BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Monday, July 14, 2008

Wakil rakyat Pakatan boikot Parlimen


Usul tergempar hilang keyakinan pada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dibawa oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat ditolak sebentar tadi. Yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang difailkan oleh ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail. Susulan keputusan yang dipertua dewan, semua anggota parlimen PKR, DAP dan PAS meninggalkan dewan beramai-ramai dan memulau sesi persidangan sepanjang hari hingga petang ini.


Difahamkan sebahagian ahli parlimen PKR hadir di rumah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang dipanggil polis bagi siasatan dakwaan liwat terhadapnya - di Bukit Segambut, Kuala Lumpur. Bagaimanapun mereka dipercayai sedang membincangkan isu-isu yang akan dibawa ke Dewan Rakyat esok.

Antara lain, usul tersebut menyatakan bahawa pilihanraya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Menurut usul lagi, BN mencapai kemenangan tipis dengan memanipulasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan melalui pembohongan.

Harga minyak pula, tambahnya, dinaikkan dengan tiba-tiba selepas pilihanraya walaupun timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak - ketika melancarkan manifesto pilihanraya - berjanji ia tidak akan berlaku.

Manakala ahli-ahli parlimen BN, katanya, yang menolak sikap tidak bertanggungjawab pemimpin mereka, telah diancam dan dipaksa berdiam diri.
Perkembangan tersebut, tambahnya, telah menimbulkan krisis keyakinan terhadap perdana menteri dan anggota kabinetnya. Rakyat, menurut usul itu lagi, berdepan dengan beberapa krisis seperti kenaikan harga bahan bakar makanan.

Menurutnya lagi, keyakinan rakyat terhadap polis, peguam negara dan badan kehakiman telah merosot, dan jenayah dan rasuah semakin meningkat.

Anwar Cuba Alih Perhatian Ramai Dengan Isu Baru

Pergerakan Pemuda UMNO, menganggap bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja menimbulkan isu baru apabila menggesa demonstrasi jalanan diadakan sebagai cara untuk mengalihkan perhatian ramai daripada bertumpu kepada kes liwat yang sedang dalam siasatan polis.


Demontrasi jalan terbaru yang sedang digerakkan oleh Anwar Ibrahim dan penyokongnya bakal menjadi satu lagi helah besar bagi mengalih tumpuan ramai daripada kes yang melibatkannya. Sikap yang ditunjukkan oleh Anwar itu jelas mengambarkan peribadinya yang sudah hilang pertimbangan kewarasan, sanggup mengorbankan prinsip demokrasi, keamanan dan kesejahteraan semata-mata untuk memenuhi impian peribadinya dan mengalih perhatian ramai.
Beliau berkata demikian dalam mengulas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di bangunan Parlimen dan bantahan berhubung usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO mahu budaya liar asing itu dikekang sebelum menular menjadikan suasana huru hara, menjejaskan perniagaan dan memburukkan imej negara seperti yang pernah berlaku dalam gerakan reformasi jalan, akhir 1990-an dahulu.