BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, February 5, 2014

Al Fatihah


Al Fatihah kepada Allahyarham Tuan Haji Sabran bin Awang, Ketua UMNO Cawangan RPP1 yang telah kembali ke Rahmatullah pada petang Rabu 5 Febuari 2014 Masihi bersamaan dengan 5 Rabiul Akhir 1435 Hijrah. Semoga dicucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang Mukmin, Amin.

Allahyarham merupakan seorang tokoh yang disegani masyarakat sekitarnya dan pengasas kepada UMNO Cawangan RPP1 yang banyak menyumbang masa, tenaga, wang ringgit demi untuk parti UMNO serta kebajikan masyarakat setempat. Salam takziah kepada keluarga dan kerabat terdekat Allahyarham dari kami. Jasa kamu dikenang jua.

0 ulasan: