BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 52 TAHUN

31 Ogos 2009 - tarikh di mana negara kita akan meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke-52. Setelah 52 tahun, negara kita telah melalui banyak saat-saat yang menguji ketahanan dan kekuatan, dan setiap kali itu jugalah negara kita bangkit dan terus bangun berdiri sehingga menjadi satu nama yang gah di mata dunia.

Sepanjang perjalanan tersebut, terlalu ramai tokoh-tokoh yang datang dan pergi. Ada wira yang didendang, ada juga yang tidak didendang. Namun, mereka masih setia dan teguh mempertahankan negara.

Kita generasi baru sepatutnya mencontohi tokoh-tokoh ini. Mereka bukan sahaja ikhlas berjuang untuk negara tetapi sanggup berkorban apa saja untuk pastikan kemerdekaan yang dicapai dulu tak hilang begitu sahaja.

Tapi sebaliknya, sekarang ni, kita berusaha untuk memecahbelahkan diri sendiri. Kita tidak dapat menghayati semangat juang nenek moyang kita. Kita tidak lagi memikirkan untuk kesejahteraan semua. Kita lebih mementingkan diri. Apakah contoh yang telah kita berikan kepada generasi akan datang?

Atas sebab itulah, 1Malaysia patut dijadikan asas untuk membangunkan semula nilai-nilai yang telah diamalkan oleh generasi terdahulu. Ini bukan masanya untuk berburuk sangka, bertelagah dan mencaci sesama kita. Ini adalah masa untuk mengukuhkan semula ikatan yang kian longgar, yang mana jika dibiarkan, masa depan lebih 27 juta manusia yang berlindung dengan negara ini akan menjadi kelam.

Fikirkan. Sambutan kemerdekaan yang jatuh ketika bulan penuh rahmat, Ramadhan, pastinya mempunyai hikmah dan maksud yang cukup dalam. Jangan alpa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Wednesday, August 26, 2009

Program Menzahir Sokongan Ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin

Program menzahirkan sokongan yang dianjurkan oleh
Biro Penerangan Pemuda
UMNO Pasir Gudang bagi
menyokong kenyataan Tan Sri Timbalan Presiden

UMNO Malaysia di Pekarangan Bilik Komuniti RPP1

Wednesday, August 19, 2009

Kempen Rakan Alam Sekitar Parlimen Pasir Gudang

Pada Ahad 16 Ogos 2009, Jabatan Alam Sekitar Johor dengan kerjasama Biro Kemasyarakatan UMNO Pasir Gudang, Jawatankuasa Penduduk Zon Tmn Air Biru 2, Jawatankuasa Gabungan UMNO Kawasan Taman Air Biru dan KEMAS Johor Bahru telah mengadakan program kempen diatas yang diadakan di Padang Awam MSE Flat. Kempen ini dirasmikan oleh oleh Y.Bhg Tn. Hj. Lukman bin Abu Bakar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah wakil dari Jabatan Alam Sekitar Johor. En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2, Wakil dari KEMAS dan En. Rahim bin Latiff, Bendahari UMNO Pasir Gudang. Majlis ini juga mengadakan penyampaian anak pokok untuk menghijaukan taman kepada ketua - ketua cawangan dalam Tmn Air Biru serta penyampaian beg sumbangan dari KEMAS untuk murid2 Tadika oleh YDP Pasir Gudang. Majlis perasmian disudahi dengan kempen penanaman pokok beramai - ramai oleh semua ketua masyarakat, politik dan jabatan. Selain kempen dijalankan banyak aktiviti antaranya ialah Sukaneka Hari Keluarga anjuran UMNO cawangan MSE Flat, pertandingan melukis, mewarna, gubahan dan masakan. Pameran dari jabatan kerajaan, demonstrasi dan kempen pengumpulan barang elektrik terpakai e-waste.

Antara VIP yang hadir termasuk YDP Pasir Gudang

Majlis penyerahan anak pokok kepada En. Sabran
Ketua Cawangan UMNO RPP1

Majlis pelancaran Kempen Rakan Alam Sekitar & e-waste

Pertandingan melukis dan mewarna

Sukaneka untuk penduduk seluruh Taman Air Biru

Majlis Sumbagan Fakir Miskin Pemuda UMNO

Pada Sabtu 15 Ogos 2009, Biro Kebajikan Pemuda UMNO Pasir Gudang dengan kerjasama Pemuda UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan majlis penyampaian diatas yang diadakan di pekarangan Pusat Komuniti RPP1. Sumbangan ini diterajui oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBM). Majlis penyampaian sumbangan berupa wang tunai RM400.00 untuk fakir miskin seluruh cawangan dalam kawasan Taman Air Biru oleh Sdra Rohazam Shah bin Ahmad, Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang. Turut hadir ialah Y.Bhg Datin Haryati binti Osman, wakil dari YBM dan En. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis Zon Tmn Air Biru 2 merangkap Ketua MIC Bahagian Pasir Gudang. Dengan sumbangan ini dapat meringan sedikit beban mereka yang kurang mampu terutama untuk persediaan menyambut bulan Ramadhan

Y.Bhg Datin Haryati sedang memberikan ucapanya

Antara peserta yang menerima sumbangan dari YBM

Sdra Rohazam sedang menyampaikan bantuan YBM

Sumbangan cenderahati dari YBM disaksikan oleh Ahli Majlis MPPG

Monday, August 17, 2009

1 MALAYSIA

Friday, August 14, 2009

Influlenza A ( H1N1 )

H1N1 kini sedang merebak di Malaysia. Waspada kepada tempat berisiko jangkitan virus H1N1. Untuk keselamatan dan langkah berjaga - jaga dalam mencegah H1N1:

1. Elakan dari berada dikawasan padat dengan orang ramai.
2. Sentiasa memakai topeng semasa berada dalam khalayak.
3. Menjaga kebersihan diri dan kebersihan pemakanan.
4. Menutup mulut sekiranya bersin atau batuk.

Untuk keterangan lanjut klik dibawah.

Info Bekenaan H1N1
Cara Menjaga Kesihatan Diri
Kebersihan Tangan
Cara Pengunaan Topeng

Wednesday, August 12, 2009

Persidangan UMNO bahagian Pasir Gudang 2009

UMNO Bahagian Pasir Gudang telah mengadakan persidangan bertempat di Dewan Johor Jaya pada hari Ahad 9 Ogos 2009 yang dirasmikan oleh Y.B Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled bin Hj Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ketua UMNO Bhg. Pasir Gudang. Cawangan RPP1 telah menghantar 3 orang perwakilanya iaitu En. Sabran - Ketua Cawangan, En. Musa - Tim. Ketua Cawangan dan En. Khairul Fahmi - Setiausaha Cawangan. Turut hadir ialah pasukan penyelaras persidangan dari UMNO Bhg Ayer Hitam yang mewakili Badan Perhubungan UMNO Johor. Majlis juga diserikan dengan bacaan ayat Al Quran dan terjemahnya. Persidangan ini dipengerusikan oleh En. Abu Bakar bin Alibi yang merupakan Pengerusi Tetap UMNO Pasir Gudang yang baru. Antara agenda dijalankan ialah pembentangan laporan, pertandingan untuk G7 ke Perhimpunan Agung UMNO, bahas usul dan ucapan penangguhan. Persidangan ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Barisan Pegawai dan AJK UMNO Bhg Pasir Gudang

Y.B Dato' Seri sedang memberikan ucapan perasmianya

Antara perwakilan yang bertanding dalam G7

Para perwakilan dari UMNO Cawangan dalam Bahagian Pasir Gudang

Antara perwakilan dari Cawangan RPP1 En. Musa dan
En. Khairul Fahmi

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Pada 8 Ogos 2009, Pergerakan Puteri UMNO cawangan RPP1 telah menghantar seramai 3 orang perwakilan iaitu Sdri Nooraidah - Ketua Puteri Cawangan, Sdri Eliza - Naib Ketua Puteri Cawangan dan Sdri Nurul Najiha - Naib Pengerusi Tetap Puteri Cawangan serta seorang pemerhati ke mesyuarat diatas yang diadakan di Dewan T.S Hotel, Tmn Scientex, Pasir Gudang.

Para perwakilan Puteri Cawangan yang hadir dalam mesyuarat ini

Barisan Pegawai dan AJK Pergerakan Puteri
UMNO Bhg. Pasir Gudang


Wakil penyelaras dari UMNO Bhg Pasir Gudang

Tuesday, August 11, 2009

AL FATIHAH

kepada
Allahyarham Mohamad bin Aranan,
bapa kepada Sdra Norhazli bin Mohamad
AJK Cawangan merangkap Setiausaha Pemuda Cawangan
yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu
17 Syaaban 1430 Hijrah bersamaan dengan 8 Ogos 2009 Masihi

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya
dan ditempatkan dengan orang - orang yang beriman.
Amin

Monday, August 10, 2009

Taklimat Pertandingan Mereka Blog UMNO Pasir Gudang

UMNO caw. RPP1 telah menghantar seramai 2 orang wakilnya iaitu En. Musa, Tim. Ketua Cawangan dan En. Abu Bakar, AJK Cawangan ke taklimat diatas yang diadakan di Tingkat Bawah, Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang di Taman Molek pada hari Ahad 2 Ogos 2009. Selain taklimat dijalankan juga bengkel penulisan blog dan cara bagaimana hendak mewujudkan blog atau wordpress. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Blog Cawangan dan Blog Individu (Terbuka). Blog tersebut haruslah berunsur politik, isu semasa dan artikel aktiviti cawangan. Petandingan akan dijalan selama 3 bulan bermula dari tarikh pelancaran iaitu 2 Ogos hingga Oktober 2009.

Wednesday, August 5, 2009

Kempen Rakan Alam Sekitar Zon Taman Air Biru

Tarikh
16 Ogos 2009 (Ahad)

Tempat
Padang Awam MSE Flat, Pasir Gudang

Masa
8.00 pagi hingga 5.00 petang

Anjuran
Jabatan Alam Sekitar JB

Dengan kerjasama
UMNO Cawangan MSE Flat
Gabungan UMNO Tmn Air Biru
dan
JKP Zon Tmn Air Biru 2

Acara dijalankan
Projek tanaman pokok
Sukaneka
Pameran
Pertandingan
Demonstrasi

Saturday, August 1, 2009

Taklimat Pertandingan Mencipta Blog UMNO Cawangan

Tarikh
2 Ogos 2009 ( Ahad )
Tempat
Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang
Taman Molek, Johor Bahru
Penyertaan
AJK Biro IT Cawangan ( 3 orang )
Anjuran
Biro IT UMNO Pasir Gudang