BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, November 25, 2009

Tahniah kepada JKP Zon Tmn Air Biru 2, Pasir Gudang

Tahniah diucapkan kepada kawasan Zon Taman Air Biru 2 kerana memenangi tempat pertama zon paling aktif dalam MPPG bagi tahun 2009 bersempena Majlis Penutup Gerak Kemas MPPG 2009 yang dirasmikan oleh YB. En. M. Munusamy, ADUN Permas pada hari Ahad 22 November 2009 bertempat di pekarangan Bilik Gerakan Persatuan Penduduk Perjiranan 9 Tmn Air Biru. Hadir bersama ialah Tn. Hj A. Rahim Bin Hj Nin, Yang Di Pertua MPPG yang baru dan Pegawai Kesihatan Daerah JB. Zon Tmn Air Biru 2 telah memperolehi peruntukan sebanyak RM 50,000 dari MPPG dan sumbangan peruntukan sebanyak RM 5,000 dari YB. ADUN Permas bagi menjalakan projek-projek pembangunan komuniti dikawasan zon berkenaan. Zon Tmn Air Biru 2 dibawah jagaan En. R. Sabapathy a/l Ramasamy, Ahli Majlis MPPG Zon Tmn Air Biru 2 yang juga Ketua MIC Bhg Pasir Gudang dibantu oleh En. Sabran bin Awang, Pengerusi JKP Zon Tmn Air Biru 2 merangkap Ketua UMNO Caw. RPP1. Ini merupakan kali ke 2 memenangi gelaran zon paling aktif setelah menang pertama kalinya pada tahun 2006 yang lalu.

YB. En. M. Munusamy, ADUN Permas, YDP Pasir Gudang
dan VVIP yang lain

En. Sabapathy, Ahli Majlis Zon Tmn Air Biru 2 menerima
sijil dan replika peruntukan sebanyak RM 50.000
untuk projek komuniti dari MPPG

Antara penduduk yang hadir dalam majlis ini

Kawasan pameran

Sunday, November 1, 2009

Siapakah Yang Dikatakan Pemimpin ?


Sesiapa sahaja yang menunjuk arah, memadu dan membimbing ke arah mencapai sesuatu tujuan tertentu dapat dikatakan sebagai pemimpin. Seorang ayah yang sentiasa menunjuk ajar serta membimbing isteri dan anak - anaknya untuk mencapai kebahagian hidup rumahtangga adalah seorang pemimpin keluarga. Begitu juga halnya dengan seirang guru yang menunjuk arah, memandu dan membimbing para pelajarnya dalam kelas untuk menimba ilmu pengetahuan, dia adalah seorang pemimpin di kelasnya.

Di dalam organisasi UMNO, dari kepimpinan Presiden hingga kepimpinan peringkat cawangan bertanggungjawap membimbing ahli - ahlinya ke arah matlamat yang hendak dituju. Selain itu juga Ketua - ketua Pergerakan Pemuda, Puteri dan Biro Putera juga merupakan pemimpin - pemimpin muda. Mereka adalah individu - individu yang diberi tanggungjawap untuk membimbing orang lain, iaitu ahli - ahli bawahanya untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang politik, kemantapan disiplin dan menerapkan nilai - nilai murni yang sesuai dengan budaya UMNO yang telah dibina dari satu generasi ke satu generasi.


Pada peringkat negara, kita juga mempunyai lapisan - lapisan pucuk pimpinan yang berkhidmat untuk menentukan keamanan, kestabilan dan kemakmuran rakyat. Kita mempunyai pemimpin - pemimpin pada peringkat negara, negeri, daerah atau jajahan dan juga pada peringkat kampung atau desa. Pada peringkat negara kita mempunyai Perdana Menteri. Pada peringkat negeri kita mempunyai Menteri Besar atau Ketua - Ketua Menteri. Pada peringkat daerah atau jajahan kita mempunyai Pegawai - Pegawai Daerah atau Jajahan sementera pada peringkat mukim dan kampung, kita mempunyai Penghulu dan Ketua Kampung. Kita juga mempunyai pemimpin - pemimpin politik, pemimpin masyarakat, agama, pendidikan, keamanan dan lain - lainya. Pada asasnya mereka adalah orang - orang yang memimpin, membimbing, menunjuk arah dn memandu orang ramai, iaitu rakyat, untuk mencapai kebahagian dan kesejahteraan hidup di negara ini.

Malam BBQ Anjuran Biro Kesenian & Jiram Muda RPP1

Pada Sabru, 31 Oktober 2009 Jawatankuasa Biro Jiran Muda KRT dan Biro Kesenian & Kebudayaan UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan program diatas bertempat di pekarangan Blok 22, SEDC Flat. Program ini diadakan bagi memupuk semagat perpaduan antara generasi muda dan tua, juga meraikan ahli - ahli persatuan kompang dan poco-poco KRT/UMNO RPP1 yang banyak bergerak aktif dalam kawasan RPP1 ini. Antara aktiviti yang dijalankan iaitu persembahan kompang berarak, tarian poco-poco, lakonan, shuffle dance, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah. Tutur hadir ialah En. Sabran bin Awang, Pengerusi KRT merangkap Ketua Cawangan RPP1 serta AJK - AJK KRT dan UMNO. Majlis bermula pada jam 8.30 mlm dan berakhir jam 12.00 thgmlm.

Persembahan Kompang

Banner program

Pertandingan karaoke

Antara penduduk RPP1 dan ibu bapa yang hadir dalam majlis ini