BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, October 17, 2012

Mini Karnival & Hi Tea Bersama YB Dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang

Pada Sabtu 13 Oktober 2012, UMNO Cawangan RPP1 dijemput hadir ke program diatas anjuran Koperasi Seri Cempaka yang diadakan di Aras 3 Menara Aqabah, Pasir Gudang. Hadir dalam majlis ini ialah YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. Tan Cher Puk - ADUN Johor Jaya dan Tuan Haji Onn bin Jabbar@ Jaafar - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Dalam majlis ini turut diadakan majlis pelancaran logo Koperasi Seri Cempaka oleh YB Dato' Seri. Beberapa acara menarik diadakan seperti cabutan nombor bertuah, kerusi beracun, tiru macam saya dan sebagainya. Majlis jamuan juga diselitkan dengan persembahan keroncong dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan tarian kebudayaan dari Warisan Johor. Program bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang.

Photobucket
Ketibaan YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen PG

Photobucket
Antara Wanita UMNO Cawangan yang hadir
dalam majlis ini

Photobucket
Tuan Haji Sabran Awang Ketua Cawangan RPP1
bersama Setiausahanya

Photobucket
Ucapan dari YB Dato' Seri Ahli Parlimen PG

Photobucket
Pelancaran logo Koperasi Seri Cempaka

Photobucket
Persembahan keroncong dari MPPG

Photobucket
Acara pertandingan kerusi beracun kategori lelaki

Photobucket
Acara pertandingan kerusi beracun kategori wanita

0 ulasan: