Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan RPP1 telah menghantar seramai 3 orang wakilnya ke Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang iaitu Sdra. Khairul Fahmi - Pengerusi Tetap, Sdra. Khairul Faiz - Naib Ketua Pemuda dan Sdra. Norhazli - Pen. Setiausaha Pemuda yang telah diadakan di Hotel Selesa, Pasir Gudang pada hari Ahad 26 Julai 2009. Persidangan ini dirasmikan oleh Sdra Shafiqur Rahman bin Shamsuddin selaku Exco Pemuda UMNO Malaysia, turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang YBhg. Datuk Hj Ibrahim Abdul Ghaffar, Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Tuan Hj Ahmad Daud, Setiausaha Umno Bahagian Tuan Hj Sehabudin Ali, Barisan Pegawai Umno Bahagian, AJK UMNO Bahagian, Ketua dan Naib Ketua Wanita & Puteri Umno Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir juga sebagai penyelaras undi dari Pergerakan Pemuda UMNO Gelang Patah bagi mewakil Pemuda UMNO Johor. Persidangan ini bermula pada jam 10 pagi dan berahir jam 4.30 petang.
Train Miner
3 weeks ago
0 ulasan:
Post a Comment