BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, December 4, 2012

Seminar Fire Safety Awareness

Pada 1 Disember 2012, Fire Prevention Centre (FPC) Malaysia bersama dengan JKP Zon Air Biru 2 dan UMNO Cawangan RPP1 mengadakan program diatas bertempat di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai 20 orang peserta terdiri dari penduduk sekitar Rumah Pangsa Peringkat 1 telah hadir mengikuti seminar ini.

Turut hadir ialah En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 yang juga Pengerusi MIC Bahagian Pasir Gudang. Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan berkenaan punca kebakaran, cara mengatasi serta langkah-langkah keselamatan dan menyelamat yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di kediaman kita yang disampaikan oleh penceramah dari FPC Malaysia. Seminar ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

0 ulasan: