BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Monday, July 23, 2012

Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (KPKK)


Kelas KPKK yang dikendalikan oleh KEMAS Pasir Gudang telah dijalankan sejak bulan Jun 2011 dan sekarang ini kelas tersebut masih dijalankan pada petang Isnin tiap-tiap minggu. Kini semakin ramai penyertaan pergerakan Wanita menyertai kelas ini yang sekarang disertai seramai lebih 20 orang. 

Antara kelas yang dijalankan seperti kelas memasak, membuat kuih serta gubahan dan atas inisiatif beberapa AJK Wanita UMNO Cawangan telah mengadakan bengkel menjahit pada petang Selasa tiap-tiap minggu. Dengan adanya kelas seperti ini dapatlah memberi ilmu dan pengalaman kepada kaum wanita serta mengisi masa lapang dengan program - program berunsur ilmu.

0 ulasan: