BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Sunday, February 26, 2012

Taklimat & Ceramah Pilihanraya PDM Taman Air Biru

Pada hari Rabu 22 Febuari 2012, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Air Biru bersama dengan UMNO cawangan RPP1 telah mengadakan program ceramah diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai hampir 100 orang terdiri dari ahli UMNO cawangan - cawangan dalam PDM Taman Air Biru dan PDM Pelabuhan Johor hadir bagi mendengar taklimat ini. Hadir bersama ialah Tuan Haji Rahim bin Latiff - Bendaharui UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Pengerusi PDM Taman Air Biru.

Turut hadir juga ialah En. Ali bin Jaudin - Pengerusi PDM Pelabuhan Johor dan En. Dahari , AJK UMNO Bahagian merangkap Ketua Penerangan & Ceramah Jentera Pilihanraya BN Bahagian Pasir Gudang. Antara ceramah yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PDM Taman Air Biru berkisar tentang mengapa pemimpin pembangkang yang ada tidak boleh menjadi PM serta memimpin rakyat dan negara Malaysia. Taklimat ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tghmlm.

Photobucket
Persediaan sebelum program

Photobucket
Ucapan oleh Tn. Hj. Rahim Latiff
Pengerusi PDM Taman Air Biru

Photobucket
Taklimat oleh Ketua Penerangan PDM
Taman Air Biru

Photobucket
Jemputan dari UMNO Bahagian

Photobucket
Suasana kehadiran penduduk dan ahli UMNO

0 ulasan: