BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, March 31, 2010

Seminar Celik Niaga Anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bhg. Pasir Gudang

Pada Ahad 28 Mac 2010, UMNO Cawangan RPP1 telah menghantar pesertanya ke seminar diatas anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang yang diadakan di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Seminar ini dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Dato` Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin. Seminar ini diadakan bertujuan untuk menjana ekonomi serta pendedahan dengan keadah mermohon lesen perniagaan mengikut klasifikasi perniagaan yang ingin diceburi serta cabang-cabang perniagaaan. Sasaran didalam seminar tersebut adalah dari golongan muda dalam parlimen pasir Gudang agar dapat memupuk kesedaran serta merebut peluang yang sentiasa berada disekeliling kehidupan harian.

Ucapan perasmian dari YB. Dato' Seri Khaled bin Hj. Nordin
Ketua UMNO Bhg Pasir Gudang

Antara AJK Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang

Para peserta kursus sedang mendengar ceramah
seminar

Sidang akhbar

Para peserta sedang menjamu selera
selepas tamat kursus

Thursday, March 25, 2010

Perubahan Cuti Umum Negeri Johor

Berikut adalah pindaan kepada tarikh cuti umum bagi Negeri Johor seperti yang dimaklumkan melalui surat daripada Pejabat SUK Johor, Bil (42) dlm. SUKJ.630/2 Jld. 4 bertarikh 15 Mac 2010:

i. Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor DIPINDA dari 8 April kepada 22 November

ii. Hari Hol Almarhum DIPINDA dari 6 Rejab 1431H (19 Jun 2010) kepada 6 Safar 1432H

Sehubungan dengan itu, tarikh 8 April 2010 dan 19 Jun 2010 bukan lagi cuti umum

Wednesday, March 24, 2010

Earth Hour Malaysia

Ambillah masa selama 1 jam untuk menyumbang kepada keprihatinan anda dalam isu alam sekitar dan pemanasan global. Hentikan penggunaan elektrik dari 8.30 mlm sehingga 9.30 mlm pada 27 Mac 2010. Semoga langkah kecil kita ini akan membawa kepada kesejahteraan sejagat.

Tutup lampu pada 27/3/2010
8.30 mlm - 9.30 mlm

>> Maklumat Earth Hour Malaysia

Tuesday, March 23, 2010

Asal Usul Perwatakan Melayu ( Bahagian 2 )

Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengakui pengaruh Islam terhadap nilai dan etika Melayu melalui buku kontroversi beliau, The Malay Dilemma. Namun, menurutnya, interpretasi yang salah terhadap agama telah menyebabkan orang Melayu terjebak dengan sikap-sikap yang lari daripada landasan agama seperti tidak berani mengambil risiko, tidak tahu merancang dan berpada dengan hidup yang sederhana. Menurutnya lagi, budaya juga merupakan antara sebab orang Melayu kian mundur berbanding bangsa lain. Budaya yang dimaksudkannya ini berpunca daripada faktor persekitaran dan bukan sifat semulajadi orang Melayu.

Antara sikap yang diperincikan Tun Dr. Mahathir adalah sikap ‘easy going’ atau sikap ‘tak mengapa’ yang menyebabkan bangsa Melayu terkebelakang dalam bidang perniagaan berbanding bangsa Cina. Sikap ini juga menyebabkannya mudah dieksploitasi dan menyerah kalah. Orang Melayu juga sering mahukan keuntungan segera serta tidak tahu menilai wang. Perkara yang sama telah diungkapkan oleh Profesor DiRaja Ungku Aziz iaitu orang Melayu hanya tahu sesuatu perkara itu banyak atau sedikit tetapi tidak tahu nilai nombor tersebut.

Dalam buku The Way Forward, Tun Dr. Mahathir telah menyalahkan penjajah di atas sikap negatif orang Melayu. Dasar pecah dan perintah British telah melemahkan masyarakat Melayu dari segenap penjuru. Berbeza pula dengan pandangan Datuk Dr. Hassan Ahmad, bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, yang percaya sikap malas bekerja, suka berpesta dan berpoya-poya orang Melayu adalah ciptaan penjajah Barat yang memandang rendah terhadap masyarakat Melayu atau dalam istilah mereka ‘the natives’ yang merujuk kepada masyarakat yang tidak bertamadun. Persepsi negatif terhadap orang Melayu ini pula terus dipegang oleh orang Melayu sendiri sehingga hari ini.

Menurut Dr. Sidek Fadzil, rasa tidak selamat terhadap kuasa Barat turut mendorong orang Melayu menjadi lebih Islamik. Maka sekitar 1950-an muncul nama-nama seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi, Pendeta Za’ba dan Profesor Zulkifli Muhammad, cendekiawan Melayu berfahaman Islam moderat yang menyemarakkan kebangkitan semula orang Melayu. Mereka adalah antara tokoh-tokoh orang Melayu yang menentang kehadiran British di Tanah Melayu ketika itu. Kesedaran untuk mengubah nasib bangsa ini sekali lagi disemarakkan oleh sentimen kebangkitan Islam selepas kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniah

Friday, March 12, 2010

Ucapan Tahniah - SPM/STPM 2010

TAHNIAH ... dari kami UMNO Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1, Pasir Gudang

Kepada semua Pelajar Tingkatan 5 dan 6 dalam Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 khasnya dan seluruh Malaysia amnya yang lulus cemerlang didalam Peperiksaan STPM/SPM yang telah diumumkan baru-baru ini.

Semoga Selamat Maju Jaya ke Menara Gading dan menjadi rakyat Malaysia yang berguna.

Wednesday, March 10, 2010

Kursus Kepimpinan Jatidiri Akar Umbi UMNO Johor kali ke 2

Pada 5 hingga 7 Mac 2010, UMNO cawangan RPP1 telah menghantar 2 org wakilnya iaitu En. Musa Abd Rahman, Tim. Ketua Caw. dan En. Khairul Fahmi, Setiausaha caw. ke program diatas anjuran Badan Perhubungan UMNO Johor yang diadakan di Pusat Akademi Kemahiran & Latihan Insan (AKLI) Kota Tinggi. Ini merupakan kali ke 2 kursus ini berjalan setelah kali pertamanya tidak dapat dijalankan kerana menghormati Hari Kemangkatan Almarhum Tuanku Iskandar, Sultan Johor pada Febuari yang lepas. Seramai hampir 80 orang peserta dari cawangan - cawangan UMNO dalam Parlimen Pasir Gudang diketuai oleh Tn. Hj. Sehabudin bin Ali, Setiausaha UMNO Bahagian menyertai kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk membina semangat jatidiri didedahkan dengan maklumat serta pengetahuan tentang isu - isu semasa politik masa kini serta memberi kesedaran tentang perjuangan masa lalu dalam UMNO perlu di pertahankan demi untuk memartabatkan bangsa Melayu di Malaysia.

Sebahagian peserta kursus sedang berdiri menyanyikan
lagu UMNO Bersatu, Bersetia, Berkhidmat

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Para peserta mengikuti aktiviti riadah

Gembira sakan di pagi hari

Sessi pembentangan LDK

Lafaz "Sumpah Melayu" oleh peserta kursus tanda ikrar
akan mempertahankan Agama Islam, kedaulatan Raja &
Bangsa Melayu


Para peserta bergambar beramai - ramai