BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, December 21, 2011

Taklimat Keselamatan & Sessi Dialog Bersama Titan Chemicals

Pada Sabtu 17 Disember 2011, UMNO Caw. RPP1 menjadi tuan rumah bagi program diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai 40 orang hadir terdiri dari pemimpin - pemimpin masyarakat sekitar kawasan Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 merangkap Pengerusi MIC Bhg P.G dan Tn. Hj. Abdullah Abd Rahman, Ahli Majlis MPPG Zon Cendana merangkap AJK UMNO Bahagian PG.

Taklimat di sampaikan oleh En. Foong, Pengurus Keselamatan Titan Chemicals yang beroperasi di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat serta hadir juga wakil pegawai dari Kesihatan daerah pasir Gudang dan Jabatan Alam Sekitar Johor Bahru. taklimat di diberi bertujuan untuk memberi pendedahan dan info berkenaan perjalanan operasi bagi kilang Titan serta tindakan keselamatan yang diambil bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar Pasir Gudang.

Photobucket
Antara pemimpin masyarakat yang hadir

Photobucket
Wakil dari Jabatan Alam Sekitar sedang memberi
taklimatnya

Photobucket
En. Foong sedang memberikan taklimatnya

Photobucket
Suasana jamuan selepas taklimat

Monday, December 12, 2011

Konvoi Bermotor Bersempena Karnival Komuniti Pasir Gudang

Photobucket

Thursday, December 1, 2011

Info Berkenaan Banjir

Photobucket

Photobucket

Klik banner diatas

Saturday, November 26, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433

Photobucket

Tuesday, October 18, 2011

Program Basmi Aides Bersama Pejabat Kesihatan Daerah JB

Pada hari Ahad 16 Oktober 2011, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, JKP Zon Air Biru 2 dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas. Program ini dijalankan dimana Pejabat Kesihatan akan bergerak dari blok ke blok bersama - sama penduduk membersihkan serta membasmi tempat - tempat pembiakan nyamuk Aides.

Taklimat diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2 oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah sebelum bergerak dari blok 1 hingga blok 24 sambil membasmi tempat pembiakan Aides. Selain itu juga penduduk diedarkan dengan ubat pembasmi jentik - jentik serta sedikit nasihat dari pegawai pejabat kesihatan. Hadir juga sebagai pelawat ialah En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2, Inspektor Kesihatan kanan Daerah JB dan Pegawai Pusat Kesihatan Pasir Gudang. Program bermula jam 8.30 hingga 11.00 pagi.

Photobucket
Taklimat ringkas dari pegawai Pejabat
Kesihatan Daerah JB

Photobucket
Ketika bergerak dari blok ke blok

Photobucket
Aktiviti kutip sampah

Photobucket
Membasmi jentik - jentik mengunakan ubat
pembasmi di tempat air yang bertakung

Photobucket
Antara penduduk yang sedang membersihkan
kawasan blok masing - masing

Photobucket
Pemeriksaan di rumah - rumah yang kosong

Photobucket
Tn. Hj. Sabran sedang berbincang dengan
Inspektor Kesihatan Kanan Daerah Johor Bahru

Wednesday, October 12, 2011

Kem Sukan MILO " Play More Learn More "

Pada hari Ahad 9 Oktober 2011, Dina Riza Sport Managment bersama dengan KRT RPP1 & UMNO Cawangan RPP1 telah menganjurkan program diatas yang diadakan di Padang Mawar MPPG. Kem ini dirasmikan oleh En. Rohazam Shah bin Ahmad - Ketua Pemuda UMNO Bhg Pasir Gudang yang mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah Y.Bhg Dato' Dina Riza - Pengarah Urusan Dina Riza Sport, En. Ng Ping Loong - Pengurus Pemasaran sukan Nestle Product Sdn Bhd dan En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG. Seramai hampir 500 orang peserta yang terdiri dari pelajar berumur 12 tahun kebawah hadir menyertai kem ini.

Antara program yang dijalankan ialah klinik bola dimana para peserta diajar teknik - teknik mengawal bola dan sebagainya oleh jurulatih yang bertauliah. Dalam kem ini juga diadakan perlawanan bola sepak dan bola jaring bawah 12 tahun serta pertandingan bola keranjang 3 lawan 3 bawah 12 tahun yang disertai oleh pelajar dari sekolah rendah, KRT - KRT dan pasukan persendirian. Acara penutup dan penyampaian pingat disampaikan oleh Tn. Hj. Sabran bin Awang - Ketua UMNO Caw. RPP1 merangkap Pengerusi KRT RPP1.

Photobucket
Semasa pendaftaran

Photobucket
Antara peserta yang berhimpun di majlis perasmian

Photobucket
Ucapan perasmian oleh En. Rohazam Shah
bagi mewakili YB Ahli Parlimen Pasir Gudang

Photobucket
Jurulatih sedang memberi tunjuk ajar dalam
klinik bola

Photobucket
Pertandingan bola jaring

Photobucket
Pertandingan bola sepak

Photobucket
Sebahagian peserta yang memenangi pertandingan ini

Photobucket
Antara pegawai sukan dari UMNO cawangan yang
membantu
menjayakan kem sukan ini

Saturday, October 1, 2011

Salam Takziah

Ucapan takziah kepada En. Norhazli - Pen. Setiausaha Pemuda Cawangan & Keluarga dimana ibu beliau telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Jumaat 30 September 2011 Masihi persamaan 2 Zulkaedah 1432 Hijrah. Sama - samalah kita sedekahkan Al Fatihah semoga roh ibu beliau ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Amin.

Saturday, September 17, 2011

Selamat Hari Malaysia

Photobucket

Tuesday, September 13, 2011

Majlis Sambutan Merdekaya & Meraikan Bakal Haji PDM SKPG2

Pada Sabtu 10 September 2011, Jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi (PDM) SKPG2 bersama UMNO RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan Taman Komuniti RPP1. Program ini diadakan bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri serta Sambutan Kemerdekaan. Turut juga diadakan majlis meraikan bakal-bakal haji dan hajjah dalam kawasan DPM SKPG2 yang akan berangkat ke Tanah Suci tahun ini.

Majlis ini dirasmikan oleh YB. Datuk M. Munusamy ADUN Permas bagi mewakili YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Ahli Parlimen pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. R. Sabapathy Ahli Majlis MPPG merangkap Ketua MIC Bahagian Pasir Gudang dan Tn. Hj. Rahim bin Latiff - Pengerusi PDM SKPG2 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang. Majlis ini juga atas kerjasama Ketua - Ketua Cawangan, NGO dan persatuan penduduk dalam kawasan PDM SKPG2

Photobucket
Ucapan perasmian oleh YB Datuk M. Munusamy
ADUN Permas bagi mewakili YB Dato Seri Ahli Parlimen
Pasir Gudang

Photobucket
Antara bakal - bakal haji & hajjah serta jemputan
yang hadir dalam majlis ini

Photobucket
Penyampaian cenderahati kepada bakal - bakal
haji oleh YB Datuk M. Munusamy

Photobucket
Penyampaian kepada bakal - bakal hajjah

Photobucket
Para tetamu penduduk sedang menjamu selera
sambil beramah mesra

Photobucket
Pergerakan Wanita UMNO Caw. RPP1 yang menjadi
tulang belakang menjayakan majlis ini.

Thursday, September 1, 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 54 & Hari Raya Aidilfitri 2011

Photobucket