Pada Sabtu 2 Julai 2011, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan Jawatankuasa Peti Undi SKPG3 telah mengadakan majlis diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai hampir 100 orang termasuk dari UMNO Bahagian hadir dalam majlis ini. Turut hadir ialah YB Dato Seri Hj Mohamed Khaled bin Nordin - Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bhg Pasir Gudang. Turut hadir juga Tn. Hj. Rahim bin Latiff - Bendahari UMNO bahagian merangkap Pengerusi JK Peti Undi SKPG3 dan En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 merangkap Pengerusi MIC Bhg Pasir Gudang.
Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil doa selamat dan bacaan surah Yassin oleh Pergerakan Wanita UMNO Caw. dan Persatuan Yassin Sepakat RPP1. Diikuti dengan jamuan makan dan kemudian majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat yang disampaikan sendiri oleh YB Dato' Seri berkenaan isu-isu semasa dan persediaan menghadapi pilihanraya umum akan datang. Majlis bermula jam 8.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Antara orang2 kuat yang menjayakan majlis ini

Bacaan Yassin beramai2 oleh Persatuan Yassin Sepakat
Rumah pangsa Peringkat 1

Ketibaan YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin

Antara sebahagian penduduk yang sedang mendengar
ucapan dari YB Dato' Seri

Taklimat berkenaan isu - isu semasa oleh
YB Dato' Seri

Antara orang2 kuat yang menjayakan majlis ini

Bacaan Yassin beramai2 oleh Persatuan Yassin Sepakat
Rumah pangsa Peringkat 1

Ketibaan YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin

Antara sebahagian penduduk yang sedang mendengar
ucapan dari YB Dato' Seri

Taklimat berkenaan isu - isu semasa oleh
YB Dato' Seri