BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Sunday, September 2, 2012

Program Semarak Merdekaraya Peringkat Taman Air Biru

Pada Khamis 30 Ogos 2012, Pusat daerah Mengundi (PDM) Taman Air Biru bersama Persatuan Penduduk Rumah Murah Perjiranan 9 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Dewanraya Perjiranan 9, Taman Air Biru yang dirasmikan oleh En. Leong Kwai Seng, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 3. Turut hadir ialah Tn. Hj. Rahim bin A. Latiff Bendahari UMNO Bhg Pasir Gudang merangkap Pengerusi PDM Taman Air Biru, Pn. Hjh Normala Abd Samad Ketua Wanita UMNO Bhg Pasir Gudang dan En. R. Sabapathy Pengerusi MIC Bhg pasir Gudang yang juga Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2.

Selain sambutan Aildifitri, diadakan persembahan seni pertahankan diri Silambam, tayangan gambar 'Merdeka 57" serta nukilan puisi kemerdekaan yang disampaikan sendiri oleh Tn. Hj. Jamari Rohadi, Pengerusi Persatuan Penduduk Perjiranan 9. hadir juga YB Datuk M. Munusamy, ADUN Permas bagi bersama-sama menyambut ambang kemerdekaan dengan pancaran bunga api. Program ini bermula jam 9 malam dan berakhir jam 12.30 tghmlm.

Photobucket
Kehadiran penduduk

Photobucket
Ucapan perasmian oleh En. Leong Kwai Seng Ahli Majlis
MPPG Zon Air Biru 3

Photobucket
Antara dif-dif VVIP yang hadir

Photobucket
Tn. Hj. Sabran Ketua UMNO Caw. RPP1 bersama
Tn. Hj. Rahim Pengerusi PDM Taman Air Biru & 
Tn. Hj.Ariff Pengerusi JK Masjid Perjiranan 9

Photobucket
Persembahan seni silat Silambam dari MIC Bhg
Pasir Gudang

Photobucket
Penyampaian hadiah kepada murid tadika KEMAS yang
memenangi pertandingan mewarna

Photobucket
Ucapan khas dari YB M. Munusamy ADUN Permas

Photobucket
Kereta berhias

Photobucket
Para VIP sedang menunggu countdown ke pukul 12 thgmlm
tanda Hari Kemerdekaan ke 55

Photobucket
Persembahan bunga api

0 ulasan: