Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan RPP1 telah menghantar seramai 3 orang wakilnya ke Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang iaitu Sdra. Khairul Fahmi - Pengerusi Tetap, Sdra. Khairul Faiz - Naib Ketua Pemuda dan Sdra. Norhazli - Pen. Setiausaha Pemuda yang telah diadakan di Hotel Selesa, Pasir Gudang pada hari Ahad 26 Julai 2009. Persidangan ini dirasmikan oleh Sdra Shafiqur Rahman bin Shamsuddin selaku Exco Pemuda UMNO Malaysia, turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang YBhg. Datuk Hj Ibrahim Abdul Ghaffar, Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Tuan Hj Ahmad Daud, Setiausaha Umno Bahagian Tuan Hj Sehabudin Ali, Barisan Pegawai Umno Bahagian, AJK UMNO Bahagian, Ketua dan Naib Ketua Wanita & Puteri Umno Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir juga sebagai penyelaras undi dari Pergerakan Pemuda UMNO Gelang Patah bagi mewakil Pemuda UMNO Johor. Persidangan ini bermula pada jam 10 pagi dan berahir jam 4.30 petang.
Ketibaan Sdra Syafiqur Rahman, Exco Pemuda UMNO Malaysia
VIP bersama barisan Jawatankuasa Pemuda Bahagian Pasir Gudang
Barisan pegawai dan AJK Pemuda UMNO mengambiltempat untuk memulakan persidangan
Para perwakilan Pemuda Cawangan UMNOseluruh bahagian Pasir Gudang
Para perwakilan sedang menanda kertas undibagi pemilihan G2
Pada Sabtu 25 Julai 2009, Cawangan RPP1 telah menjadi tuan rumah bagi mesyuarat diatas yang diadakan di Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 yang dihadiri seramai hampir 20 orang wakil dari 7 Cawangan Gabungan UMNO Kawasan Taman Air Biru. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Abdul Rahim bin Latif, Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Ketua Cawangan MSE Flat. Turut hadir wakil pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Johor dan En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis Perbandaran Pasir Gudang Zon Tmn Air Biru 2 merangkap Ketua MIC Bahagian Pasir Gudang. Program Rakan Alam Sekitar ini akan diadakan pada hari Ahad 16 Ogos 2009 bertempat di Padang Awam MSE Flat. Mesyuarat bermula pada jam 9.00 mlm dan berakhir jam 10.45 malam.
Pada Sabtu 11 Julai 2009, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang telah mengadakan Perjumpaan ahli - ahli pemuda UMNO 7 cawangan di kawasan Taman Air Biru dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang, Sdra Rohazam sambil menikmati buah durian dan buah2 tempatan yang lain. Perjumpaan ini diadakan di hadapan Bilik Gerakan UMNO Cawangan MSE Flat. Seramai hampir 50 orang ahli pemuda hadir dalam perjumpaan ini dimana Cawangan RPP1 telah menghantar seramai 6 orang ahlinya diketuai oleh Sdra Khalimi, Ketua Pemuda UMNO Cawangan RPP1. Tujuan diadakan ialah bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim antara semua pemuda UMNO Pasir Gudang dan cawangan - cawangan pemuda dalam kawasan Taman Air Biru.
Pada Ahad 28 Jun 2009, Biro Pengkaderan & Pilihanraya UMNO Pasir Gudang dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan UMNO cawangan RPP1 telah membuka kaunter bagi mdaftar, semakan dan menukar alamat pengundi bagi persediaan Pilihanraya 2011 di Pusat Komuniti RPP1. Seramai lebih 100 orang penduduk disekitar kawasan RPP1 dan kawasan perumahan berhampiran turun mendaftar mengundi. Kaunter pendaftaran dibuka bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Kaunter dartar mengundi di Pusat Komuniti RPP1
Kakitangan SPR dan Biro Pengkaderan sedang
menguruskan pendaftaran pengundi
Antara penduduk yang sedang mendaftar
Jawatankuasa Biro Pengkaderan dan PilihanrayaUMNO Bahagian Pasir Gudang
Pada 27 hingga 28 Jun 2009, Pemuda UMNO Cawangan RPP1 telah menghantar seramai 5 orang pesertanya bagi mengikuti program diatas anjuran Gabungan Pemuda UMNO Kawasan Taman Air Biru, Pasir Gudang. Sebanyak 27 buah motor dengan penyertaan seramai 30 orang mengikuti konvoi ini. Konvoi ini bermula dari Perjiranan 9, Pasir Gudang hingga ke Titian Resort, Teluk Sepang, Kota Tinggi. Majlis pelepasan konvoi disempurnakan oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah Tn. Hj. Baharuddin bin Taib, AJK UMNO Bahagian dan Sdra Roslan, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Para konvoi dijaga oleh Kelab Masyal konvoi Johor dan Polis Traffik IPD Seri Alam. Para peserta kemudian berhenti di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi disambut oleh Ketua Cawangan UMNO disana bagi menjalankan kerja amal di kawasan felda tersebut sebelum bertolak ke Teluk Sepang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Bola Sepak Pantai, Ceramah Belia, BBQ, berkaraoke dan Majlis ramah mesra bersama ADUN Tanjung Sedili. Para peserta bertolak pulang dan berakhir di Komplek Pusat Bandar, Pasir Gudang.

Peserta konvoi bergambar sebelum bertolak

Majlis pelepasan konvoi oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud
Naib Ketua UMNO Pasir Gudang

Peserta konvoi sedang mengisi minyak di
stesen minyak Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi

Pertandingan bola sepak pantai, antara aktiviti
di Tanjung Sepang, Kota Tinggi
Biro Kesenian & Kebudayaan UMNO Caw. RPP1 telah mengadakan rombongan ke Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi pada 27 Jun 2009. Seramai 30 orang terdiri dari anak - anak muda berumur 10 hingga 18 tahun terdiri dari anggota Kelab Kompang dan Tarian Kebudayaan RPP1 dibantu oleh 6 orang dewasa menyertai rombongan ini. Para peserta berkumpul di Pusat Komuniti RPP1 dan bertolak ke Tanjung Balau pada jam 8.30 pagi. Aktiviti yang dijalankan berbentuk pertandingan sukaneka seperti aktiviti tiup belon paling besar, cari gula dalam tepung, pulau ku dan sebagainya. Selain itu juga dijalankan aktiviti kembara Xplore di sepanjang pantai Tanjung Balau. Turut hadir melawat ialah Ketua cawangan UMNO RPP1 En. Sabran dan Setiausahanya En. Khairul Fahmi. Para peserta bertolak pulang dan selamat kembali ke Pasir Gudang.
Aktiviti sukaneka mencari gula dalam tepung
Aktiviti reka pakaian seragam
Aktiviti lain dalam sukaneka ini
Seronoknya mandi
Gelagat peserta selepas sukaneka