BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, January 26, 2010

Kursus Jatidiri Akar Umbi UMNO Johor

Pada 22 hingga 24 Febuari 2010, cawangan RPP1 telah menghantar seramai 2 org iaitu En. Sabran, Ketua cawangan dan E.n. Fahmi, Setiusaha Cawangan bagi mengikuti program diatas anjuran Badan Perhubungan UMNO Johor yang diadakan di Kem batu 13 Ayer Hitam, Muar. Seramai lebih 100 orang peserta dari cawangan2 dalam Bahagian Pasir Gudang dimana mereka ini dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kump. pertama ke Kem Batu 13 Ayer Hitam dan Kump. kedua ke La Bella Camp, Mersing. Peserta bertolak dari Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang mengunakan bas sewa ke destinasi masing2 dan tiba jam 7 petang. Pada petang itu juga walaupun para peserta kursus sudah bersedia dengan taklimat kursus, dukacitanya mendapat makluman tentang kemangkatan DYMM Sultan Iskandar, Sultan bagi Yang Dipertua Kerajaan dan Takluk Johor. Oleh itu kursus yang sepatutnya bermula pada malam tersebut terpaksa dibatalkan bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tuanku. Sebelum para peserta bertolak pulang, diadakan majlis tahlil dan bacaan doa untuk Almarhum Sultan Iskandar. Peserta bertolak pulang jam 11.00 mlm dan tiba di Ibu Pejabat UMNO Pasir Gudang jam 2.00 pagi.

Peserta Kursus sedang mendaftar di hadapan
Ibu Pejabat UMNO Pasir Gudang

Antara peserta kursus yang sedang menunggu
sessi taklimat

Majlis Tahlil dan bacaan doa di Surau Kem

Sebahagian peserta yang masih bersemagat walaupun
terpaksa pulang malam itu juga

Peserta Kursus bergambar beramai - ramai

0 ulasan: