai rombongan ini. Para peserta berkumpul di Pusat Komuniti RPP1 dan bertolak ke Tanjung Balau pada jam 8.30 pagi. Aktiviti yang dijalankan berbentuk pertandingan sukaneka seperti aktiviti tiup belon paling besar, cari gula dalam tepung, pulau ku dan sebagainya. Selain itu juga dijalankan aktiviti kembara Xplore di sepanjang pantai Tanjung Balau. Turut hadir melawat ialah Ketua cawangan UMNO RPP1 En. Sabran dan Setiausahanya En. Khairul Fahmi. Para peserta bertolak pulang dan selamat kembali ke Pasir Gudang.

Aktiviti sukaneka mencari gula dalam tepung

Aktiviti reka pakaian seragam

Aktiviti lain dalam sukaneka ini

Seronoknya mandi

Gelagat peserta selepas sukaneka

Tuesday, June 23, 2009

Konvoi Amal Bermotor Gabungan Pemuda UMNO Kawasan Tmn Air Biru

Tarikh
27 hingga 28 Jun 2009
Tempat
Bermula dari Perjiranan 9, P.Gudang hingga
Titian Resort, Tanjung Sepang, Kota Tinggi
Penyertaan
Berumur 18 tahun keatas
Ada lesen, road tax dan insurans
Keselamatan motor dlm keadaan lengkap
Bayaran
F.O.C (makan, minum, penginapan, t-shir & stiker)

Berminat hubungi En. Norhazli (0106623255), En. Faiz (019-7793897)

Thursday, June 18, 2009

Persidangan UMNO Cawangan RPP1 kali ke 4/ 2009

Pada Ahad 14 Jun 2009, UMNO Cawangan RPP1 telah berjaya mengadakan persidanganya yang diadakan di Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1. Seramai 40 orang ahli hadir dalam persidangan kali ini. Turut mengadakan persidangan ialah Sayap Pemuda, Puteri dan Penaja Wanita yang dijalankan serentak sebelum persidangan cawangan bermula. Turut hadir ialah En. Sehabudin bin Ali, Setiausaha UMNO Bahagian yang hadir untuk merasmikan persidangan, Pn. Hjh Normala binti A. Samad, Ketua Wanita UMNO Bhgn sebagai pemerhati persidangan penaja wanita, Cik Raja Norasyikin Ketua Puteri UMNO Pasir Gudang dan En. Khaled bin Abu Bakar, AJK UMNO Bhgn sebagai penyelaras persidangan cawangan pada kali ini. Persidangan cawangan bermula pada jam 10.00 malam dengan agenda persidangan ucapan dari Ketua Cawangan serta ucapan perasmian oleh Setiausaha UMNO Bhgn, penamaan calon untuk Persidangan Bahagian, penamaan calon bagi G7, membahas usul dan penangguhan. Persidangan kali ini tertumpu kepada cadangan usul berkenaan pindaan Perlembagaan UMNO Malaysia yang akan dibincangkan semasa Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pada tahun ini.





Wednesday, June 10, 2009

Ketua Cawangan UMNO RPP1 Dapat Menantu Lagi

Pada Sabtu 6 Jun 2009 berlangsungnya Majlis Perkahwinan anak perempuan Ketua Cawangan RPP1 En. Sabran bin Awang Sdri Noorazila bt Sabran, Ketua Penerangan Puteri Cawangan dengan Sdra Mohd Khalimi bin Lia Khad Ali yang merupakan AJK Pemuda Bahagian merangkap Ketua Pemuda Cawangan RPP1. Seramai hampir 1,000 orang tetamu hadir dalam majlis ini. Turut hadir ialah Y.Bhg Datuk Ibrahim bin Ghaffar, Tim. Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang dan AJK UMNO Bahagian yang hadir dalam majlis ini. Pertama kali pengantin diarak dengan paluan kompang dari anak - anak muda dan remaja dari Pasukan Kompang Rumah Pangsa Peringkat 1 yang baru ditubuhkan sebulan lebih yang lalu.

Thursday, June 4, 2009

Taklimat Kesihatan & Gotong Royong Bersepadu Rumah Pangsa Peringkat 1

Pada Sabtu 30 Mei 2009, Pasukan DeVIT RPP1 dengan kerjasama JKP Zon Tmn Air Biru 2, UMNO RPP1 dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas bertempat di pekarangan Balai Komuniti RPP1. Seramai lebih 50 org peserta terdiri dari para penduduk RPP1 dan Badan NGO terlibat dalam gotong royong ini. Turut hadir En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2, En. Ariffin selaku wakil dari MPPG, Pegawai Khas bg Zon Tmn Air Biru 2 Pn. Roslinda dan En. Isa bin Paksun, Pengerusi DeVIT Pasir Gudang. Sebelum gotong royong dijalankan, para peserta diberi taklimat tentang bahaya nyamuk Aedis/Denggi dan Chikugunya serta berkenaan kesihatan yang lain oleh wakil Pegawai Pejabat Kesihatan daerah Johor Bahru. Gotong Royong dijalankan dalam 2 pasukan dimana pasukan pertama akan bergerak dari Blok 1, 2, 3, 4, 5, 13, 14 dan 15 sedangkan pasukan ke 2 bermula dari Blok 24, 23, 22, 21, 19, 18, 17 dan 16. Peserta lebih menumpukan kepada pembasmian tempat2 pembiakan aedis yang dibantu oleh beberapa Pasukan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah JB. Peserta kemudian berkumpul kembalai untuk makan tengahari dan bersurai. Program ini bermula pada jam 8.45 pg hingg 12.00 tengahari.

Antara peserta yang hadir dalam taklimat ini

Wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah JB memberikan
taklimatnya

En. Sabapathy, Ahli Majlis Zon Tmn Air Biru 2 sedang
meninjau gotong royong penduduk

Penghuni dan Ahli DeVIT bersama - sama membasmi
tempat pembiakan nyamuk Aides

Antara kerja gotong royong yang dijalankan

Thursday, May 28, 2009

Penubuhan Pasukan Kompang RPP1

Pada sekitar akhir April yang lepas, UMNO Cawangan RPP1 telah menubuhkan pasukan kompang untuk Kawasan RPP1. Atas peruntukan berupa 20 buah kompang dan sebuah jidur dari YB Dato Seri Mohd Khaled dan UMNO Bahagian, UMNO Caw. RPP1 telah berjaya mengumpul anak - anak muda yang merupakan ahli pemuda UMNO dan bakal pemuda untuk menubuhkan pasukan ini. UMNO Caw. RPP1 mengucapkan terima kasih atas jasa baik kepada YB Dato Seri serta AJK UMNO Bahagian yang membantu dan Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Sdra Rohazam kerana mendapatkan sponsor t-shirt untuk pasukan ini. Pasukan ini ditubuhkan bukan sahaja untuk memberi khidmat di majlis perkahwinan tapi juga bagi mengisi kegiatan lapang anak - anak dan remaja dalam RPP1 agar mereka ini tidak melakukan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak dan sebagainya. Dengan adanya kegiatan ini yang mendapat sambutan yang mengalakan, dapat mengurangkan masalah gejala sosial anak - anak muda dalam kawasan RPP1 dan diharap mereka - mereka ini akan menjadi pemangkin serta pengerak pemuda dan barisan hadapan UMNO pada masa akan datang.