BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, August 12, 2009

Persidangan UMNO bahagian Pasir Gudang 2009

UMNO Bahagian Pasir Gudang telah mengadakan persidangan bertempat di Dewan Johor Jaya pada hari Ahad 9 Ogos 2009 yang dirasmikan oleh Y.B Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled bin Hj Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ketua UMNO Bhg. Pasir Gudang. Cawangan RPP1 telah menghantar 3 orang perwakilanya iaitu En. Sabran - Ketua Cawangan, En. Musa - Tim. Ketua Cawangan dan En. Khairul Fahmi - Setiausaha Cawangan. Turut hadir ialah pasukan penyelaras persidangan dari UMNO Bhg Ayer Hitam yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Johor. Majlis juga diserikan dengan bacaan ayat Al Quran dan terjemahnya. Persidangan ini dipengerusikan oleh En. Abu Bakar bin Alibi yang merupakan Pengerusi Tetap UMNO Pasir Gudang yang baru. Antara agenda dijalankan ialah pembentangan laporan, pertandingan untuk G7 ke Perhimpunan Agung UMNO, bahas usul dan ucapan penangguhan. Persidangan ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Barisan Pegawai dan AJK UMNO Bhg Pasir Gudang

Y.B Dato' Seri sedang memberikan ucapan perasmianya

Antara perwakilan yang bertanding dalam G7

Para perwakilan dari UMNO Cawangan dalam Bahagian Pasir Gudang

Antara perwakilan dari Cawangan RPP1 En. Musa dan
En. Khairul Fahmi

0 ulasan: