BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Saturday, December 11, 2010

Hari Keluarga Komuniti 1 Malaysia Parlimen Pasir Gudang

Pada sabtu 4 Disember 2010, Wanita UMNO bahagian Pasir Gudang bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta Kolej Komuniti Pasir Gudang telah menganjurkan Program Hari Keluarga Komuniti 1 Malaysia yang diadakan di Bukit Layang - Layang, Pasir Gudang. Program ini dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen pasir Gudang.

Berbagai program dan acara diadakan seperti pertandingan bola jaring berkain, sukaneka, pertandingan memasak & gubahan, pertandingan bayi comel dan berbagai lagi aktiviti yang menarik.

Photobucket
YB Dato' Seri dengan gaya berkain pelikat bergerak
untuk perasmian program ini

Photobucket
Antara VIP yang hadir dalam program ini

Photobucket
Aktiviti pertandingan bola jaring berkain

Photobucket
Kemeriahan aktiviti sukaneka tarik tali

Photobucket
Pn. Asimah - Ketua Wanita UMNO Caw. RPP1 telah
mendapat johan pertandingan memasak

0 ulasan: