BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, March 30, 2011

Projek Penambahan Pusat Komuniti RPP1

Lebih setahun menunggu akhirnya projek pembinaan tambahan Pusat Komuniti RPP1 mula dibina dan dijangka siap dalam masa 6 minggu. Bangunan tambahan ini hasil dari projek pembangunan sebanyak RM 50,000.00 dari MPPG kerana diiktiraf zon paling aktif pada 2009 yang lalu. Apabila siap ianya memiliki ruang dewan terbuka yang lebih luas memudahkan jawatankuasa penduduk dan masyarakat menjalankan kegiatanya di pusat berkenaan.

Photobucket
Pekerja kontraktor sedang memasang besi kerangka
untuk tapak asas


Photobucket
Kerja kena rajin sebab kena siap dalam 6 minggu

Photobucket
Suasana tapak asas dihadapan Pusat Komuniti RPP1

Photobucket
Lubang untuk tapak asas dewan

Sunday, March 27, 2011

Intro Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Dan Kelas Yassin RPP1

Pada Khamis 24 Mac 2011, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Pasir Gudang dengan kerjasama Pergerakan Wanita Caw. UMNO RPP1 mengadakan kelas pengenalan bagi program diatas yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 20 orang peserta terdiri dari kaum wanita telah mendaftarkan diri bagi mengikuti kelas ini. Program kelas yang akan diadakan sepanjang minggu seperti kelas memasak, kraftangan dan sebagainya yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dari KEMAS. Hadir memberi taklimat berkenaan kelas ini dari wakil dari KEMAS serta turut hadir juga Tn Hj. Sabran bin Awang selaku Ketua Cawangan.

Pada malamnya pula ditempat yang sama Persatuan Yassin RPP1 dan Pergerakan Wanita UMNO Caw. RPP1 mengadakan taklimat pengenalan bagi mengadakan kelas yassin bagi memantapkan lagi bacaan serta memahami makna bacaan surah yassin untuk kaum wanita. Seramai 14 orang kaum wanita yang terdiri dari anggota Persatuan Yassin RPP1 dan wanita - wanita yang ingin mempelajari bacaan surah yassin. Kelas ini akan diadakan setiap minggu selama 2 bulan bermula April ini.

Photobucket

Photobucket
Peserta kelas terdiri dari kaum wanita
sedang mendengar taklimat dari Pegawai KEMAS

Photobucket

Photobucket
Sessi taklimat dan perbincangan bagi mengadakan
Kelas Pembelajaran Yassin RPP1

Wednesday, March 9, 2011

Persidangam Tahunan UMNO Cawangan RPP1 Kali Ke 6 2011

Pada Ahad 6 Mac 2011, UMNO cawangan RPP1 telah berjaya menyempurnakan persidangan bagi cawangan dan sayap - sayap cawangan iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Dalam masa yang sama juga sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Cawangan mengadakan persidanganya serentak pada malam tersebut. Persidangan Cawangan dirasmikan olen Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Pada persidangan kali ini beberapa perubahan dalam pindaan perlembagaan dalam UMNO dimana setiap sayap cawangan ketua, naib ketua dan setiausaha secara otomatik boleh menghadiri persidangan sayap di bahagian. Di peringkat cawangan pula ketua cawangan bersama dengan ketua-ketua sayap cawangan tersebut secara otomatik boleh menghadiri persidangan bahagian. Sayap persidangan sayap - sayap bermula pada jam 8.30 mlm dan berakhir dalam jam 9.30 mlm dan selepas itu diteruskan dengan dengan persidangan cawangan yang berakhir jam 10.45 malam. Turut hadir sebagai pegawai penyelaras ialah Tn. Hj. Abdullah bin Abd Rahman, AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Photobucket
Persidangan sayap Wanita cawangan

Photobucket
Persidangan sayap Pemuda cawangan

Photobucket
Persidangan sayap Puteri cawangan

Photobucket
Persidangan Tahunan Cawangan RPP1 dirasmikan
oleh Tn. Hj. Ahmad Daud, Naib Ketua Bahagian

Photobucket
Suasana persidangan

Photobucket
Antara AJK UMNO Cawangan RPP1

Saturday, February 19, 2011

Info Pilihanraya Kecil DUN Kerdau (N28)

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno dilaporkan meninggal dunia. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dikatakan terjatuh di bilik air rumahnya.

Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit sejak setahun yang lalu kerana tekanan darah yang tidak menentu. 9 Mei lalu, Allahyarham pernaj dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah buah pinggang dan jantung selepas pembedahan ulser usus.

Kematian ADUN Kerdau bakal menyaksikan PRK ke-16 selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan PRK yang pertama di Pahang. SPR mesti mengadakan PRK dalam tempoh 60 hari.

SPR telah menetapkan bahawa hari penamaan calon bagi PRK DUN Kerdau, Pahang ialah pada 26 Febuari ini, serentak dengan hari penamaan calon bagi PRK DUN Merlimau, Melaka. Hari mengundi bagi DUN Kerdau juga akan diadakan pada 6 Mac 2011 juga serentak dengan DUN Merlimau.

Info PRK DUN Kerdau

Info PRK DUN Kerdau

Datuk Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain. Rujuk gambar di atas.

Friday, February 18, 2011

Mesyuarat Peti Undi SKPG3 kali Ke 2

Pada Rabu 16 Febuari 2011, JK Peti Undi SKPG3 telah mengadakan mesyuaratnya bertempat di Pusat Komuniti RPP1. Seramai hampir 50 orang terdiri dari wakil2 UMNO Caw. RPP1, Perjiranan 8 dan MSE Flat. Hadir juga wakil2 dari MIC Caw. Pasir Gudang, MIC Caw. Tmn Air Biru dan NGO2 lain. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn. Hj. Rahim bin Latif - Pengerusi Peti Undi meranglkap Bendahari UMNO Bhg PG.

Turut hadir ialah En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 merangkap Ketua MIC Bhg Pasir Gudang dan En. Musa bin Yusof - Pengerusi Biro Keahlian UMNO PG. Mesyuarat ini bertujuan untuk merancang program peti undi bagi tahun 2011 yang akan dijalankan pada Mac 2011 ini. Mesyuarat bermula jam 9.15 mlm dan berakhir jam 10.30 malam.

Photobucket
Mesyuarat Peti Undi SKPG3 dipengerusikan
oleh Tn. Hj. Rahim Latiff

Photobucket
Antara perwakilan cawangan yang hadir

Photobucket
Turut hadir En. Sabapathy dan En. Musa bin Yusof

Photobucket
En. Musa sedang memberi taklimat berkenaan
berkenaan daftar pengundi

Wednesday, February 16, 2011

Info Pilihanraya Kecil DUN Merlimau (N27)

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) bakal diadakan berikutan kematian ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Tarikh Penamaan Calon: 26 Februari 2011
Tarikh Pilihan Raya: 6 Mac 2011

Fakta Berkaitan DUN Merlimau


Info PRK DUN Merlimau

Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir telah menewaskan calon parti PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 – peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian PAS pada tahun 2004. Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi.

Demografi Pengundi DUN Merlimau

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

10,679 pemilih berdaftar.
10,643 pengundi biasa.
36 pengundi pos.

Pecahan Mengikut Kaum

Melayu 64.69%
Cina 21.11%
India 14.16%
Lain-lain 0.04%

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul Dari UMNO RPP1

Photobucket

Friday, February 11, 2011

Festival Layang - Layang Sedunia Kali Ke 16

Photobucket

Monday, January 31, 2011

Keputusan N. 05 DUN Tenang - BN Menang, Tahniah.

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi. Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang tadi. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya. Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Tahniah kepada mereka yang bertungkus lumus membawa kemenangan kepada BN di DUN Tenang.

Thursday, January 27, 2011

Salam Takziah Dari UMNO RPP1

Ucapan takziah kepada Pn. Asimah bt Jusoh - Ketua Wanita UMNO RPP1 & Keluarga dimana ibu beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu 26 Januari 2011 Masihi persamaan 21 Safar 1432 Hijrah. Sama - samalah kita sedekahkan Al Fatihah semoga roh ibu beliau ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.