Pada Sabtu 26 Oktober 2013, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama MPPG sekali lagi menganjurkan program diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai 34 orang peserta terdiri dari penduduk sekitar Cawangan RPP1 menyertai kursus ini.
Turut hadir ialah Tuan Haji Abdullah bin Abd Rahman, Timbalan Ketua UMNO Bhg Pasir Gudang merangkap Ahli Majlis MPPG Zon Cendana, Pn. Zanariah, Ketua Jabatan Landskap MPPG dan En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2. Kursus ini akan dijalan setiap bulan sepanjang tahun 2013 dan 2014 akan datang. Pada kursus kali ini berkenaan Laman Dapur dimana para peserta diajar cara menanam pokok mengunakan teknik Hidroponik dan Piskiponik. Kursus ini bermula jam 9.00 dan berakhir jam 1.30 petang.
Pada hari Ahad 20 Oktober 2013 Konsultan Kesihatan Adventist Community Health Center bersama dengan UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai lebih 50 orang penduduk dari sekitar Zon Air Biru 2 hadir membuat pemeriksaan percuma yang dianjurkan oleh konsultan kesihatan tersebut. Pihak konsultan telah mengadakan sessi ujian tekanan darah, kadar lemak, kandungan gula dan nasihat dari pakar konsultan secara percuma. Pemeriksaan ini bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari.
Pada hari Sabtu 19 Oktober 2013, UMNO Bahagian Pasir Gudang telah mengadakan mesyuaratnya yang diadakan serentak dijalankan di seluruh UMNO Bahagian di Malaysia. Mesyuarat ini diadakan di Dewan UniKL Kampus Seri Alam yang dihadiri seramai hampir 600 orang perwakilan seluruh cawangan UMNO dalam Bahagian Pasir Gudang. UMNO Cawangan RPP1 telah menghantar seramai 7 orang perwakilanya diketuai oleh Ketua UMNO Caw. RPP1, Tn. Hj. Sabran bin Awang.
Mesyuarat kali ini tertumpu kepada pemilihan pucuk pimpinan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang. Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, YAB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor dan ADUN Permas mengekalkan jawatanya tanpa bertanding. Mesyuarat ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang. Manakala keputusan MT dan Jawatankuasa Bahagian diumumkan jam 10.00 malam.
Antara Perwakilan dari Caw. RPP1
Pada hari Selasa 15 Oktober 2013 bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan Persatuan Penduduk LPJ Flat telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pekarangan Blok 10/11 LPJ Flat. Seramai lebih 50 orang penduduk turun membantu melaksanakan ibadah korban lembu sebanyak 2 ekor hasil dari peruntukan YAB Dato' Seri Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Besar Johor dan ADUN Permas serta peruntukan dari YB Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah Tuan Hj. Sabran Awang, Ketua UMNO Cawangan RPP1.
Pada Sabtu 5 September 2013, Persatuan Yassin Sepakat RPP1 bersama Pergerakan Wanita UMNO Caw. RPP1 mengadakan kelas menjahit untuk wanita yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai 20 orang kaum wanita hadir menyertai kelas ini yang akan diadakan setiap hari Sabtu malam tiap-tiap minggu bermula jam 8.30 hingga 10.30 malam.
Pada 28 September 2013, PIBG Sek. Keb. Pasir Gudang 1 telah mengadakan program diatas yang diadakan bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang yang dirasmikan oleh Tuan Haji Sabran Awang, Ketua UMNO Cawangan RPP1 merangkap Yang Dipertua SKPG1. Sebanyak lebih 800 orang muri-murid dari sekolah berkenaan terlibat dalam program ini.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana bagi pembinaan dewan sekolah memandangkan bilangan murid di sekolah berkenaan semakin bertambah dan memerlukan tempat untuk berkumpul mahupun menjalankan aktiviti. Turut hadir membantu ialah Ahli Wanita dan Puteri UMNO Caw. RPP1, Jawatankuasa dari Zon Air Buru 2, KRT Caw. RPP1 dan Echo Rovers Crew. Selain larian turut diadakan pertandingan bolasepak, sukaneka dan cabutan nombor bertuah.