BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, February 24, 2010

Majlis Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai anjuran MCA Pasir Gudang

Pada 21 Febuari juga beberapa ahli UMNO Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 memenuhi jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai anjuran MCA Bahagian Pasir Gudang yang diadakan di Dewan Raya MBJBT Johor Jaya. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB. Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Hadir bersama juga YB. En. M. Munusamy, ADUN Permas serta beberapa pemimpin MCA, MIC dan UMNO. Selain rumah terbuka diserikan juga dengan tarian kebudayaan berbagai kaum bertemakan 1 Malaysia.

Pentas Majlis Tahun Baru Cina MCA Pasir Gudang

Ketibaan YB. Dato Seri Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen P. Gudang
bersama YB. Tan Cher Puk, ADUN Johor Jaya merangkap Ketua MCA
Pasir Gudang

Ahli UMNO En. Sabran Ketua Caw. RPP1, En. Hamdan
Ketua Penerangan Caw. TAB
, En. Tompang AJK Caw. RPP1
dan En. Musa Tim. Ketua Caw. RPP1


Suasana meriah Rumah Terbuka di Dewan Raya Johor Jaya

Tuesday, February 23, 2010

Kegiatan COMBI dan Gotong Royong Zon Tmn Air Biru 2 Kali Ke 2

Pada Ahad 21 Febuari 2010, JKP Zon Taman Air Biru 2 dengan kerjasama COMBI Zon Tmn Air Biru 2 telah mengadakan program diatas bagi membersihkan kawasan sekitar Masjid Taman Air Biru dan Tadika KEMAS Rumah Pangsa Peringkat 1. Seramai 30 orang dari COMBI Zon Tmn Air Biru 2, Pengakap Komuniti, UMNO dan KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 hadir bersama - sama bergotong royong membersihkan persekitaran Masjid dan Tadika KEMAS. Turut hadir wakil dari Jabatan Kesihatan MPPG, En. Ariffin bagi bersama - sama menjayakan program ini. Selain gotong - royong, para peserta juga menghapuskan serta memastikan tiada lagi tempat - tempat pembiakan nyamuk aides dikawasan berkenaan. Gotong Royong ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.

Sedang membersihkan sampah dan takungan air

Gotong Royong di pekarangan Masjid

Gotong Royong di pekarangan Tadika KEMAS

Pengakap Komuniti juga tidak ketinggalan membersihkan
persekitaran masjid dan tadika

Antara peserta gotong royong sedang berehat sebentar

Saturday, February 20, 2010

Asal Usul Perwatakan Melayu ( Bahagian 1 )


Apabila berbicara perihal psikologi bangsa Melayu, kita harus membicarakan dua perkara pokok, iaitu identiti asal orang Melayu serta faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukannya, dan faktor-faktor yang telah mengubah atau yang akan mengubah perwatakan bangsa Melayu. Perbincangan ini cuba mengupas pandangan beberapa cendekiawan Melayu berkenaan permasalahan dan cabaran orang Melayu dalam pembentukan personaliti ‘Melayu Kelas Pertama’.

Melayu tradisional adalah satu bangsa yang amat menekankan nilai-nilai sosial. Nilai-nilai ini dipupuk sejak di peringkat kanak-kanak bagi memastikan kelakuannya bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Konsep ‘malu’, ‘harga diri’ dan ‘maruah’ mempunyai kepentingan sosial dan nilai-nilai ini dipertahankan habis-habisan.

Orang Melayu dahulu juga dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa dan hormat menghormati, terutamanya terhadap orang yang lebih tua dan pemimpin mereka. Penekanan terhadap adab dan kesopanan dapat diperhatikan dalam kehidupan beraja. Dalam Sejarah Melayu, dinukilkan betapa pentingnya seorang Sultan atau anak Raja memiliki akhlak yang mulia.

Bakal Sultan dilatih dan dididik agar berketrampilan di mata masyarakat. Di samping meneruskan satu imej sejak turun-temurun, maruah juga dipertaruhkan. Persepsi masyarakat ketika itu, seorang Sultan yang baik adalah Sultan yang mempunyai adab di samping sifat kebijaksanaan.

Budaya dan identiti masyarakat Melayu ketika itu dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan yang paling utama adalah kedatangan Islam ke alam Melayu. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara pada kurun ke-14 telah membawa perubahan ketara dalam peradaban masyarakat Melayu. Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, agama Islam sebenarnya telah mewujudkan identiti bangsa Melayu yang tersendiri.

Meneliti sejarah Kesultanan Melayu Melaka, kita akan mendapati permulaan satu bangsa Melayu yang bertamadun. Bermula dengan Islamnya pemimpin Melayu ketika itu, dan tindakan itu kemudiannya diikuti oleh sekalian rakyat jelata. Orang Melayu juga amat menyanjung dan menghormati golongan alim ulama dan tokoh agama. Guru-guru di zaman awal kemerdekaan dianggap sebagai profesion yang amat mulia dan disanjung tinggi.

Kehalusan budi orang Melayu yang disulam dengan keiklasan iman turut diabadikan di dalam perkataan ‘budiman’ yang mencantumkan makna budi dan iman. Budaya dan tradisi bangsa Melayu bukan sekadar disesuaikan dengan ajaran Islam, bahkan budaya itu sendiri dibina berasaskan nilai-nilai Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan sistem nilai orang Melayu hampir keseluruhannya dibentuk oleh Islam.

Sunday, February 14, 2010

Mesyuarat Penyelaran Peti Undi Kawasan Taman Air Biru

Pada Jumaat 12 Febuari 2010, UMNO Caw. RPP1 menjadi tuan rumah bagi mesyuarat diatas yang diadakan di pekarangan Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1. Seramai hampir 30 orang terdiri dari Pegawai serta Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri dari 3 cawangan iaitu Rumah Pangsa Peringkat 1, MSE Flat dan Rumah Pangsa Air Biru. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn. Hj. A. Rahim bin Latif, Bendahari UMNO Bhhg Pasir Gudang merangkap Pengerusi Penyelaras Peti Undi bagi Zon Tmn Air Biru. Turut hadir ialah En. Ali bin Jaudin, AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Timbalan Pengerusi Penyelaras. Tu7juan mesyuarat ini diadakan bagi merangka serta menubuhkan Jawatankuasa bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Selain itu juga merancang program - program seperti "Juara Rakyat" bagi mengalakan berbagai kaum mendaftar sebagai pengundi. Mesyuarat bermula jam 9.15 malam dan berakhir jam 11.00 malam.

Tn. Hj. A. Rahim sedang mempengerusikan mesyuarat
hadir sama En. Ali, Tim. Pengerusi dan En. Sabran, Setiausaha

Pegawai dan AJK Cawangan dari 3 cawangan yang hadir

Wakil dari Wanita UMNO cawangan - cawangan

Jamuan setelah mesyuarat

Saturday, February 6, 2010

Kata Hikmat

“Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan, namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang.”

~ Hamka